Sweet Revenge - Bab 14

889 12 1
                                    

Zandra sudah menggelabah, hanya Tengku Kayden saja yang tenang memeriksa enjin bot, wajahnya juga biasa saja. Namun setelah berkali-kali memeriksa dan percubaan menghidupkan enjin bot gagal wajah Tengku Kayden mula memerah sebelum beberapa peralatan besi yang ada ditangan dibaling ke lantai bot. Terlompat Zandra dibuatnya.

“Eh! Yang you nak emo sangat ni kenapa? Hempas barang segala. You ingat you perempuan ke nak hempas-hempas barang.”

“Kau diam.” Mencerlung tajam anak mata Tengku Kayden membunuh renungan Zandra.  Garu kepala gadis itu dengan baran Tengku Kayden yang tak kira masa itu. Tertelan sarang tebuan sungguh agaknya.

“Macam mana kita nak balik ni? Hari dah nak gelap, macam nak hujan pulak tu. I tak nak mati tengah laut ni.” Rengek Zandra seraya menyauk lengan Tengku Kayden yang sudah berbaju sedari tadi.

Selesai saja Zandra dan Tengku Kayden bersnorkelling, masing-masing yang sudah kepenatan tak sabar untuk pulang semula ke resort dan berehat. Perut juga sudah terasa lapar, dapat makan buffet resort yang sedap tu mesti lena tidur malam nanti. Namun begitu rancangan hanya tinggal rancangan, enjin bot pula buat hal! Tadi elok saja namun baru lima minit perjalanan enjin tiba-tiba terhenti dengan sendiri.

Tengku Kayden cuba untuk membaiki enjin yang tiba-tiba tidak berfungsi itu namun langsung tidak berjaya. Buang masa saja!

“Kau bercakap pakai mulut ke tangan? Kau cakap je pun aku dah faham, tak payah nak pegang-pegang.” Terus direntap lengan yang berada dalam pautan Zandra. Jelingan tajam dihadiahkan buat gadis itu. Tersekat terus air liur Zandra dibuatnya, bukan dia sengaja nak pegang-pegang tapi dia ‘ter’pegang. Dah biasa bermanja-manja bila dengan papa dan abang-abangnya maka terbawa-bawa sampai ke sini pula.

“Sorry…” nak diapakan lagi, hanya itu sajalah yang mampu Zandra tuturkan. Sayangnya langsung tak ada respon daripada Tengku Kayden malahan dengan selamba lelaki itu menyapu bahu dan lengannya, konon kotor sangat disentuh Zandra sebentar tadi. Eleh!

“Kalau kau tak nak tidur tengah laut malam ni, Ambik ni.” Huluran itu tidak disambut Zandra, atas bawah dia pandang Tengku Kayden. Tiada senyuman, tiada riak mesra. Beku dan kaku! Susah sungguh nak tengok lelaki itu tersenyum yang ikhlas. Kalau senyum pun mesti sinis dan penuh keegoaan.

“Takkan you nak suruh I kayuh bot balik resort kot! Eiii! Apa punya…”
Tanpa diduga melantun kuat ketawa Tengku Kayden yang belum pernah Zandra lihat atau dengar. Tak berkelip matanya melihat lelaki itu yang sedang bercekak pinggang dan terhenjut-henjut bahunya.

“Apehal you ketawa tak ingat dunia ni? You ingat ni gelanggang Maharaja Lawak?” marah Zandra geram, terasa seperti Tengku Kayden mengejeknya.
“Kau sure masa SPM dulu Bahasa Malaysia kau tak gagal?” berair mata Tengku Kayden dek kerana rasa lucu yang tidak terperi.

“Lulus lah! Kalau tak I takkan masuk universiti. Eh! Apa punya soalan ni? Kenapa you tanya I soalan mencabar minda ni? You nak kata I bodoh ke apa? Biadapnya…” terketap bibir Zandra menahan geram.

“Aku bagi kau paddle stick tu untuk kau dayung bot ni bukan kayuh! Kayuh tu untuk basikal, benda yang beroda! Bot ni mana ada roda kau nak kayuh. Crazy!” sekali lagi Tengku Kayden ketawa namun kali ini sangat sinis kedengaran, siap mengutuk Zandra gila pula tu. Kawan apa lagi, tersirap darah naik ke kepala.

“Cakap jangan sebarang cakap, I campak you dalam laut ni biar kena makan piranha. Padan muka!” tepat jari telunjuknya dihala ke arah wajah Tengku Kayden. Senyum sinis masih bergayutan dibibir lelaki itu.

“Are you sure ikan piranha ada dalam laut? Bukan sungai? Erm…nampaknya bukan setakat Bahasa Melayu, Sains pun kau gagal jugak ni aku rasa.”

Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

⏰ Kemaskini terakhir: Sep 14, 2020 ⏰

Tambah cerita ini di Pustaka anda bagi pemberitahuan tentang bahagian baharu!

Sweet RevengeTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang