Sweet Revenge - Bab 9

488 15 0
                                    

“Weh apehal adult pool tepi bar tu tutup?” Sara yang tadinya sedang sibuk dikaunter lobi segera meninggalkan kerjanya dan turut melepak bersama Abong dan rakan kerja yang lain. Awal pagi tadi kecoh apabila Tengku Kayden mengarahkan swimming pool tersebut ditutup kepada guest dan yang paling pelik, awal pagi lagi Tengku Kayden sudah siap berswimming trunk dan gogel untuk berenang.

Setahu mereka yang sudah lama bekerja dengan Tengku Kayden, lelaki itu tidak perlukan gogel untuk berenang malah Tengku Kayden lebih suka berjoging dipersisiran pantai pada setiap pagi bukan mandi swimming pool. Yang membuatkan lagi pelik apabila kawasan itu ditutup dan tak ada sesiapa pun yang dibenarkan mendekati kawasan pool. Tak ke pelik tu?

“Aku tertanya-tanya jugak sebab setahu aku pool tu tak ada masalah, setiap hari aku bersihkan.” Kassim pula mencelah. Hanya Abong yang nampak rileks, tersenyum mendengar pelbagai ulasan rakan sekerjanya.

“Apa yang korang nak pelikkan, dia tu bos. Adalah tu benda tak kena yang dia nampak, yang kita ni tak perasan.”

“Memang lah Abong…tapi Tengku Kayden tak arahkan Si Kassim ni buat apa pun cuma arahkan Kassim tutup pool untuk guest, bar pun Tengku Kayden suruh tutup. Itu yang kitorang semua pelik.” Sara pula membantah apa yang Abong katakan.

“Hai guys…buat apa ramai-ramai ni? Membawang eh?” terkejut semua yang ada di situ apabila disergah satu suara. Sara yang terlebih dahulu perasankan pemilik suara itu segera bangun.

“Cik Zandra, ada apa-apa yang kami boleh bantu?”

Zandra ketawa, aduh…formalnya.

“Tak payah nak formal sangat, ada apa-apa kami boleh bantu?” ejek Zandra sambil ketawa. Dia sengaja mengulang ayat yang dituturkan Sara sebentar tadi.

“Korang borak apa tadi?” sekali lagi Zandra menyoal. Kassim sudah tergaru-garu kepala, pening juga nak menjawab. Takkan nak cakap tengah mengumpat pasal bos resort ni. Tak pasal kalau kantoi dengan Tengku Kayden nanti.

“Err…tak ada apalah Cik Zandra, saja kami berehat berbual kosong. Cik Zandra nak apa-apa ke?”

“Oh…tak adalah, I tengah bosan tadi tak tahu nak buat apa. Nak jalan-jalan tepi pantai panas sangat, tunggu petang-petang sikitlah.” Lembut Zandra menjawab. Tanpa perasaan malu walaupun tidak dipelawa, selamba Zandra melabuhkan duduk di atas four posture bed yang dijadikan pangkin bagi menghias sudut kosong yang ada dikawasan lobi itu.

“Korang semua ni dah lama ke kerja dengan Tengku Kayden.” Soalan yang dilontarkan Zandra membuatkan mereka yang berada di situ kerut kening. Dah kenapa pula guest sorang ni sibuk bertanya tentang itu pula.

“Tak adalah lama sangat sangat Cik Zandra, dalam empat ke lima tahun jugalah kami dah berkerja dengan Tengku Kayden.” Apabila semua senyap, Abong yang mengambil tanggungkawab itu untuk menjawab soalan yang dilontarkan Zandra.

“Hah! Empat ke lima tahun tu tak lama? Ayo…kalau saya dah berlumut duduk kat sini. Dahlah kena kerja dengan bos yang muka tegang 24 jam. Tak sanggup…tak sanggup…”

tergeleng-geleng kepala Zandra menunjukkan betapa tak sanggupnya dia untuk berkerja dengan Tengku Kayden sehingga bertahun lamanya.

“Tapi Cik Zandra, Tengku Kayden tu baik lah…kalau yang jenis baru jumpa dia mungkin akan rasa dia tu sombong, berlagak semacam tapi bagi kami yang dah lama bekerja dengan dia. Bersyukur sangat dapat bos macam Tengku Kayden tu. Dia banyak jaga kebajikan kami semua kat sini, berbeza sangat masa pengurusan baru dulu, sejak Tengku Kayden sendiri yang jaga resort ni semua dah berubah. Kami gembira sangat kerja kat sini.” Abong menyangkal pandangan Zandra terhadap Tengku Kayden.

Sweet RevengeWhere stories live. Discover now