Chapter 2

724 33 8
                                    

 "Abang nak air lagi?" soal Alyah lembut.

Encik Izzudin yang leka membaca surat khabar mengenai isu terkini lalu melihat wajah isteri yang berdiri sebelahnya.

"Dah cukup. Kalau abang nak lagi, nanti abang ambil sendiri. Sayang tu perlu makan banyak untuk anak kita dalam perut" ujar Encik Izzudin lalu melipat surat khabar.

Alyah lalu mengangguk sebelum merebah punggungnya di kerusi sebelah Ilham. Pandangannya terus memandang anak-anaknya yang sedang makan mihoon goreng yang dimasak olehnya awal pagi selepas solat Subuh.

"Sayang pukul berapa nak gerak hospital?"

"Pukul 9 macam tu."

"Alamak sayang.. abang ada meeting pukul 10.. tak apa nanti abang cuba bincang dengan abang Fahmi kot-kot dia bagi pelepasan" ujar Encik Izzudin.

"Tak apalah bang.. Alyah boleh pergi sendiri. Lain kali abang teman Alyah ya" pujuk Alyah.

Sebagau isteri perlu faham kesibukan suaminya itu. Dia tak nak membebankan Encik Izzudin.

"Tapi sayang.."

"Dah jangan tapi-tapi. Ilham boleh teman Alyah check up baby . Betul tak Ilham?" celah Alyah.

Dia memadang wajah polos Ilham yang sedang makan oat yang dikhaskan oleh pihak hospital. Ilham tidak boleh makan makanan berminyak kerana boleh membebankan jantungnya.

Ilham mengangguk banyak kali.

"Ilham ganti tempat papa. Papa pergilah kerja dan beli banyak toys untuk Ilham" ujar Ilham polos

Encik Izzudin ketawa kecil.

"Baiklah.. Tapi Ilham perlu protect mummy dan adik untuk papa ya"

"okay papa" jawabnya lalu memasukkan oat didalam mulutnya.

"Dah cepat makan, nanti lambat.. Kasihan dekat Pak Manaf tunggu korang semua. Tengok jam tu dah pukul berapa. Nanti lambat masuk kelas" ujar Encik Izzudin.

Mereka bergesa-gesa bangun dari tempat duduk mereka setelah ditegur oleh papa mereka.

"Kami pergi dulu pa" beritahu Ana lalu menghampiri kedua orang tuanya.

Tangannya dihulur lalu mengucup belakang tangan Encik Izzudin dan begitu juga Alyah.

"Baby. Kakak pergi dulu" ucapnya sambil mengusap perut Alyah dan mengucupnya.

"Adik, kakak pergi dulu. salam kakak" ujar Ana lagi kepada Ilham.Ilham menghulur tangan untuk mengucup tangan Ana.

"Bye baby" ucap Allisya dan Ellina serentak lalu mengucup perut Alyah.

Encik Izzudin dan Alyah tersenyum bahagia melihat karenah anak-anak mereka.

"Belajar rajin-rajin ya... Danish tengok-tengokkan adik kamu tu" beritahu Encik Izzudin yang sudag berdiri di luar pintu bersama Alyah.

"Baik pa.. bye mummy..." ucap anak-anak mereka dari dalam kereta. Tangan mereka melambai kearah Alyah, Encik Izzudin.

Alyah tersenyum lalu tangannya turut melambai kearah anak-anaknya begitu juga Encik Izzudin. Sebaik sahaja kereta yang menghantar anak-anaknya hilang dari pandangan, Encik Izzudin terus merangkul tubuh isterinya dan menarik rapat kearahnya. Perut isterinya diusap penuh kasih.

"Sayang jaga diri taw... sedih hati abang sebab tak dapat teman sayang buat check up" luah Encik Izzudin dengan nada sedih.

Alyah mengangkat kepalanya dan matanya bertentang dengan mata hazel suaminya lalu tersenyum. Dia membelai pipi suaminya penuh kasih dan cinta.

"I love you" ucap Alyah.

Encik Izzudin tersenyum sampai ke telinga mendengar luahan isterinya.

"I love you too my chubby wife." Ucap Encik Izzudin lalu mencium dahi Alyah penuh kasih.

"Tak sabar nak tengok muka anak kita ni. harap dia ikut muka sayang. Mesti comel" ujar Encik Izzudin sambil mengusap perut Alyah, Dia tersenyum apabila merasa anaknya menendang tangannya.

"Tengok tu.. dia tendang abang.. Mesti dia setuju dengan papa dia. anak papa ni perempuan kan? Kalau perempuan tendang tangan papa" ujar Encik Izzudin, tak sampai beberapa saat sekali lagi dia anaknya mendendang tangannya dua kali.

"Pandainya anak kita respon sayang. Anak perempuan ni" duga Encik Izzudin.

Alyah ketawa riang. Dia dan suami bersepakat untuk tidak mengetahui jantina anak dalam perutnya itu. nak buat surprise kat anak-anak.

**************

"mummy turunkan Ilham. Ilham boleh jalan sendiri" beritahu Ilham kepada Alyah yang dari tadi mendukungnya.

"kejap lagi sayang" balas Alyah sambil membetulkan dukungan Ilham.

Dia sebenarnya sudah letih mendukung Ilham dari tadi. Dia bukan apa, dia risau Ilham berjalan sana sini. Dahlah tempat menunggu giliran memeriksa kandungan ada tempat bermain untuk kanak-kanak. Manakala anaknya dalam perut dari tadi asyik menendang mungkin tidak selesa ruangnya tiba-tiba sempit diduduki oleh abangnya. Alyah tidak kisah semua itu janji Ilham dalam keadaan baik.

"Akak" panggil seseorang menyentak lamunan Alyah lalu menoleh kearah pemanggil tersebut.

Dia membalas senyuman kepada wanita tersebut.

"Akak sini ada tempat kosong. Duduklah" pelawa wanita tersebut.

Alyah tersenyum lega lalu duduk di sebelah wanita itu. Ilham sudah duduk diribanya dan merebahkan kepalanya di perut Alyah.

"Terima kasih" ucap Alyah.

"Sama-sama.. Saya kasihan tengok akak dari tadi mendukung anak. Dahlah mengandung. Diakan dah besar, tak payah dukung lagi... Tak penat ke?" soal wanita itu.

"Dah biasa.. Akak tak suka dia berjauhan dengan akak. Lagipun anak akak ni manja sangat dengan akak. Nak berkepit 24 jam" ujar Alyah sambil mengusap kepala Ilham.

"Comel anak akak. Tengok badan macam dah umur 4 tahun"

Alyah tersenyum. Dah ramai orang tegur keadaan anaknya itu. Tubuhnya yang kecil dari usianya membuat orang salah faham bahawa anaknya umur empat tahun tapi hakikatnya umur Ilham da masuk 6 tahun. 

"Boleh saya tanya akak mengandung anak keberapa?" soal wanita polas.

"masuk yang ni dah 10 orang dan mungkin anak terakhir" jawab Alyah jujur.

Terbuntang mata dia melihat Alyah. Anak ke-10!! Memang dahsyat..

"Owh.." itu saja dia mampu balas. Dia tak terkata mendengar jawapan Alyah.

"mummy lama lagi ke? Ilham dan mengantuk" luah Ilham sambil mengosok matanya.

"Ilham mengantuk ya?" pertanyaan Alyah dibalas anggukan.

Alyah merapatkan tubuh kecil Ilham kearahnya walaupun perut yang memboyot itu menyukarkannya merapatkan tubuh Ilham kearahnya. Dia menepuk-nepuk punggung Ilham seperti bayi.

"Manjanye dia dengan mak. Macam mana kalau dapat adik nanti mesti cemburu. Anak saya pun macam anak akak. Selalu berkepit dengan saya. Tak nak berenggang langsung" ujar wanita itu sambil tersenyum.

"Adik mengandung anak keberapa?" soal Alyah.

"Anak ke-dua. Baru masuk empat bulan."

Alyah mengangguk kepalanya.

Mereka berdua rancak berbual sehingga nama Alyah dipanggil. Alyah pamit dambil mendukung Ilham yang sudah lena dibuai mimpi.

 Cakap nak jumpa adik tapi dia pula yang tetidur gumam hati Alyah lucu.

"Macam mana? okay ke tak? masih blur utk cerita ni..."


Jangan PergiWhere stories live. Discover now