Dengan terhencot-hencot Zandra berjalan membontoti lelaki itu dan Abu yang setia mahu menolongnya mengangkat beg, kalau nak diharapkan lelaki tak gentlemen itu haram…siap dikutuknya lembik bila Zandra terjatuh tadi, bukannya nak tolong! Nak buat macam mana dah nak terjatuh, lagipun jeti tu yang tak sekata struktur permukaannya, mana tak tersungkur!
Payah betul nak berjalan dengan heels dan kaki yang sakit tapi dia takkan sesekali menunjukkan erti kekalahan, akan dia berjuang sehingga ke langkah yang terakhir. Sampai je katil, nak rehat puas-puas! Tak kira dah apa nak jadi.
“Apa jauh sangat resort you ni samseng?” Zandra menegur setelah terasa agak lama berjalan, nasib baiklah pemandangannya cantik. Laut membiru yang kehijauan, air sangat jernih dan dengan jelas nampak ikan-ikan kecil berenang bebas. Aduhai, tak sabar nak berjalan tepi pantai, hirup udara segar…ah nyamannya…
“Auch!!!” Zandra terjerit bila hidungnya berlaga dengan sesuatu yang keras, bila dia dongak terus muka berkerut lelaki itu terlayar di ruang mata.
“Apa break mengejut ni?! Nasib tak patah hidung I…dada dahlah tough.” Sempat lagi Zandra memuji dalam marahnya. Apa tak nya, senak terasa hidung bila terlanggar dada bidang berbalut t-shirt itu. Dahla wangi, tough pula…ish kalau tak berbaju kan lagi bagus! Zandra gelak dalam hati, nak mampus gelak depan lelaki muka ketat tu.
“Kau tu yang jalan tak pakai mata lepastu nak salahkan orang.” Sembur lelaki itu pula. Zandra mencebik sebelum menjawab.
“Memanglah jalan tak pakai mata, orang jalan pakai kaki. Tak tahulah kalau you ni alien dari planet Pluto, jalan pakai mata…kan Abu?” Abu terpinga-pinga tapi dia jawab juga.
“Ha…betul-betul.”
Bagus Abu ni, dari dalam bot sampailah ke jeti resort setia dia mengekor Zandra bersama bag milik gadis itu.
“Dalam sana tu lobby, ada kaunter check in. Kau pergi check-in dan jangan ganggu aku.” Jelingan tajam dihadiahkan buat Zandra sebelum lelaki itu berpaling dan berjalan ke arah lain. Zandra hanya mampu mencebik.
“Macamlah orang hadap sangat nak ganggu dia. Hei orang boleh berdikari sendirilah.” Sempat dia memarahi lelaki itu, lantaklah dia nak dengar ke tak janji dah puas menyembur.
Belakang tubuh lelaki itu dihantar dengan jelingan sebelum berjalan ke arah lobby resort seperti yang di tunjukkan lelaki itu.“Dia ingat aku ni tak boleh berdikari agaknya, pandang orang sebelah mata pulak.” Tak habis-habis Zandra membebel walau susuk lelaki itu sudah hilang dari pandangan.
“Okay Abu…let’s check in! Bawak beg kakak tu tau.” Abu jugak yang jadi orang suruhannya untuk angkut beg, tadi bukan main boleh berdikari katanya. Habuk betul Zandra ni. Tak berapa lama berjalan Zandra sampai di hadapan kaunter daftar masuk, lega apabila kesejukan penghawa dingin menampar wajahnya sebelum dia seolah teringatkan sesuatu. Membulat matanya!
Dia sudah menggelabah, teringat akan handbagnya yang tertinggal bersama luggage di airport. Rasa nak menangis saja depan kaunter check in sebab handbagnya itu ibarat nyawa tahu tak! Nyawa! Ada segala dokumen pengenalan, kad kredit, duit dan yang paling penting handphone! Nak bercuti apanya kalau handphone tak ada, nak ambil gambar, nak update instagram lagi!
Nasib Zandra bertambah tidak baik, apabila dia tak dapat call papa dia call Bibik tapi Bibik pulak kata papa dan mama pergi bercuti, bila tanya ke mana katanya tak tahu. Sakit hati sungguh! Bila tanya Along pulak, kata Bibik Along outstation…handphone tertinggal sebab Bibik yang jumpa kat atas meja makan dan yang penting tak payah tanya ke mana sebab Bibik awal-awal lagi cakap tak tahu.
Patutlah call tak berangkat. Apa punya nasib pun tak tahulah, takkan nak tidur kat sofa lobby ni pulak.
Nak cari lelaki tadi memang mustahil, mana nak cari pun dia tak tahu, nama pun tak kenal. Dia sudah bagitahu staff resort yang dia ni anak kawan big bos resort ni, Uncle Tengku tapi boleh diorang tak layan, siap gelak lagi. Sabar je lah…tapi nasib baik juga mereka membenarkan dia menggunakan telefon yang ada dikaunter itu, kalau tidak…
YOU ARE READING
Sweet Revenge
Romance+Sinopsis+ Kerana sebuah dendam, Tengku Kayden menjadi seorang pembenci. Kerana cinta yang direntap dia merasakan seluruh kehidupannya musnah. Rasa benci, sakit dan dendam itu perlu dilunaskan dan mangsanya adalah Zandra. Kerana kasih dan sayangnya...