Sweet Revenge - Bab 5

829 17 9
                                    

Kalau tadi mulutnya ternganga dek kerana terpegun dengan keindahan pulau itu, kini Zandra rasa rahangnya sudah sampai ke lantai. Cantik dan mewah, dua patah perkataan yang sangat sesuai untuk menggambarkan bilik yang bakal didiaminya untuk dua minggu. Yes! Tak sia-sia dia datang ke mari jika bilik semewah ini yang terhidang depan mata.

“Cik Zandra, ada apa-apa lagi yang Cik Zandra perlukan ke?” tegur bell boy yang membantu Zandra membawa begnya ke dalam bilik.

“Erm…buat masa sekarang ni tak ada tapi kalau ada, I nak kena cari siapa ya untuk assist I?”

“Kalau Cik Zandra perlukan apa-apa dail je 123 dekat fon tepi katil tu. Talian direct ke receptionist. Nanti dia akan assist. Kalau tak ada apa-apa lagi saya keluar dulu cik. Petang nanti cik boleh jalan-jalan kawasan resort ni. Pemandangan cantik sangat.”
Zandra senyum, idea bernas juga tu.

“Okay jugak tu tapi now I nak beradu, bersiram…bersemayam…eh! Bersemayam bukan. Itu belum lagi.” Berkerut dahi Zandra mencakna maksud bersemayam. Seingatnya bersemayam tu mati. Ah lantaklah apa maksudnya sekalipun janji semua orang faham, masalahnya dia yang tak faham sekarang. Tak apa, abang Google kan ada.

“Eii dah lah, pening lah I layan you ni.” Serentak dengan itu pintu bilik ditutup, nasib tak terkena hidung si bell boy, kalau tak cacat dua bulan jawabnya kena hempas pintu kayu yang tebal dan berat itu.

“Ah…finally…boleh jugak aku berehat dengan aman. Lepas ni boleh tidur tanpa gangguan, kalau kat rumah mama jadi pengacau. Kat sini I’m freeeee! Yuhuu…”

Tanpa menunggu lama Zandra melompat naik ke atas katil empuk yang bercadar tebal, sempat dia melompat dua kali sebelum tubuhnya di biarkan jatuh terlentang. Kalau terlentang atas lantai mahu lumpuh, nasib baik atas katil empuk. Dia yang sedari semalam lagi sudah kurang tidur mengambil kesempatan untuk qada balik tidurnya yang tak cukup itu. Lewat petang nanti dia akan bangun untuk dinner dan berjalan di sekeliling kawasan resort.




************************************


Cadangnya mahu tidur sekejap saja tapi dia sudah terlajak sampai pukul 12 tengah malam. Gila! Tidur ke mati ni? Kalau mati tak bangun terus kan? Nasib baiklah lampu di sisi katil memang sedia terpasang, kalau tidak mahu langgar dinding tadi bila bangun. Perut sudah berkeroncong hebat, mana taknya. Makanan yang dia jamah untuk seharian ini hanyalah sewaktu dalam kapal terbang awal siang tadi. Ini dah pukul berapa, menipu sangatlah kalau tak lapar.

Nak berpintal rasa ususnya menahan kelaparan tapi dia perlu mandi dulu, badan rasa tak selesa. Dah selesa baru best nak makan, nanti dia nak call room service nak order makanan sedap-sedap. Kecur liur teringatkan gambar pada menu yang sempat dijengahnya tadi. Usai mandi dan siap berpakaian Zandra terus angkat ganggang telefon dan call bahagian receptionist tapi jawapan yang diterima sangat mengecewakan.

“Maaf cik, kitchen dah tutup. Last order pukul 10.30 malam setiap hari cik.” Suara balasan di hujung talian sana meremukkan hati Zandra, dia sudahlah tengah lapar yang teramat. Takkan nak makan maggi cup! Nak tempah keranda sendirilah jawabnya sebab dia allergic maggi terutama sekali maggi cup, nanti timbul gatal-gatal pada badan. Kalau yang dalam paket tu tak apalah juga. Aduh! Jadi beruklah dia tergaru-garu nanti kalau makan.

“You tak boleh ke request chef masak special untuk I? I lapar ni tau tak…kalau I mati macam mana? You nak I jadi hantu cekik you? You nak?” bersungguh-sungguh Zandra mengugut siap dengan mimik muka yang berkerut-kerut, macamlah orang yang ditalian tu nampak.

“Err…kalau saya boleh tolong memang saya akan tolong cik tapi maaf saya memang tak dapat bantu. Chef dan semua staff kitchen dah balik cik, memang tak ada orang sekarang ni yang saya boleh suruh masakkan. Kalau cik nak, saya boleh minta staff hantarkan maggi cup pada cik.”

Sweet RevengeWhere stories live. Discover now