"Mummy!"
Alyah tersedar apabila mendengar suara Ilham. Dia pantas duduk dan mencari suara tersebut.
Dia memegang dadanya yang berombak itu. Entah mengapa dia merasa kehilangan benda yang penting dalam hidupnya.
Dia mengusap perutnya banyak kali dan terus menghela nafas lega apabila merasa anaknya bergerak.
"Alyah" panggil Datin Irma di depan pintu.
"Alyah, okay tak ni?" soal Datin Irma risau lalu berjalan menuju kearah menantu kesayangannya itu.
"Alyah okay umi. mana yang lain?" soal Alyah terus.
"Izz baru je hantar budak-budak kesekolah. Alyah nak apa-apa tak? Alyah dah nak bersalin ke?" soal Datin Irma bimbang.
Alyah mengelengkan kepalanya.
"Alyah okay. Alyah nak mandi. Nak bersiap lawat Ilham." Ujar Alyah lalu bangkit dari katil sedikit payah.
Datin Irma mengelengkan kepalaya.
"Cubalah rehat kat rumah. Alyah tengah sarat tu" tegur Datin Irma
"Tak apa umi. Alyah lawat sekejap je. Lepas tu balik." Beritahu Alyah.
"Kalau macam tu, Umi masuk bilik dulu. kat bawah tu ada nasi goreng masak petai. Semalam Alyah cakap teringin nak makan nasi goreng masak petai jadi mummy buat ubtuk Alyah. Alyah makan ya." Beritahu Datin Irma lalu bingkas bangun dan keluar dari bilik anak menantunya itu.
Perlahan-lahan Alyah menyusun langkah kearah bilik air sebaik sahaja mengambil tuala di penyidai tepi katil.
Setelah setengah jam mandi di bilir air dan membersih diri, Alyah ingin menyusun langkah nak keluar dari bilik air tersebut.
Tapi, entah di mana silapnya dia terpijak air sabun lalu terjatuh tersungkur dan perutnya terlebih dahulu mencium lantai.
"ALLAH" rintih Alyah sambil mengenggam perutnya yang sakit itu.
Air mata Alyah mengalir saat melihat darah serta air ketuban mengalir dari celah kangkang. Tualanya yang berwarna putih dibasahi dengan darah.
Anak didalam perut Alyah menendang kuat. Alyah tak mampu nak buat apa-apa. Dia terlalu lemah nak berdiri untuk meminta tolong.
Dirinya terasa lemah dan makin lemah. Matanya tertutup pelahan dan pengsan.
(Nak matikan ke or tak watak anak ke-10... hmmmm)
YOU ARE READING
Jangan Pergi
AdventureKehidupan kita bagaikan roda yang sedang berputar. kadang kita diatas kadang kita dibawah.. begitulah kehidupan budak-budak yang terlantar sakit di hospital seperti Ilham.