chapter 9

846 33 12
                                    

Perlahan-lahan mata Alyah terbuka.

Sejurus sahaja dia membuka mata, imej pertama menerjah masuk kepandangannya adalah dinding yang bercat putih. Entah mengapa tubuhnya berasa penat dan lemah.

Sedari terdapat wayar yang berselirat ditangannya. Dia cuba bangkit daripada baringannya namun tiba-tiba terasa perit dan sakit yang datang dari perutnya.

Memori dia jatuh dalam bilik air muncul dan Alyah terus menyentuh perutnya.

 Perutnya kempis!

"mana anak aku?" getus Alyah sendiri lalu menangis.

Encik Izzudin yang tertidur disebelahnya tersedar apabila mendengar Alyah menangis.

"Sayang! Syukur Alhamdulillah sayang dah sedar. Kejap lagi abang panggil doktor" baru sahaja Encik Izzudin ingin melangkah pergi Alyah mengenggam tangannya.

"Mana anak kita bang?" soal Alyah berketar-ketar. Jika sesuatu berlaku pada anaknya itu, dia tak akan maafkan dirinya selamanya.

Encik Izzudin tersenyum hambar lalu meraptkan tubuhnya kearah Alyah

"Sayang jangan risau.. Anak kita selamat. Dia masih dipantau oleh pihak doktor. Dia sihat" ucap Encik Izzudin lalu mengucup kepala Alyah.

Alyah menghembus nafas lega

"Nak tercabut jantung abang bila umi cakap sayang jatuh kat bilik air. Tapi mujur sayang dan baby selamat"

"Apa anak kita bang?" soal Alyah teruja.

"Baby girl" jawab Encik Izzudin lalu tersenyum bahagia.

"Abang, Alyah nak jumpa anak kita" ujar Alyah.

"Kejap abang suruh nurse ambil dia.. sayang nak tahu muka dia comel macam muka sayang."

Beberapa saat kemudian, jururawat muncul bersama bayi perempuan. Pertama kali Alyah melihatnya dia menangis gembira.

Perlahan-lahan dia mengambil bayinya dari dakapan jururawat tersebut.

"Muka dia sebiji macam muka Allisya dan Ellina time bayi dulu" beritahu Alyah sambil membelai pipi bayinya itu.

"Hi anak mummy... mummy sayang Tengku Nur Afiqah" ujarnya lalu menbelai pipi anaknya itu.

"Tengku Nur Afiqah?" soal Encik Izzudin yang duduk disebelah Alyah

Alyah mengangguk

"Okay tak nama tu? Nama Afiqah bermaksud pemurah dan berpengetahuan" terang Alyah.

"Pandai sayang pillih. Abang suka. Sayang anak papa ni"

Tiba-tiba Afiqah merengek.

"Abang rasa dia lapar ni.."

Alyah tersenyum lalu menyelak baju hospital untuk menyusu anak. Afiqah yang pertama kali merasa susu lalu menyedut dengan rakus.

Mereka memandang Afiqah dengan seribu makna. Kasih sayang sudah tertumpu kepada bayi tersebut.

***********

"macam mana Haikal? macam mana keadaan Ilham?" soal Putri terus. Dia bergegas ke wad Icu dimana Ilham ditempatkan.

"Doktor cakap kuman dah merebak seluruh paru-paru dia. Jantung dia tidak stabil dan perlu dipantau 24jam. Risau terhenti" terang Haikal

Putri meraup wajahnya lalu terduduk di kerusi yang berhadapan dengan bilik Icu. Haikal duduk disebelahnya.

"Nak beritahu papa ke?" soal Haikal kepada Putri

Putri menoleh kearah Haikal lalu mengelengkan kepalanya.

Jangan PergiWhere stories live. Discover now