Sweet Revenge - Bab 10 & 11

922 18 4
                                    

“Cik Zandra, betul ke Cik Zandra nak ikut Tengku snorkeling? Cik Zandra dah bagitahu dia ke?” takut-takut Kassim menyoal, bimbang sungguh hatinya takut Tengku Kayden naik angin jika melihat Zandra sudah siap terpacak di dalam bot.

“Eiii…bisinglah you ni Kassim, jangan risau Tengku Kayden takkan marahkan I. Paling-paling dia campak I dalam laut je, nanti I tunggang dugong balik resort okay?” Sengaja Zandra layang sengihan yang lebar buat Kassim yang sudah berkerut mukanya.

“Ish! Main-mainlah Cik Zandra ni. Saya tengah takut ni, kalau Tengku marah saya habislah…”

Zandra berdecit geram. Takut sangat dengan Tengku Kayden tu dah kenapa!

“Jangan bising boleh tak Kassim, you ni peningkan kepala I je la. Sekarang ni you pergi buat kerja you, pandai-pandailah I nak pujuk Tengku Kayden nanti.”

“Nak pujuk apa?”

Zandra dan Kassim saling berpandangan, wajah Kassim usah diceritalah memang pucat semacam. Liur ditelan kesat, tak sangka tertangkap begini dengan Tengku Kayden. Sangkanya Tengku Kayden lambat lagi datang ke jeti.

“Kau nak pujuk aku? Pujuk aku untuk apa?” soal Tengku Kayden tegas. Barang yang dijinjit ditangan dicampak selamba ke dalam bot, berdekatan dengan kaki Zandra. Kassim sudah tersengih kelat, berpeluh dahinya.

“Erm…Tengku, saya dah sediakan bot. Tiulang pun dah ready untuk bawa Tengku snorkeling.”

“Saya tak cakap dengan awak Kassim.”

Zandra ketap bibir.

“I saja borak-borak dengan Kassim ni, I cakap kalau orang bercinta dengan I untung sebab I pandai pujuk. Itu je…”

“Untunglah sangat…” ejek Tengku Kayden dan lelaki itu sudah selamat melompat masuk ke dalam bot.

“Sekarang ni apa kau buat kat sini? Keluar sekarang dari bot ni.” Arah Tengku Kayden sambil memandang tepat ke dalam anak mata Zandra sehinggakan gadis itu termalu sendiri. Belum pernah dia direnung sebegitu rupa, kelam kabut dia mahu melarikan pandangannya.

“I nak ikut you snorkelling, boleh kan?”

“Tak boleh!” laju Tengku Kayden memberikan jawapan, sesaat pun dia tidak berfikir panjang.

“Bagi I sepuluh sebab kenapa you tak nak kasi I ikut you?”

Tengku Kayden ketawa dalam nada yang mengejek. Dia sudah siap bercekak pinggang di hadapan Zandra yang selamba duduk di dalam bot. Seinci pun gadis itu tidak berganjak sekalipun sudah dihalau turun oleh Tengku Kayden.

“Sepatutnya aku yang tanya soalan tu pada kau. Kau tak payah bagi aku sepuluh sebab. Aku nak dua sebab je daripada kau, kenapa aku kena benarkan kau ikut aku pergi snorkeling sedangkan kat resort aku ni banyak pakej snorkeling yang kau boleh join.”

Zandra sudah terkebil-kebil. Aduh! Dia nak sebab pulak! Otak, tangkaslah kau bekerja…

“Erm…erm…”

“Tak boleh bagi sebab kan? So turun! Jangan nak buang masa aku.” Sekali lagi Tengku Kayden menghalau.

“Eh…I clearkan kerongkong tadi, kahak melekat. Ehem! Uhuk! Ehem! Okay…dah clear dah tekak. No more kahaktuih.” Terlayang satu sengihan lebar buat Tengku Kayden. Dari ekor mata Zandra dapat melihat bayangan Kassim yang sedang mengemam bibir, menahan dari meledaknya ketawa.

“You nak dua sebabkan? Okay…sebab yang pertama kenapa you kena izinkan I ikut you adalah kerana I dah terlepas trip snorkeling sebab I terlambat tadi. Sebab yang kedua, I tak selesa kalau ikut trip bot yang satu lagi sebab ramai group lelaki. I kan wanita ala-ala suci murni gitu, mana biasa nak berhimpit dengan lelaki, dengan you tak apa sebab I percaya you.” Tanpa rasa bersalah, selamba Zandra menggoreng Tengku Kayden dengan alasan tak berapa nak betul yang direkanya itu.

Sweet RevengeWhere stories live. Discover now