3 TAHUN YANG LALU
Tangan Dahlia yang sedang menggenggam sesama sendiri dicapai dan dibawa ke bibir sebelum dikucup lama. Sayangnya pada gadis itu sangat tidak terkira. Dahlia yang baik, Dahlia yang cantik, Dahlia yang sopan santun dan lemah lembut. Segala yang ada pada gadis itu senantiasa menjadi igauannya.
“Ian…janganlah pegang-pegang, tak eloklah orang tengok.” Tutur Dahlia penuh lemah lembut. Tangan Tengku Kayden yang utuh ditolak perlahan sambil anak matanya meliar melihat kawasan sekeliling.
“No dear…you’re mine, only mine. Biarlah orang nak tengok pun, tak lama lagi you akan jadi suri hati I juga kan?” dagu terbelah itu dicuit manja, tersipu-sipu Dahlia dibuatnya.
“Minggu depan I suruh bonda I masuk meminang you ya sayang.” Sekali lagi kekura tangan Dahlia dikucup lembut. Jika tadi wajah Dahlia sangat ceria kini segalanya sudah berubah mendung. Tengku Kayden tak sedap hati.
“Kenapa ni Dahlia? Ada masalah ke? Kalau ada bagitahu I, jangan monyok macam ni. Susah hati I tau kalau buah hati I ni tak ceria. I pun jadi tak seronok.”
Jeda. Lama suasana itu sunyi sehinggalah Dahlia menarik tangannya dari genggaman Tengku Kayden untuk mengambil sesuatu dari tas tangannya yang sedari tadi berada di atas riba. Dahlia masih menunduk, sekali pun kepalanya tidak dipanggung untuk menatap wajah Tengku Kayden.
Satu sampul berwarna biru dihulur ke arah Tengku Kayden yang tanpa menunggu sesaat pun terus menyambut dan membuka untuk melihat isi kandungan sampul tersebut. Fikirnya itu adalah kad hari jadinya yang bakal kunjung tiba beberapa hari lagi namun sebaris ayat dan nama Dahlia yang sudah dipasangkan dengan nama lelaki lain membuatkan darah Tengku Kayden mendidih.
“What the…fu…what is this Dahlia?! Apa semua ni?!” tanpa mempedulikan keadaan sekeliling restoren suara Tengku Kayden melengking kuat sehinggakan bahu Dahlia terhenyak dek kerana takut dan terkejut.
“Apa ni sayang? You dah janji nak kahwin dengan I tapi apa semua ni? Kenapa nama you dan jantan lain dalam kad kahwin ni? Why Dahlia? Why? Kenapa you buat I macam ni?!” bergema suara Tengku Kayden membuatkan Dahlia yang malu dengan mata-mata orang sekeliling segera bangun dan berlari keluar dari restoren.
Takkan sesekali Tengku Kayden membiarkan Dahlia pergi begitu saja maka ditinggalkan beberapa keping not biru di atas meja dan dia turut berjalan keluar dari restoren.
“Apa pandang-pandang?!” jerkah lelaki itu kuat kepada meja sebelah yang tidak berkelip memandangnya.
Keluar saja dari restoren tersebut, susuk tubuh Dahlia yang bertudung dusty pink menyapa pandangan Tengku Kayden. Hatinya lembut tanpa menunggu sesaat pun.Sayangnya pada Dahlia sangat dahsyat dan hebat sehinggakan hatinya bagai terasa disiat-siat saat melihat kad undangan perkahwinan si gadis dengan lelaki lain. Sakitnya Allah saja yang tahu.
“Kenapa Dahlia? Apa salah I sampai you buat I macam ni?” lirih sekali Tengku Kayden menyoal sambil menggenggam kemas jemari Dahlia. Ada air yang bertakung ditubir mata si gadis. Makin terluka hati Tengku Kayden melihatnya.
“I terpaksa Adrian, I terpaksa. Family I banyak terhutang budi dengan dengan family lelaki tu. Hutang kami terlalu banyak. Maafkan I Adrian…maafkan I…” esak Dahlia sayu, langsung tidak berani melihat wajah Tengku Kayden.
“Hanya sebab duit Dahlia? I boleh bagi you duit kalau you nak. Berapa banyak yang you nak pun boleh.”
Dahlia mengeluh perlahan.“Mana you nak cari duit Adrian…you kerani je, berapalah sangat gaji you Ian. You takkan boleh tolong I. You takkan mampu Ian. Hutang family I bukan sedikit, bukan seribu dua. Tak apalah Ian. Mungkin kita memang tak ada jodoh. Lagipun lelaki itu pun lelaki baik-baik, dia dah janji dia akan jaga I dan family I. I pun dah setuju akan perkahwinan ini. Maafkan I Adrian, maafkan I.” tangan yang sedari tadi digenggam Tengku Kayden segera ditarik, tidak terlalu kasar dan tidak juga terlalu lembut.
“Dahlia sayang…jangan tinggalkan I Dahlia. You pun tahu I takkan boleh hidup tanpa you.” Rayuan Tengku Kayden langsung tidak diendahkan Dahlia. Lelaki itu tidak mampu membantunya.
“Sudahlah Adrian…anggap saja kita tak ada jodoh. Lupakan I.”
“No! I takkan lupakan you Dahlia. I boleh bagi apa yang you nak, asalkan you batalkan perkahwinan tu.”
Dahlia menggelengkan kepala dengan perlahan. Mana mungkin permintaan Tengku Kayden itu dapat dipenuhi. Segala persiapan sudah diatur dan dia takkan sesekali memalukan dirinya dengan tindakan bodoh.
“Lupakan I Adrian! Lupakan I!” naik seoktaf suara Dahlia.
“Macam mana I nak lupakan you Dahlia sedangkan I dah serahkan hati I pada you. I love you so much Dahlia. I boleh selesaikan semua hutang family you tu sayang.”
“You tak mampu nak selesaikan semua tu Ian…you tak mampu!”
Keluhan kuat dilepaskan Tengku Kayden.
“I mampu sebab I…”
“Cukup! Cukup Ian, I tak nak dengar apa-apa lagi daripada you! Jangan cari I lagi nanti tunang I marah. I tak nak cari masalah. Maafkan I. Selamat tinggal Adrian.”
Tanpa sesaat pun menoleh ke belakang, Dahlia melangkah pergi meninggalkan Tengku Kayden yang penasaran. Berkali dia memanggil namun Dahlia tetap melangkah pergi.
“You tinggalkan I sebab duit Dahlia?”
“Hellooo…masih kat bumi ke?” soalan Zandra bersama dengan tepukan pada bahu Tengku Kayden yang tidak berbaju. Lelaki itu kelihatan tersentak.
“Kau nak apa?” walaupun suara itu tidak melengking kuat seperti kebiasaannya namun nada kasar itu tetap ada.
“You tu lah. I ni macam cakap dengan tunggul. I ingatkan you dah terbang ke Pluto tadi. Kalau dah sampai Pluto nak mintak tolong.”
“Tolong? Tolong apa?” pelik sungguh karenah Zandra ini.
“Tolong…tolong kirim salam kat alien. Bukan senang nak pergi Pluto. Sheikh Muzaphar pun baru sampai bulan je. Itu pun sekali. Yang you ni terus pergi Pluto. Khelas!”
“Kau ni kan kalau sehari tak cakap benda tak ada faedah memang tak boleh eh?”
Memuncung terus bibir Zandra apabila dimarahi Tengku Kayden. Benda macam tu pun Tengku Kayden nak bising. Dia saja je nak ceriakan suasana.
“Sikit-sikit nak naik angin, you ni ada masalah dengan perempuan ke?”
“No! aku ada masalah dengan kau je.” Selamba jawapan yang diberikan Tengku Kayden.“Fuh! Menusuk jawapan tu. Ada macam rasa sakit hati pulak bila dengar.”
“Dah, malas aku nak layan kau.” Serentak dengan itu terus Tengku Kayden terjun ke laut. Zandra hanya mampu mengutuk dalam hati. Tak sempat nak sambung membebel Tengku Kayden sudah selamat berenang dalam laut jumpa Finding Nemo. Tak boleh jadi ni, dia pun mahu jumpa Finding Nemo juga.
Lantas kimono dress yang membalut tubuhnya ditanggalkan dan menyerlahkan swimming suit berwarna putih yang dipakai di sebalik dress tersebut.
Tanpa teragak-agak Zandra turut terjun ke dalam laut bersama peralatan snorkeling yang siap dipakai. Berenang ke sana ke mari melihat ikan-ikan yang pelbagai warna. Dia tersenyum gembira dalam hati, nampaknya papa tepat sekali. Pulau yang ada di dalam Malaysia memang tiada tandingannya. Cantik sungguh!
P/s : Siapa belum dapatkan Sweet Revenge wajib dapatkan sebelum kehabisan lagi!
YOU ARE READING
Sweet Revenge
Romance+Sinopsis+ Kerana sebuah dendam, Tengku Kayden menjadi seorang pembenci. Kerana cinta yang direntap dia merasakan seluruh kehidupannya musnah. Rasa benci, sakit dan dendam itu perlu dilunaskan dan mangsanya adalah Zandra. Kerana kasih dan sayangnya...