Chapter 3

768 34 4
                                    

"Assalamualaikum" ucap Encik Izzudin sebaik membuka pintu rumah.

Dia melihat sekeliling rumah tapi tiada seorang pun penghuni dirumah. Pelik. Selalunya apabila anak-anak melihat kepulangannya, mereka akan belari mendapatkan dirinya.

Sangkaannya mungkin anak-anaknya bermain game ps4 di dalam bilik lalu tanpa melengahkan masa, langkahnya laju menaiki anak tangga untuk mencari kelibat anak-anak tapi tiada.

"mana semua orang" gumam Encik Izzudin sendiri sambil melonggarkan ikatan tali lehernya.

Encik Izzudin menjenguk pula ruang kamar tidurnya itu. Dia tersenyum dan melangkah perlahan kearah dua insan kesayangannya yang sedang lena tidur.

Wajah Alyah dipandang seketika dan jelas terpancar keletihantan di wajah isterinya itu. Tangan Alyah pula merangkul tubuh Ilham.

Dia mengerling pula ke wajah Ilham yang sedang tidur nyenyak dan membelai rambut lalu mengucup lembut.

Perlahan-lahan tubuhnya rebah disebelah anaknya itu. Tangannya melekap didada Ilham lalu menutup matanya.

Dia dapat merasakan degupan jantung Ilham. Tabiat dia dan Alyah apabila Ilham tidur nyenyak pasti akan melekapkan tangan di bahagian jantung dan merasa degupan jantung anaknya itu.

Lena Encik Izzudin terganggu apabila dia merasakan ada tangan membelai rambutnya. Perlahan-lahan kelopak matanya dibuka lalu tersenyum.

"Bila abang balik? Tak sedar pun Alyah abang balik." Sebaik sahaja dia membuka mata. Dia terkejut melihat suaminya lena disebelahnya.

Dia sangka sudah pukul lima petang lalu dia mengerling kearah jam di dinding yang menunjukkan pukul 3.20.

"Pukul 2.30 abang balik. Lepas meeting abang terus balik" Balas Encik Izzudin perlahan. Tidak mahu mengejutkan anak kecilnya itu

"jarang abang balik Awal.. abang okay?" soal Alyah bimbang.

"Abang okay.. Abang saja nak balik awal. Nak spend time dengan anak-anak tapi mereka tiada pula. Anak-anak pergi mana? Abang cari takada kelibat mereka."

"Mereka keluar dengan Haikal lepas solat zohor." Terang Alyah.

"La ye ke.. Ilham kenapa tak ikut mereka sekali?" soal Encik Izzudin lalu mengusap kepala Ilham yang tidur mengiring kearah Alyah.

"Time mereka nak gerak. Ilham dah tidur. kalau Ilham tak tidur, memang dia ikut sekali."

Encik Izzudin mengangguk faham. Dia menutup mulut dengan tapak tangan kerana menguap. Matanya masih mengantuk.

"Sayang, abang masih mengantuk. Nanti solat asar kejutkan abang" beritahu Encik Izzudin.

Alyah mengangguk kepalanya. Dia membiarkan saja suaminya melelapkan mata. Bukan selalu Encik Izzudin melelapkan mata di waktu siang. Lebih-lebih lagi apabila anak-anak ingin mendapat perhatian darinya.

*****************

Allisya menunjal-nunjal pipi Ilham dengan lembut sambil ketawa kecil. Suka dia mengacau adiknya yang masih nyenyak tidur.

Ellina pula tengah baring sebelah Ilham sambil bermain telefon bimbit Encik Izzudin.

Danish cuba membuka topeng oksigen yang sedang dipakai oleh Ilham. Mummy selalu memberitahu kepada mereka bahawa benda yang melekap di mulut Ilham, membantu Ilham bernafas dengan baik.

"Danish, Sya jangan kacau adik. Adikkan masih tidur" beritahu Encik Izzudin yang baru keluar dari bilik mandi.

"Lama adik tidur.. papa sendiri cakap tak baik tidur selepas asar. " beritahu Danish.

Jangan PergiWhere stories live. Discover now