Sweet Revenge - Bab 12

369 6 0
                                    


Berbakul sumpah seranah Zandra apabila melihatkan cara Tengku Kayden memandu bot. Elok-elok boleh dipandu lurus lelaki itu sepertinya sengaja mengemudi bot laju tersebut ke kiri dan ke kanan sehinggakan Zandra mula terasa pening lalat. Kurang ajar sungguh Tengku Kayden, sengaja mahu mengenakan dia rupanya.

“Yang you bawak bot macam nak bunuh I ni dah kenapa?!” sedikit terjerit Zandra menyoal Tengku Kayden dek kerana berlawan dengan bunyi enjin bot dan angin kuat yang menerpa. Tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulut Tengku Kayden, hanya senyuman sinis dan lirikan mata yang tajam menjawab pertanyaan Zandra sebentar tadi.

Geram dengan perlakuan Tengku Kayden yang langsung tidak mengendahkannya, Zandra cuba untuk menggagahkan diri bangun dari duduknya walaupun dalam keadaan bot yang berhayun sebegitu rupa. Belum sempat Zandra merapati Tengku Kayden stereng bot sudah dipusing laju dan menyebabkan Zandra yang tadinya sedang berdiri tergolek jatuh. Mujur tidak tercampak ke dalam laut.

“Eiii!!! Sakitlah! Aduh…retak tulang punggung aku dibuatnya. You ni gila ke?! Nak bunuh I ke hah?!” jerkah Zandra geram. Berombak dadanya menahan sakit hati dan sakit pada pinggulnya yang terhempas ke lantai bot.

“Aku ni kalau nak bunuh kau dari tadi lagi aku campak kau kat tengah laut. Memang ini cara aku bawak bot, siapa suruh kau ikut aku jadi kau hadap je lah apa aku nak buat pun.” Ejek Tengku Kayden sambil membongkokkan sedikit tubuhnya supaya dia dapat melihat wajah Zandra dengan lebih jelas. Senyum senget dihadiahkan buat gadis itu.

Enjin bot sudah berhenti dan Tengku Kayden bangun dari posisinya tadi.

“Ambik ni! Sapu kat belakang aku.” Tiub berwarna biru itu dicampak tepat ke arah Zandra. Bulat mata gadis itu melihat benda yang dicampak Tengku Kayden sebentar tadi. Eh tak kuasalah nak sentuh-sentuh lelaki sombong dan bongkak seperti Tengku Kayden itu.

Apabila tiada pergerakan daripada Zandra, Tengku Kayden duduk mencangkung dan mengambil tiub sunblock yang dicampak ke arah Zandra sambil sebelah lagi tangannya menarik tangan Zandra yang sedang berpeluk tubuh dan tiub tersebut diletak ke atas telapak tangan gadis itu.

“Ambil sunblock ni, sapu belakang badan aku. Sekarang!” jerkah Tengku Kayden kasar, memuncung mulut Zandra apabila dimarahi sebegitu.
“Sapulah sendiri! I datang sini, ikut you…sebab I nak snorkeling jugak. You ingat you sorang je nak tengok Finding Nemo dalam tu? I pun nak tengok jugak!” nak terbelalak anak mata Zandra menjeling Tengku Kayden demi menunjukkan rasa tidak puas hatinya kepada lelaki itu.

Tengku Kayden sudah kerut dahi.

“Finding…what?”

Nak tersembur air liur Zandra dibuatnya. Tanpa menunggu sesaat pun ketawa besar terlepas dari bibirnya. Adoi, Tengku Kayden ni berasal dari planet mana sebenarnya ni sampaikan Finding Nemo pun tak kenal, sabar jelah.

“Apa-apa saja lah Abang Tengku…asalkan you bahagia.” Sisa tawa masih belum hilang lagi membuatkan Tengku Kayden sakit hati. Rahang diketap kuat.

“Jangan banyak cakap. Buat apa yang aku suruh tu dulu. Cepat!” sekali lagi Zandra dipaksa dan mahu atau tidak terpaksa jugalah dia patuh akan arahan tersebut. Perlahan Zandra bangun dan merapati Tengku Kayden yang sudah membelakangkannya.

“Bukalah baju tu takkan I nak sapu atas t-shirt, kalau macam tu baik tak payah pakai sunblock.” perli Zandra selamba sambil jari telunjuknya mencucuk-cucuk belakang Tengku Kayden. Hanya keluhan kasar kedengaran keluar dari bibir Tengku Kayden.

T-shirt hitam yang sedari tadi tersarung ditanggalkan sambil menghadap Zandra, bulat mata gadis itu melihat otot kekar milik lelaki itu. Langsung tak nampak menggelebeh dengan lemak, semuanya otot yang sasa dan erm…yummy! Namun gelak nakal hanya mampu disimpan dalam hati. Pada saat Tengku Kayden mula mahu menanggalkan seluar pendek paras lutut yang dipakainya segera Zandra menutup kedua belah matanya sambil menjerit kuat.

“Eh! Jangan! Jangan! I tak suruh you bogel, I suruh you tanggalkan baju supaya senang I nak sapu sunblock kat belakang you. Kalau you ada teringin nak sapu tempat lain…you…you sapulah sendiri! I tak nak sapukan.” Tergagap-gagap Zandra bersuara dengan mata yang terpejam rapat, siap dengan kedua tapak tangan pula menutup kelopak mata yang sudah tertutup.

Tiada sepatah kata atau bunyi yang keluar dari mulut Tengku Kayden membuatkan Zandra memberanikan diri mencipta ruang dari celahan jemarinya dan perlahan-lahan kelopak mata dibuka sedikit untuk melihat keselamatan pemandangannya. Bukan apa, takut juling biji mata seandainya nampak perkara yang tidak sepatutnya.

“Tak payah nak intai-intai sangat, aku tak bodoh nak bogel depan kau. Buang masa!”

Demi mendengarkan ayat Tengku Kayden itu barulah Zandra yakin untuk membuka mata, tidak semena-mena dia mengeluh lega. Tengku Kayden memakai swimming trunk rupanya. Alhamdulillah…tak ternoda matanya hari ini.

“Menyusahkan betullah bawak kau ni.” Perlahan sungutan Tengku Kayden namun masih dapat didengari Zandra dengan cukup jelas sekali.

“Ewah…kemain you eh cakap I menyusahkan. Kalau you tak bawak I siapa nak sapukan you sunblock ni. Dah! Stay still…nak sapu sunblock ni, karang hitam pulak anak raja tak bertamadun ni. Takut sangat hit…”

Mulut yang tadinya becok berceloteh terus senyap. Zandra kejung sendiri apabila melihat belakang badan Tengku Kayden dicacah tatu yang bernama. Lorekan kecil itu memang cukup indah, nama itu pun sangat indah tapi Tengku Kayden kan orang Islam. Orang Islam mana boleh ada tatu. Dek kerana suasana yang sunyi, Tengku Kayden toleh ke belakang dan apabila anak mata Zandra seorang tertunak ke arah satu tempat tahulah Tengku Kayden apa yang telah membuatkan gadis itu menyepi.

“Kau nak tolong aku sapu cream tu atau kau nak tenung belakang aku sampai esok pagi?” soalan dari Tengku Kayden itu menyedarkan Zandra dari terus merenung tatu yang ada dibelakang tubuh lelaki itu. Tanpa dapat menahan Zandra menyoal.

“Kenapa you ada tatu? Uncle Tengku tak marah ke you bertatu macam tu? You orang Islam kan? You tahu kan orang Islam tak boleh ada tatu?” tanpa rasa bersalah bertalu-talu soalan dilontarkan Zandra kepada Tengku Kayden namun lelaki itu langsung tidak berkutik malah tanpa amaran lelaki itu segera bangun dan menyiapkan diri dengan peralatan snorkeling.

Zandra yang tadinya sedang duduk juga turut bangun. Terkebil-kebil dia melihat Tengku Kayden yang sudah siap berdiri dibirai bot untuk terjun ke dalam laut.

“I belum sapu sunblock lagi lah kat belakang badan you tu.” Beritahu Zandra apabila melihat Tengku Kayden seolah-olah tidak mahu melayan dirinya lagi. Takkan sentap kot dia tanya banyak soalan tadi. Tak nak jawab cakap je lah tak nak jawab, ni nak sentap pulak. Mengalahkan perempuan! Sempat lagi Zandra mengutuk dalam hati.

“No need sunblock.” Ringkas balasan yang diberikan Tengku Kayden tanpa sekilas pun pandangan diberikan ke arah Zandra membuatkan gadis itu mencebik geram. Perasaan ingin tahu dan busy body sangat menebal saat ini sehinggakan tanpa sedar sebaris nama yang Tengku Kayden tak mahu dengar lagi meniti dibibir Zandra.

“Siapa Dahlia Aisya?”

Tubuh Tengku Kayden mengeras, sebaris nama yang meninggalkan luka yang cukup dalam. Sebaris nama yang sehingga kini tak pernah dia lupakan. Hampir setahun lamanya nama itu tidak dia dengari dan kini Zandra mengingatkan dia akan kenangan lama itu. Kenangan yang sangat pahit untuk diingati.



Assalamualaikum. Terima kasih pada yang dah dapatkan novel Sweet Revenge! Sayang korang 😘😘

Sweet RevengeWhere stories live. Discover now