CHAPTER 7

651 27 2
                                    

"Kenapa pegang tangan Alyah?" soal Alyah pelik.

Putri terlebih dahulu masuk kedalam bilik wad Ilham meninggalkan mereka berdua dibelakang.

"Sayang jalan macam terlupa diri tu tengah sarat.. nanti jatuh kang. Terberanak kat situ" tegur Encik Izzudin.

Alyah memuncungkan mulutnya.

"Mana ada Alyah jalan laju. Alyah jalan biasa je ni. abang tu melebih sangat." Ujar Alyah lagi.

Encik Izzudin tersenyum lalu memimpin tangan Alyah ke bilik wad Ilham. Sebaik sahaja sampai dihadapan pintu. Encik Izzudin menegah dia membuka pintu.

"Ish abang ni dah kenapa?" marah Alyah.

"Sayang sabar ya.. abang tak nak sayang stress. Not good for you body and our baby." Beritahu Emcik Izzudin membuat Alyah berasa tidak sedap hati.

Encik Izzudim membuka pintu bili wad Ilham perlahan lalu memeluk bahu Alyah risau dia belari kearah Ilham.

Terkaku tubuh Alyah saat melihat keadaan Ilham yang penuh dengan wayar ditubuh. Tangan kanan Ilham yang bertatah jarum dan tiub IV drip yang menyalurkan bekalan air ke tubuh Ilham.

Terdapat jarum yang menyalurkan cecair pekat warna merah ketubuh Ilham. Benda yang ditakuti apabila melihat defibrillator disisi katil Ilham.

Alyah menutup mulut menahan sebak. Encik Izzudin mengosok bahu isterinya itu. dia sebenarnya dah tahu kaeadaan Ilham. Cuma dia tidak mahu memberitahu Alyah mengenai perkara ini risau menjejaskan kesihatan isterinya.

"Adik suka tak kalau abang bawa balik glob salji yang ada lampu dari london?" soal Taufiq disebalik telefon bimbit Haikal. mereka buat video call bersama Ilham.

"su...ka" balas Ilham sedikit payah disebalik mask oksigen. Dia bersandar ditubuh Haikal kerana terlalu lemah untuk duduk lama-lama.

"Kalau macam tu... Nanti abang beli banyak-banyak untuk Ilham" celah Asyraff pula.

"Beli un...tuk kak Allisya, Kak Ellin...a dan abang Da...nish juga.." Ilham mengingatkan mereka.

"hahahaha.. okay adik.. adik nak apa-apa tak? Nanti abang boleh beli" ujar Asyraff.

Ilham mengelengkan kepalanya.

"Ilham ada nak cakap apa-apa lagi?" soal Taufiq pula.

Ilham mengelengkan kepalanya sekali lagi. Dia letih nak bercakap. Rasa mengah

"Kalau macam tu. Abang nak gerak dulu.. bye adik manja abang." Taufiq dan Asyraff melambaikan tangan mereka dihadapan skrin telefon mereka.

"Bye.. Bye.." balas Ilham yang turut melambai tangan kepada abang-abang dia.

"Assalamualaikum Ilham" ucap Alyah perlahan yang berdiri ditepi katil Ilham.

Ilham mendengar suara Alyah menoleh kekiri. Dia memangil nama Alyah dengan teruja sebelum batuk teruk.

"Mummy!! Uhuk..uhuk..uhuk". Dia mencengkam dadanya kerana berasa sakit.

"Ya Allah Ilham. Dah banyak kalu mummy tegur jangan buat macam tu..." tegur Alyah lalu mengurut dada Ilham yang berombak itu.

"mummy dah sihat? Abang cakap mummy sakit. adik apa khabar?"

"Alhamdulillah mummy dah sihat.. adik pun sihat dia say hi kat abang dia."

"nak pegang adik boleh?"

"Boleh sayang." Alyah duduk ditepi Haikal lalu mengambil tangan kecil Ilham melekap di perutnya. Ilham tersenyum apabila merasa tendangan dari adik dalam perut mummy

Jangan PergiWhere stories live. Discover now