Bab 2
Perjalanan yang mengambil masa lebih dua jam membuatkan Zandra keletihan, sementelah lagi penerbangan ke airport Tawau adalah pada seawal 7.30 pagi. Tepat pukul 4.45 pagi dia sudah terpacak di KLIA gara-gara papa yang tidak mahu dia terlepas penerbangan. Macamlah nak pergi London ke Afrika ke. Kalau nak pergi London, dia bermalam terus kat KLIA tu. Excited punya pasal, ini nak pergi Sabah je…seberang laut sana. Aish! Macam tak ada tempat lain.
Sudahlah duduk kelas ekonomi, duduk pulak sebelah lelaki tua yang boroi dan kaki berdengkur. Rasa nak ketuk je guna tumit kasut yang runcing itu. Bingit! Nasib baiklah kesabaran dia masih ada, kalau tak dia suruh pilot u-turn dan turunkan dia kat KLIA balik. Tak bercuti pun tak apalah janji tak sakit hati.
Touch down saja di airport Tawau, melilau Zandra mencari orang yang akan menjemputnya. Tak ada klu pun dari papa siapa yang akan menjemputnya tapi paling koman tentu naik Mercedes, tak pun Range Rover. Papa ada bagi contact number tapi bila call masuk peti simpanan suara. Zandra sudah mengeluh. Matahari makin meninggi, dia sudah berbahang. Badan berbahang hati pun berbahang juga ni.
Nak tak nak Zandra tunggu saja di pintu domestic arrival itu. Mana tahu nampak sepanduk tertulis nama dia yang cantik ni. Zandra Nur Tatiana, fuhh!!! Glamour kalau orang nampak. Nama cantik tuan pun cantik.
Tunggu punya tunggu, deruman enjin motosikal berkuasa besar mengejutkan Zandra yang sedang leka bermain game. Sekilas dia pandang, cantik motor tapi takkanlah pekerja kawan papanya nak ambil dia dengan motor. Perjalanan nak ke jeti Semporna bukan dekat. Dengan bagasi besar lagi, mustahil…mustahil.
Tapi…bila penunggang motosikal itu turun dari motor Zandra sudah tak senang duduk. Apa taknya, susuk tubuh tinggi dan tegap berjaket hitam itu makin mendekat. Terus Zandra yang tadinya sedang duduk di atas bagasi terbangun. Menambahkan kecuakkannya bila lelaki itu mahu mengeluarkan sesuatu dari poket belakang jeans. Zandra dah get ready nak lari tapi bila sesuatu yang ditarik dari poket belakang adalah sekeping kertas, Zandra mengeluh lega.
Ingatkan nak keluarkan pistol ke, pisau ke. Lelaki itu masih makin mendekat, sangat rapat sehingga jarak tubuh mereka tak sampai satu hasta pun. Sudahlah berhelmet full face, apa pun tak nampak. Terkelip-kelip mata Zandra bila lelaki itu meletakkan sekeping kertas tepat ke pipi kiri Zandra, persis membandingkan sesuatu. Zandra jeling, itu gambar dia! Gambar paling buruk pula tu! Siapa punya kerja ni bagi gambar dia yang paling tak semenggah kepada lelaki itu. Eiii sakit jiwa lah macam ni!
“Hei! Apa tarik-tarik orang ni!” jerkah Zandra garang. Hampir terpelecot dibuatnya dek kerana pergelangan tangannya ditarik kasar membontoti lelaki itu. Dahlah pakai sarung tangan kulit, genggam pulak kuat. Memang perit tangannya.
“Aku dah lambat, so tolong cepat sikit. Banyak kerja aku nak kena buat dari datang pick up entah siapa-siapa ni.”
“Eh, hello! Kalau ada orang yang patut merungut, it’s me tau bukan you. I tunggu sini dah lama tau tak!”
Zandra sentap tangan yang berada dalam, genggaman lelaki itu.Pergelangan tangannya diusap-usap, sakit!
“Orang yang patut jemput I adalah staff Uncle Tengku! You ni siapa memandai nak ajak I pergi sana sini?” Kaki melangkah ke arah bagasinya, kembali duduk di situ dengan berpeluk tubuh. Entah orang jahat mana tiba-tiba datang nak pick up dia. Mentang-mentang nampak perempuan cantik sorang-sorang, mulalah nak kacau.
Lelaki yang berhelmet tadi merapati Zandra. Kepala yang bersarung helmet rapat ke muka Zandra. Walaupun Zandra tak nampak wajah di sebalik kaca gelap itu, dia dapat rasakan renungan tajam lelaki itu.
“Ni…dalam gambar ni kau kan?” soal lelaki itu perlahan sambil sekeping gambar milik Zandra disua rapat ke wajah gadis itu.
Zandra cuba merampas gambar itu namun lelaki itu lebih pantas menarik kembali tangannya dan gambar itu disimpan kemas dalam poket belakang jeans yang dipakai. Tubuh kembali ditegakkan.
Beg yang sedari tadi digalas dicampak ke arah Zandra, kelam kabut dia menyambut.
“Itu…beg.”
Dia ingat aku tak kenal beg ke apa, getus hati kecil Zandra.
“Masukkan semua barang-barang yang penting dari luggage peti ais kau tu kat dalam beg galas tu. Bawak yang penting sahaja. Segala mak nenek yang tak ada faedah dalam ‘peti ais’ kau tu tak payah bawak.”
Bulat mata Zandra dengan arahan tak masuk akal itu. Beg galas itu saiznya sederhana besar dan bagasi miliknya memang besar. Berbeza sangat saiznya, mana mungkin muat semua barangnya nak di sumbat dalam beg galas itu. Tak masuk akal lah arahan dia ni! Zandra sudah nak naik angin.
“Hei! You buta ke? Tak nampak beg I tu besar, beg yang you bagi tu kecik. Macam mana nak sumbat semua tu. Eii…cakap macam tak pakai otak.”
“Sebelum cakap orang tak pakai otak tengok diri sendiri dulu. Agak-agak ada ke orang nak pergi pulau bawak beg besar mengalahkan mesin basuh?”
Zandra sudah panas hati, tadi kata peti ais ni cakap mesin basuh pulak. Sabar Zandra, sabar…
“Aku bagi kau masa 5 minit, kalau tak siap jugak aku tinggal kau kat sini. Pandai-pandailah kau berenang pergi resort. Kalau dah lewat bot tak jalan. Nasib kau lah.”
Lelaki yang tidak diketahui nama dan wajah itu dengan selamba memberikan arahan dan penuh bergaya duduk di atas motornya sambil berpeluk tubuh menunggu Zandra mengeluarkan satu persatu barangnya dan dimasukkan ke dalam beg galas. Dilema sungguh dibuatnya sebab semua yang ada dalam bagasinya itu penting. Nak sumbat semua tak muat, aduh macam mana ni?
“Err…you…boleh tak kita bawak je luggage ni. Takkan nak tinggal kat sini kan?” Zandra cuba menggunakan cara diplomasi, manalah tahu bejaya. Selalu kalau guna dekat Along, confirm Along cair.
“No!” muktamad sungguh bunyinya.
“Habis tu?! Takkan nak tinggalkan luggage ni kat sini? Mahal tau I beli? Ni balance barang-barang I dalam ni takkan nak biar je.” Tak puas hati sungguh Zandra bila lelaki itu langsung tak nak berkompromi.“Kalau kau lebih sayangkan beg peti ais kau tu, kau boleh duduk sini dengan dia. Aku nak balik.”
Enjin motor dihidupkan, ngaumannya menenggelamkan jeritan Zandra yang terkocoh-kocoh bangun sambil mengheret beg sandang milik lelaki itu yang telah diisi barangnya yang paling penting. Itupun setelah berkali-kali dia membuat perhitungan.
Dengan mudah lelaki itu mengangkat beg itu dan disangkut di hadapan tubuhnya. Satu lagi helmet dihulur ke arah Zandra. Teragak-agak gadis itu mahu menyambut. Seumur hidupnya tak pernah naik motor, jatuh sahamnya kali ini. Lantaklah motor besar ke kecik ke, memalukan!
“Kau…boleh…tolong…cepat ke tidak? Aku dah lambat, banyak kerja aku nak uruskan. Bukan kerja aku nak layan kau kat sini.” Keras suara lelaki itu di sebalik helmetnya. Sudahlah kepala berbungkus sebegitu, bila bercakap pun suara tak dengar sangat.
“Ni…macam mana nak pakai. Tak reti.” Perlahan Zandra bersuara sambil diunjukkan helmet itu ke arah lelaki yang sudah siap sedia di atas motor.
Terdengar keluhan bosan dari lelaki itu namun helmet itu tetap disambut. Zandra hanya memuncung. Dah tak pernah pakai, nak buat macam mana. Kolar kemeja Ralph Lauren yang dipakai Zandra ditarik selamba supaya mendekatinya. Terperanjat Zandra dibuatnya, kang terbuka butang tak ke naya. Satu jelingan tajam dihadiahkan.
Helmet dipakaikan ke kepala Zandra dan ditekan kasar, sengaja diketuk kepala yang bersarung helmet itu sekali, konon mencuba tahap kekukuhan helmet itu. Padahal tak ada kena mengena langsung. Naik pening kepala Zandra dibuatnya, dahlah berat, ketat pula tu. Lemas rasa…lelaki itu membuka wisor pada helmet Zandra.
“Dah! Naik cepat. Terhegeh-hegeh. Itulah siapa suruh pakai pakaian tak cukup kain, kan dah susah.” Kutuk lelaki itu bila Zandra terkial-kial memanjat motor dengan skirt kain sutera paras lutut.
“Tahu pula I yang orang yang nak datang pick up I ni naik motor. Kalau I tahu I tak hingin pun lah nak datang sini. Duduk rumah main dengan Mimi dan Joned lagi bagus. Arrghhh!!!”
Belum sempat habis Zandra menyembur lelaki itu, superbike telah menderum laju. Nasib baik dia sempat peluk pinggang lelaki itu kalau tidak dah terlentang atas jalan raya. Buat malu je. Seronoklah lelaki tu kena peluk dengan dia cantik jelita ni! Sudu garfu betul!
**another chapter untuk korang.**
YOU ARE READING
Sweet Revenge
Romantik+Sinopsis+ Kerana sebuah dendam, Tengku Kayden menjadi seorang pembenci. Kerana cinta yang direntap dia merasakan seluruh kehidupannya musnah. Rasa benci, sakit dan dendam itu perlu dilunaskan dan mangsanya adalah Zandra. Kerana kasih dan sayangnya...