“Auuwww…sakitlah! Tak boleh bawak motor elok-elok sikit ke?” marah Zandra bila lelaki itu seperti dengan sengaja membrek secara mengejut. Sajalah tu nak bagi terpeluk rapat. Geram je dia nak cubit pinggang lelaki itu sama macam dia selalu buat dekat Along tapi risau jugak takut kena siku tak pasal.
“Turun.” Arah lelaki itu.
“Eh kita kat mana ni?” Zandra pandang sekeliling, dia masih lagi di atas motor. Kawasan sekeliling nampak seperti jeti. Ini agaknya jeti Semporna seperti yang dia baca dalam internet. Laut membiru, cantik! Kalau kat pulau sana mesti lagi cantik. Tergesa-gesa Zandra turun dari motor, entah di mana silapnya dia hampir terjatuh namun lelaki itu sempat memaut erat pinggangnya.
“Te…terima kasih.” Langsung tidak ada balasan dari lelaki itu, Zandra mencebik geram. Sombong!
“Erm…bestnya bau laut.” Nafas disedut dalam sambal mata terpejam, menikmati angin laut. Helmet yang sudah dibuka diserahkan semula kepada empunya.
Lelaki itu juga turut membuka helmetnya membuatkan Zandra terlopong. Tak ralatlah dia terpeluk lelaki itu tadi. Muahahaha…
“Wow…kacaknya….” Tanpa sedar
Zandra memuji.“Excuse me?” lelaki itu kerut kening. Sarung tangan turut dibuka dan disimpan ke dalam poket jaket kulit yang masih tersarung pada badan.
Zandra masih ralit memerhati. Langsung tak rugi dia peluk tadi masa naik motor. Kalau rupa tak handsome tadi adoi sedih rasa diri yang ternoda ini. Aww!
“Dah habis tenung? Nah ambik ni! Jangan harap kat sini ada kuli batak nak bawak barang kau.” Beg galas yang berisi barang Zandra di campak ke kaki gadis itu. Berkerut dahi Zandra menahan rasa tak puas hati. Berkira sungguh.
“Adui beratnya…menyesal pulak sumbat banyak barang. Ni nak naik bot lagi, dengan heels lagi, beg berat lagi. Dia menonong je jalan. Bukan reti nak tolong. Harap muka je handsome! Tapi tak gentlemen langsung.”
Dalam pada Zandra terkial-kial mengheret beg galas yang berat itu, dia ditegur seorang kanak-kanak yang agak berisi dan buncit.
“Kakak cantik! Biar Abu tolong…” Zandra tarik sengih, ada juga yang sudi membantu. Jelingan tajam dihadiahkan buat lelaki berjaket.
“Betul nak tolong ni? Jangan menyesal…beg tu berat tau.”
“Tak apa…Abu kan lelaki. Abu kuat…”
“Bagus-bagus, nah ambik. Ikut kakak masuk bot abang pakai jaket hitam tu. Hati-hati, jangan campak beg kakak masuk laut pulak.”
Pesanan hanya tinggal pesanan, bukan beg sandang itu yang tercampak tapi tubuhnya yang melayang dek kerana tumit kasut tingginya tersadung sesama sendiri. Sakit tu tak usah ceritalah, malu pun satu hal. Tak pasal-pasal jatuh air mukanya disaat matahari tegak di atas kepala. Monyet betul!
![](https://img.wattpad.com/cover/194026815-288-k863505.jpg)
YOU ARE READING
Sweet Revenge
Romance+Sinopsis+ Kerana sebuah dendam, Tengku Kayden menjadi seorang pembenci. Kerana cinta yang direntap dia merasakan seluruh kehidupannya musnah. Rasa benci, sakit dan dendam itu perlu dilunaskan dan mangsanya adalah Zandra. Kerana kasih dan sayangnya...