"Papa...mana boleh macam ni. Papa dah janji kan nak sponsor Zandra holiday bila dah habis belajar. Papa mungkir janji! Mungkir janji ni orang munafik tau tak!" bersungguh-sungguh Zandra marahkan papanya gara-gara mungkir janji mahu sponsor holiday bersama kawan-kawan.
Dia sudah hampir mahu menangis. Wajahnya masam mencuka. Mimi, Si Kucing parsi gebu dipeluk rapat ke dada. Konon sama-sama menangisi nasib diri yang ditipu. Yang Si Mimi pulak macam faham-faham saja dengan gejolak hati tuannya.
Disondol-sondol mukanya ke muka Zandra.
"Apa lah nasib kita ni Mimi. Dapat papa pun papa yang suka menipu. Tak tepat janji. Pendusta! Sedihnya Mimiii..."
"Ni apa yang bising-bising sampai ke atas ni ma...pa...ni mesti budak Zandra ni buat hal kan?" secara tiba-tiba datang satu suara menyampuk, siapa lagi kalau bukan abang sulungnya Zafril yang kaki mengusik. Mencerlung mata Zandra merenung abangnya. Tak puas hati sungguh bila dituduh suka buat hal.
"Along kalau setakat nak menyampuk patah perkataan yang menyakitkan hati Zandra, baik Along senyap je. Kejap lagi Zandra sumbat Along dengan remote astro ni baru tau! Sibuk je hal orang!" remote control di sua ke arah abangnya. Mengacah mahu menjolok tekak abangnya dengan remote itu.
"Eh...Along pulak kena. Kenapa ni pa? Cuba cerita apa yang dah jadi sampai puteri gedik ni muncung je dari tadi." Alongnya tergelak-gelak sambil melabuhkan duduk di depan papanya yang sudah tersenyum-senyum. Ni mesti ada yang Tuan Puteri sorang ni inginkan tapi tak ditunaikan. Nasiblah dapat adik manja macam ni.
"Ni...Zandra kata papa tipu dia nak belanja holiday. Papa tak tipu, ni papa siap belikan tiket flight dan uruskan tempat tinggal dia kat five stars resort lagi."
"Ha...okaylah tu Zandra, papa dah sponsor holiday. Apa yang nak bising lagi?" Along menyokong papanya. Pelik juga apa yang Zandra masih tak puas hati kalau dah semua papanya sponsor.
"Masalahnyaaaaa papa janji nak sponsor holiday dekat tempat lain tapi tengoklah tiket flight tu pergi mana. Sipi-sipi overseas pun tak ada! Papa bohong! Sudahlah kena pergi bersendirian, tak boleh bawa kawan-kawan. Baik tak payah bercuti macam ni."
Datuk Borhan ketawa dengan rajuk anak bongsu kesayangannya itu. Memang benar apa yang Zandra katakan, dia telah mungkir janji tapi dia ada sebab yang tersendiri. Zandra terlalu manja, langsung tak pernah berdikari, segalanya sudah tersedia untuk Zandra. Lengkap dan sangat sempurna. Dia tak harap sangat kalau Zandra mahu ke Luar Negara bersama kawan-kawannya, takut melepaskan anak gadis manja itu tanpa kawalan keluarga.
Jadinya, hantar saja ke resort milik kawannya. Masih boleh holiday, jauh dari keluarga tapi terjamin keselamatannya kerana berada di resort milik rakannya. Lagipun rakannya itu sudah berjanji akan memastikan keselamatan Zandra terjamin. Lega sikit hati Datuk Borhan.
"Okaylah tu Zandra, papa promise this holiday will be the best. Lagipun tempat tu cantik, high class just like what you want. Tempat tu milik kawan papa yang diuruskan anak dia, it's a nice place. Rugi kalau Zandra tak nak pergi. Tapi kalau Zandra insist tak nak pergi, Zandra stay je lah kat rumah sampai konvo."
Zandra sudah memuncung. Papa langsung tak berikan dia pilihan, langsung tak ada! Kejamnya papa...
"Habis tu kalau Zandra tak pergi
holiday papa nak Zandra duduk kat rumah sampai reput? Ke sampai berlumut? Eiiii...Ya Allah geramnya...""La...Islam rupanya..." usik Along sambil terkekek ketawa.
"Along ni sengaja nak naikkan darah Zandra ke apa?"
"Tak adalah...kalau tengok gaya pakaian tu musykil jugak orang yang tengok. Tak cukup kain!" bidas Alongnya yang membawa maksud yang agak dalam. Zandra jeling pakaian yang bersalut di tubuh, seluar pendek dan baby tee. Pakaian rasmi bila duduk di rumah, mama dengan papa pun tak tegur, Alongnya pula yang sibuk.
Jelingan tajam dihadiahkan pula buat Along yang tersengih, rasa nak koyak mulut Alongnya itu baru puas hatinya.
"Okay...tak pe...Zandra ambil tiket ni dan Zandra akan pergi tapi...kalau tak best, papa tetap kena ganti balik holiday Zandra. Papa jangan ingat papa boleh lepaskan diri kali ni. Zandra akan tuntut sehingga ke lubang cacing."
Datuk Borhan hanya ketawa dengan ugutan Zandra, langsung tidak terkesan dengan ugutan itu malahan dia lega. Lega kerana Zandra sanggup menurut kemahuannya. Kalau tidak susah juga dia mahu memujuk. Bukan dia tak kenal anak kesayangannya itu, segala kemahuannya perlu dituruti. Kalau tidak muncung panjang boleh sangkut hanger lah jawabnya.
"Macam nilah anak papa, dengar cakap...lusa flight early in the morning okay. Zandra boleh start packing sekarang. Nanti lusa papa sendiri hantar Zandra ke airport dengan mama."
"Macam tak sabar-sabar nak halau anak keluar dari rumah je papa ni." Bebel Zandra sambil mendaki anak tangga mahu ke biliknya.
"Eh papa pulak disalahkan, tadi dia yang beria nak holiday. Zandra...Zandra...".
"Zandra nak holiday pergi Luar Negara! Bukan pergi entah mana-mana resort dalam Malaysia ni!" sempat Zandra melaung dari anak tangga.
"Dalam Malaysia pun banyak tempat menarik Zandra!" laung Datuk Borhan pula menjawab pernyataan Zandra mengatakan bercuti dalam Malaysia tak seronok. Kalau nak diikutkan banyak tempat menarik yang boleh dilawati di Malaysia ni bahkan ramai pelancong dari luar yang memuji keindahan Malaysia. Kita sebagai rakyat Malaysia saja yang pandang enteng dengan apa yang negara kita ada.
**Hai korang...thanks sudi baca! Please vote and comments. Love korang**
YOU ARE READING
Sweet Revenge
Romance+Sinopsis+ Kerana sebuah dendam, Tengku Kayden menjadi seorang pembenci. Kerana cinta yang direntap dia merasakan seluruh kehidupannya musnah. Rasa benci, sakit dan dendam itu perlu dilunaskan dan mangsanya adalah Zandra. Kerana kasih dan sayangnya...