Sweet Revenge - Bab 6

586 18 2
                                    

“Uihhh…sedapnya…tak sangka you ni pandai masak! Mana you belajar ni?” dengan mulut yang penuh makanan Zandra tetap mahu memuji Tengku Kayden. Apa tidaknya, sedap sangat! Prawn buttermilk dan beef blackpepper super mengagumkan. Cukup rasa dan sangat sedap.

“Makan sajalah, banyak pulak tenaga nak bercakap. Tadi bukan main kata gastrik, ini elok je aku tengok. Nak membohong pun sikit-sikit dahlah.”
Zandra cebik bibir, puji pun tak boleh.

“You ni makan sarang tebuan ke? Garang sangat…sikit-sikit nak marah. I ni cakap elok-elok dengan you. Pung pang pung pang you sembur I. Nasib baik you masakkan I makanan tau, kalau you tak masakkan I makanan yang sedap ni dah lama I serkup kepala you dengan hot plate ni.” Ugut Zandra geram, merujuk kepada hot plate yang berisi beef blackpepper yang berasap nipis. Kalau serkup kepala Tengku Kayden ni, memang puas hati. Mendidih otak.

Masing-masing senyap. Zandra masih meneruskan suapan demi suapan, sedapnya memang tak terkata sehinggakan dia musykil sendiri. Tengku Kayden ni chef ke? Kalau dilihat pada susuk tubuh macam tidak, chef selalunya berisi…jarang ada yang badan mengancam seperti lelaki yang sedang duduk di hadapannya.

Menurut pemerhatian Zandra, lelaki yang sedang duduk dan leka dengan handphone ditangannya mempunyai aura penarik yang hebat. Apa tidaknya, sekali tengok terus terasa nak tengok berkali-kali. Satu persatu Zandra teliti, rambut hitam pekat yang lebat dan digel kemas. Raut wajah yang agak cerah tapi tidaklah dikategorikan sebagai putih melepak. Alis yang tebal tapi tersusun, hidung yang mancung menambahkan kesempurnaan wajah lelaki itu. Anak mata Zandra turun lagi ke bawah, bibir itu…aduh, kemerahan tanda seperti tidak merokok. Ke pakai lip balm?

Matanya masih nakal dan kini mula menerokai susuk tubuh Tengku Kayden pula. T-shirt slim fit yang dipakai lelaki itu menyerlahkan otot dan tubuh kekar milik Tengku Kayden. Telan liur Zandra dibuatnya dek kerana membayangkan di sebalik baju itu ada six packs yang menunggu disentuh, aduh! Gila kau Zandra!

Cepat-cepat Zandra geleng kepada berkali-kali, menghilangkan bayangan yang bukan-bukan itu.

Namun saat anak mata Zandra kembali ke wajah Tengku Kayden dia terkejut hebat, lelaki itu sedang merenungnya tajam. Alamak! Terkantoi pulak sedang menilik tubuh lelaki itu tetapi Zandra segera mempamerkan wajah tak ada perasaan, konon dia tidak terkantoi apa-apa, padahal…hatinya bagai nak meletop saat ini.

“Dah puas belek? Nak aku tanggalkan baju terus pulak ke?” sembur Tengku Kayden, perlahan tapi cukup sinis. Zandra buat-buat tak dengar, kembali menyambung menyuap makanan tanpa rasa bersalah padahal dalam hatinya berdebar bukan main.

“Sedaplah you masak ni, you memang chef ke Abang Tengku?” Zandra melarikan diri dari soalan Tengku Kayden dengan kembali bertanyakan soalan kepada lelaki itu.

“Don’t call me that.”

Zandra jongket kedua belah keningnya. Kenapa?

“Yang mana you tak suka I panggil, Tengku or…abang…” sengaja Zandra mengusik dengan melunakkan panggilan abang itu. Bukan dia tidak tahu Tengku Kayden tidak suka dia memanggilnya Abang Tengku.

“I tekalah ye, you tak suka I panggil you Tengku kan? Sebab you humble orangnya betul tak? Jadi…I panggil you abang lah eh? Just abang, no Tengku. Abang…” sempat Zandra mengenyit mata ke arah Tengku Kayden. Merah wajah Tengku Kayden membuatkan Zandra ketawa terbahak-bahak.

“Alah you ni…baru I usik sikit dah merah padam muka. You malu eh? Tak pernah ada orang panggil you dengan panggilan abang dalam nada yang menggoda macam I ke? Abang…” Sekali lagi perkataan abang itu dileret manja. Zandra tersengih lebar mempamerkan barisan giginya yang tersusun cantik, kedua belah pipinya turut berlekuk memperlihatkan lesung pipit dikedua belah pipi.

Sweet RevengeWhere stories live. Discover now