Sweet Revenge - Bab 7

554 16 0
                                    

Tengku Kayden membuka pintu gelangsar biliknya dengan luas, angin pantai menerobos masuk mendinginkan tubuh yang tidak berbaju. Tengku Kayden tersenyum sendiri mengingatkan gadis itu yang selamba berbalah mulut dengannya. Kalau perempuan lain rasanya sudah jatuh tergolek di kaki. Tipikal perempuan zaman sekarang, nampak lelaki kacak yang berduit terus serah diri.

Kerana itulah Dahlia sentiasa ada dalam hatinya. Dahlia bukan gadis sembarangan. Dahlia sangat menjaga aurat dan tatasusilanya cumanya Dahlia terperangkap dalam pujuk rayu seorang lelaki durjana! Kerana dendam itulah Tengku Kayden melarikan ke resort ini, di tinggalkan segala yang ada di Kuala Lumpur untuk hidup di sini. Jiwa dan hatinya lebih tenang, dendamnya lebih mendatar.

Tengku Kayden tahu sekiranya dia masih berada di Kuala Lumpur dia akan buru lelaki itu dan menjahanamkan hidupnya sampai lumat dan tiada lagi serpihan yang tinggal. Tanpa dapat dikawal Tengku Kayden melepaskan satu tumbukan padu pada dinding biliknya, tiada rasa sakit yang dia dapat rasakan, semuanya beku dan tiada deria.

Hempasan ombak sedikit menenangkan, mata Tengku Kayden terpejam rapat buat seketika sebelum terbuka apabila mendengar bunyi loceng ditekan. Tengku Kayden sedikit mengeluh sebelum berjalan ke arah pintu biliknya. Tanpa melihat siapa yang berada di luar pintu bilik, daun pintu segera dibuka luas. Berdiri tegak salah seorang pekerja resort yang nampak takut-takut.

“Ada apa?” ringkas soalan Tengku Kayden, sambil menyarung t-shirt yang sempat dicapai sebentar tadi ke badan tegapnya.

“Maaf Tengku, ada guest nak jumpa Tengku. Saya dah cakap Tengku tak nak diganggu waktu awal pagi macam ni tapi dia tetap insist.”

“Siapa guest tu?” soal Tengku Kayden terus. Pantang sungguh ada guest yang tak reti bahasa, it’s better be something important…kalau tidak…

“Tara…morning Abang Tengku.” Terpacul wajah ceria Zandra yang tersengih lebar. Tengku Kayden mengeluh keras, dia patut sudah dapat mengagak siapa yang paling suka buat onar di resort sejak dari semalam lagi. Kali ini entah apa pula yang si gadis ini mahukan.

Daun pintu terus dilepas Tengku Kayden tanpa sepatah kata dan dia berpaling dan masuk semula ke dalam bilik. Zandra segera menyuruh pekerja resort yang membantunya menunjukkan di mana bilik Tengku Kayden untuk kembali menyambung tugas yang tergendala sebentar tadi.

Tanpa rasa malu dan takut Zandra menolak daun pintu bilik Tengku Kayden yang masih belum tertutup rapat dan masuk ke dalam mencari Tengku Kayden yang tidak kelihatan di mana-mana.

“Abang Tengku…Abang Tengku…” Zandra memanggil sambil matanya meliar ke sana ke mari namun tiada juga sahutan dari Tengku Kayden sebelum dia terbau asap rokok. Tebakannya tepat, Tengku Kayden sedang duduk berehat di beranda menghadap laut. Semalam baru terbayangkan Tengku Kayden itu bukan perokok tapi…musnah harapan, sama je macam kebanyakkan lelaki.

“Kau nak apa cari aku?” kasar soalan yang dilontarkan Tengku Kayden tanpa sekilas pun memandang ke arah Zandra yang selamba melAbuhkan duduk dikerusi.

“Uish…garangnya…hari ni makan anak tebuan ke?” perli Zandra namun terus bibirnya dikatup rapat saat wajah tubuh Tengku Kayden sudah berpaling menghadapnya. Liur ditelan kesat, masih lagi tersenyum walau hati sudah bergetar takut.

“Sorry…sorry…gurau-gurau dipagi hari. Macam ni…I kan datang sini untuk bercuti, kalau bercuti kan kena ambil gambar tapi handphone I kan tertinggal dekat airport masa you pick up I tu lepas tu I dah cuba call tapi phone tu dah dimatikan. Sahlah dah ada orang ambil tapi tak apa nak buat macam mana dah bukan rezeki I walaupun I tahu bukan salah I phone tu tertinggal. Sekarang ni view tempat ni cantik lepastu I instafamous ramai follower. Dah dua hari I tak update Instagram I, hidup I rasa macam tak…”

Sweet RevengeWhere stories live. Discover now