Sakit sungguh hati Zandra, dia pun satu. Mentang-mentang bodoh tu free semua dia kaut habis tak tinggal kat orang langsung. Patutnya dia dah tahu dan fikir, mana mungkin handphone milik lelaki itu tidak ada face ID atau password. Ye lah, handphone dia tidak berpassword jadi dia mengharapkan semua orang pakai phone pun tak letak password.
“Ah! Lembu kau Zandra!” marahnya pada diri sendiri. Tak apa dia akan fikirkan cara untuk menggunakan handphone milik Tengku Kayden, buat masa sekarang Zandra hanya mampu lihat wallpaper yang dihias gambar kereta sport, mungkin milik Tengku Kayden atau kereta idaman lelaki itu.
Seharian dia mencari Tengku Kayden namun langsung tidak nampak bayang. Bila ditanya kepada pekerja resort bermacam alasan yang dia terima. Yakin sangat bahawa lelaki itu sengaja mahu melarikan diri darinya. Tak apa…esok masih ada.
Zandra menuju ke ruang yang menempatkan pakaian miliknya namun apabila yang dicari tidak ada tergantung Zandra kembali mengorek beg galas milik Tengku Kayden yang digunakan tempohari. Wajahnya kembali berbunga, apa yang dicari sudah dijumpai. Terus Zandra berlalu ke kamar mandi untuk menyalin pakaian.
Malam ini dia mahu berenang di swimming pool, satu perkara yang dia suka tentang resort milik Tengku Kayden ini. Swimming pool dibuka 24 hours jadi akan memudahkan dia yang sememangnya suka berenang pada waktu malam. Bukan apa, waktu malam suasana gelap sedikit jadi bolehlah dia berbikini, orang pun tak ramai. Kalau siang hari dia malas, nanti banyak mata-mata gatal yang mengusik.
Usai menyalin pakaian, Zandra terus keluar dari resort menuju ke swimming pool dewasa yang terletak sedikit terlindung. Sampai saja di kawasan swimming pool matanya meliar melihat sekeliling, waktu begini sudah tentu tak ada orang.
Malam-malam siapa yang nak berenang, lebih baik bergulung dalam comforter dan tidur.
“Bestnya…swimming tak ada orang.” Ujar Zandra pada dirinya sendiri sambil menanggalkan cardigan labuh yang dipakai untuk menutup tubuhnya dari two pieces bikini berwarna hitam yang dipakai. Tidak mahu menunggu lama Zandra terjun ke dalam kolam dan mula berenang ke sana ke mari ditemani cahaya rembulan.
Dia menyelam ke dasar kolam beberapa ketika sebelum kembali naik ke permukaan dan kali ini Zandra terkejut hebat melihat ada susuk lain yang ada di dalam kolam. Hampir luruh jantungnya, ingatkan hantu air tadi, rupanya Tengku Kayden. Bila masa lelaki itu terjun ke dalam kolam pun Zandra tidak tahu malah tidak pula dia nampak kelibat Tengku Kayden berhampiran tadi.
“Mana handphone aku?” Tengku Kayden yang terlebih dahulu memulakan bicara. Zandra cepat-cepat berenang sedikit menjauh dari lelaki itu. Siang tadi bukan main melarikan diri, ini datang menyerah Tengkuk ke apa ni?
“Ada kat dasar kolam ni ha, carilah.” Selamba Zandra membalas, Si Tengku ni pun dalam kolam jugak dia nak tanya. Takkanlah sampai ke dalam kolam Zandra mahu bawa handphone yang tentunya tidak kalis air itu.
“Kau jangan nak…”
“Syhhhh…” Zandra terlebih dahulu memotong, jari telunjuknya ditegakkan ke bibir menyuruh Tengku Kayden diam.
“I datang sini nak swimming, kalau you nak bincang masalah negara baik you balik tidur. Lagi satu, tolong berenang jauh sikit. I tak ada mood nak tengok muka handsome you.” Ops! Terus tangan naik menekap mulutnya sendiri. Sempat lagi dia memuji Tengku Kayden, silap percaturan sungguh nampaknya.
“Disebabkan kau puji aku handsome, aku akan fikirkan sama ada aku nak benarkan kau guna handphone aku atau tidak. Fikirkan tau, bukan confirm aku halalkan kau guna.”
Zandra mencebik. Weh tak hadaplah nak pinjam phone orang, kalau tak kerana Tengku Kayden tak adalah dia kehilangan phonenya.
“Diamlah…I tak nak dengar satu patah perkataan pun keluar dari mulut you, kalau you tak nak bagi I guna phone you pun tak apa. I tak hadaplah, you ambik balik phone you tu. I dah letak atas meja tepi pool. Now, don’t disturb me! I nak swimming.” Tutur Zandra tanpa sedikit pun memandang wajah Tengku Kayden.
YOU ARE READING
Sweet Revenge
Romance+Sinopsis+ Kerana sebuah dendam, Tengku Kayden menjadi seorang pembenci. Kerana cinta yang direntap dia merasakan seluruh kehidupannya musnah. Rasa benci, sakit dan dendam itu perlu dilunaskan dan mangsanya adalah Zandra. Kerana kasih dan sayangnya...