Chapter 6

600 27 1
                                    

"Papa tak kerja ke hari ni?" soal Ana sebaik sahaja merebahkan punggungnya di kerusi. Dia mengerling kearah adik-adiknya yang sibuk mengunyah sarapan mereka.

"Tak.. Hari ini papa hantar korang pergi sekolah. Seronok tak?" soal Encik Izzudin teruja kepada anak-anaknya. Dia memandang satu-persatu anaknya yang tengah bersarapan di meja makan.

"Seronok. Seronok.. Kalau hari-hari papa hantar kami ke sekolah lagi best" jawab Danish riang. Dia menggoyang-goyang kaki kecilnya yang tidak capai di lantai

"Kalau setiap hari papa tak boleh sayang. Papa kan kerja. Sebab hari ini papa ambil cuti, so papa hantarlah korang"

"Papa cutilah setiap hari. Papakan bos" ujar Allisya polos

Datin Irma, Alyah, Putri dan Encik Izzudin ketawa dengan telatah Allisya itu. Emcik Izzudin mengusap kepala Allisya

"Tapi kalau papa cuti setiap hari, sapa nak bagi makan dan beli toy kan korang. Lagipun papa perlu cuti panjang time baby ada nanti"

"Tak sabar nak jumpa baby.. boleh main-main dengan dia" ujar Ellina teruja.

Alyah tersenyum mendengar kata-kata polos dari Ellina.

"Dah cepat makan.. nanti lambat." Tegur Datin Irma pula.

"Okay nenek" balas mereka serentak.

Telatah Allisya, Ellina dan Danish selalu mencuit hati mereka semua. Walaupu umur mereka beza setahun tapi keakraban mereka macam adik beradik kembar tiga. Dimana saja pergi Danish disitu juga ada Ellina dan Allisya begitu juga Danish sentiasa bersama Ellina dan Allisya.

"Abang, dari tadi Alyah tengok abang termenung je. Kenapa? Ada masalah?" tegur Alyah.

Dari subuh lagi dia perasan wajah Encik Izzudin seperti ada masalah. Macam ada sesuatu yang disembunyikan oleh suaminya itu.

Encik Izzudin tersentak lalu mengelengkan kepalanya

"Tak ada apa-apa sayang. Lepas abang hantar anak-anak ke sekolah kita terus gerak ke hospital." Ujar Encik Izzudin.

"Papa, macam mana keadaan Ilham? Boleh tak Ana tengok Ilham petang ni?" soal Ana.

"Ana ada aktiviti tak petang ni?"

Ana mengelengkan kepalanya tanda tiada aktiviti yang dilakukan pada petang ni.

"Nanti papa ambil Ana. Allisya, Ellina, Danish nak ikut tengok Adik kat hospital tak?" soal Encik Izzudin kepada mereka bertiga

Allisya, Ellina dan Danish saling berpandangan lalu mengelengkan kepala mereka tanda tak mahu pergi tengok Ilham.

"Laa.. kenapa tak nak jenguk adik? Kalau korang pergi pasti adik suka. Boleh main-main" ujar Alyah.

"Tak best main dengan Ilham. Asyik sakit je. bukan boleh bawa main kejar-kejar pun. Bosan main dengan Ilham.." jawab Ellina.

"Lina tak baik cakap macam tu dekat adik. Kan semalam cakap nak jaga adik" tegur Putri.

Dia mengerti keadaan tiga orang adik-beradiknya itu. Mereka juga ingin mendapat perhatian dan sepenuhnya daripada papa dan mummy.

Dia tahu mereka cemburu dengan Ilham kerana dapat lebih perhatian daripada orang tuanya. Nak marah tiada guna sebab mereka masih kecil lagi tak faham apa-apa.

"Tapi betul Lina cakap. Bosan main dengan Ilham." Ujar Allisya pula

"Ah arr.. sebab tu kami tak ajak dia main" jawab Danish jujur pula.

"Tengku Allisya, Tengku Ellina, Tengku Danish papa tak pernah ajar korang cakap mamcam tu. Dari mana korang belajar cakap macam tu hah? Papa tak suka dengar. Patutlah bila papa ajak Ilham main dengan korang dia tak nak.." marah Encik Izzudin.

Jangan PergiWhere stories live. Discover now