Chapter 5

732 27 5
                                    

Alyah membuka matanya perlahan sebelum tersentak melihat dirinya berada di atas katil hospital. Dia menoleh kekiri apabila berasa ada orang mengenggam tangannya.

Encik Izzudin tersenyum lega saat Alyah membuka kelopak matanya.

"Abang, kenapa Alyah kat sini?"

"Sayang tak ingat ke? sayang pengsan tadi" beritahu Encik Izzudin lembut.

"Pengsan?" soal Alyah dengan musykil. Sejujurnya dia tak ingat apa yang berlaku pada dirinya. Dia Cuma ingat waktu dia keluar dari bilik Ilham.

"Berapa lama Alyah tak sedarkan diri? Mesti Ilham cari Alyah. Alyah nak tengok Ilham" Alyah dengan payah cuba bangun tapi dihalang oleh suaminya.

"Sayang tak perlu risau pasal Ilham. Dia selamat dengan Haikal. apa yang sayang risau ialah anak dalam perut tu" beritahu Encik Izzudin tegas.

Alyah tersentak. Dia terlupa mengenai ada satu lagi nyawa dalam dirinya. Dia terus mengusap perutnya itu.

"Baby macam mana bang?"

"Baby okay.. Doktor cakap tekanan darah sayang rendah dan keletihan. Doktor juga pesan jangan akngkat berat-berat. Abang banyak kali tegur sayang kan.. jangan dukung Ilham tapi sayang degil" bebel Encik Izzudin.

"Alyah takut Ilham hilang dari pandangan Alyah. Alyah takut" ujar Alyah dengan suara bergetar lalu memeluk tubuhnya yang mengigil ketakutan. Peristiwa Ilham hampir mati dihadapannya bermain di mindanya

Encik Izzudin sedar dengan perubahan isterinya itu lalu memeluk tubuh Alyah untuk menenangkan hati Alyah.

"Abang tahu sayang takut apa-apa terjadi dekat anak kita tu. Ilham okay. Dia kuat lawan sakit dia tu Sayang tak perlu risau. Apa yang sayang perlu risau ialah baby dalam perut tu. Dia juga perlu perhatian dari mummy dia juga. tak lama lagi dia nak keluar." beritahu Encik Izzudin

Alyah mengangguk setuju.

"Bila Alyah boleh keluar bang."

"Tunggu Doktor check sayang dulu. kalau dia cakap okay mungkin malam ni sayang boleh discharge. Abang larang sayang jenguk Ilham tanpa abang esok"

"Abang..."

"No.. ini arahan dari abang, suami Sayang. Jangan ingkar. Kita pergi sama-sama esok. Abang tak bagi sayang pergi sorang-sorang esok. faham?"

Alyah mengangguk kepalanya perlahan.

*****************

"Nenek mana mummy dan papa? Dari tadi Sya cari tak jumpa" soal Allisya.

Dia mencari kelibat kedua-dua orang tuanya tapi tak jumpa. Ilham pun tak ada.Dia baru balik dari aktiviti taekwando dan sukan badminton berasa pelik kerana selalunya mummy akan berdiri di luar pintu untuk menyambutnya tapi hari ini tak pula.

"Adik Sya masuk hospital. Dia sakit." Beritahu Datin Irma matanya fokus kearah televisyen yang menyangkan buletin mengenai isu semasa.

"Jadi mummy dan papa diam sana lagi ke? Ala tak best" luahEllina pula.

Dia tak suka apabila Ilham sakit dan terpaksa masuk hospital kerana sudah pasti mummy akan menjaga Ilham sepanjang Ilham duduk kat hospital.

"Danish nak mummy dan papa. Mereka selalu lebihkan Ilham dari kami. Tak adillah macam ni" luah Danish tidak puas hati.

"Ilham mengada betul. Tak best ada adik macam tu. Menyusahkan betul" ujar Allisya sambil memeluk tubuh.

Mulutnya sudah muncung tanda geram. Ellina pula mengangguk tanda setuju

Jangan PergiWhere stories live. Discover now