BAB 1

64.6K 882 7
                                    

Bahu aku tumbuk perlahan, penat sangat hari ni sebab stok buku baru saja sampai. Lepas tu kena susun buka atas rak, susun mana yang bahagian buku yang dah kurang.

Walau bagaimanapun, sikit tak pernah aku mengeluh sebab inilah punca rezekiku. Hasil untuk sara mak dan ayahku kat kampung serta adikku.

Nama aku Erin Zulaikha, umur baru 20 tahun. Lepas STPM aku tidak sambung belajar sebab ibu dan ayah tidak mampu, biasiswa pula tak dapat. Bukan rezeki aku walaupun pointerku 3.84.

Jadi aku ambil keputusan untuk kerja di bandar, jauh dari kampung. Gajinya lebih lumayan berbanding aku kerja di kampung.

Ini pun hasil pertolongan kawan baikku, Nurin. Dia bantu aku dapatkan kerja dan dia tumpanglan aku duduk rumah teres yang dia sewa. Tapi sejak aku kerja ni sewa rumah tu separuh aku bayar.

"Ika!"

"Eh kak Ton, ada apa?"

"Kak Ton panggil banyak kali tak dengar. Termenung apa tu Ika oii?"

Aku tersengih. Kak Ton supervisor kat kedai buku ni, dia layan aku baik.

"Kenapa kak Ton?"

"Dah lunch hour ni, tak keluar makan ke?"

"Owh yeke? Terima kasih kak Ton bagitahu saya"

"Asyik termenung mana nak tahu sekarang jam berapa"

Aku berdiri.

"Saya pergi dulu kak Ton"

"Yelah"

Aku melangkah ke belakang kedai, di sana ada tempat rehat dan bilik solat untuk staf. Aku keluar hendak beli air, lupa nak bawa air tadi pagi. Setiap hari kerja aku bawa bekal makanan, nak jimat.

"Auch!"

"Eh mana mata?"

"Apa pula saya?"

Aku mendongak, mak aihh kacaknya! Anak siapa ni? Tinggi pula tu.

"Hello? Kau tengok apa tu?"

"Err kenapa langgar saya? Tak nampak ke saya punyalah besar ni", marahku.

"Pembetulan kau yang langgar aku. Fokus masa nak berjalan, nasib baik aku tak cedera"

"Saya tak rasa saya yang salah, saya elok tadi berjalan. Lepas tu awak entah datang dari mana rempuh bahu saya. Mujur tak tercabut tahu tak"

"Amboi sedap je mulut kau kan..."

"Apa? At least minta maaflah walaupun awak rasa bukan salah awak. Tapi terang lagi bersuluh awak yang langgar saya"

Eh budak pendek ni, banyak cakap pula. Tak padan dengan saiz badan kecil, desis hati lelaki itu.

"Kenapa tu? Kutuk saya ke?", soalku.

"Dah kau baliklah budak sekolah tak elok lepak kat mall besar macam ni"

"Hey saya bukan budak sekolahlah. Hish mamat sombong ni!"

Aku pantas melangkah.

"Hey!"

Laungannya aku tidak endahkan. Apalah nasib aku hari ni jumpa lelaki kerek macam tu. Tapi kacak hehehe.

Sabarlah Ika...

"Blah macam tu je budak kecil tu. Huh! Tak padan dengan badan, mulut laser"

Usai solat aku menuju ke meja untuk makan tengah hari. Tudung bawal yang aku pakai hari ni aku kemaskan lalu keluar dari bilik solat, makan. Perut pun dah lapar tunggu nak gastrik je ni.

"Kenapa bos muka masam ni?"

"Aku jumpa budak entah mana tadi berani dia lawan cakap aku. Pertama kali aku kena ni"

"Bos nak saya apa-apakan dia ke?"

"Hmm tak payah. Dia tu perempuan, masih budak lagi"

"Sejak bila bos bertimbang rasa ni?"

"Sejak..."

Sejak aku jumpa budak comel dan lain daripada yang lain tu tadi.

"Sejak bila-bilalah! Dah buka pintu, balik office sekarang"

"Baik bos"

Pintu belakang kereta dibuka untuk mempersilakan bosnya masuk ke dalam.

"Kau dah tahu alamat penghutang yang aku suruh kau cari tu?"

"Dah bos"

"Bagus. Esok bawa aku jumpa dia"

"Baik bos"

"Dah lah hutang duit aku, boleh pula tak bayar lepas tu hilang macam tu je. Minta maut ni"

Si pemandu peribadi hanya diam.

Dia sememang tahu bosnya kalau dah marah memang tak boleh nak balas apa. Siap hari bulan kau kena marah walaupun bukan salah kau. Jadi diamkan diri je bila bos membebel.

Jam 9 malam, masa untuk pulang rumah. Masa kerja sudah habis buatkan aku gembira dan bersemangat.

Aku berjalan kaki menuju ke pondok perhentian bas yang ridak jauh dari mall. Pergi dan balik kerja bas menjadi pengangkutanku, aku sudah biasa. Kalau naik teksi, tambang mahal sikit. Seeloknya naik bas, murah.

Bas berhenti di hadapanku lalu aku bingkas bangun dan naik. Duit tambang aku masukkan dalam peti sebelah pemandu.

Tempat duduk sebelah tingkap menjadi kegemaranku. Boleh sandarkan kepala dan tidur sekejap.

Sampai saja di rumah, Nurin sudah tidur. Dia kerja lebih baik sikit dari aku, dalam pejabat dalam jam 5 petang dia dah balik.

Lampu bilik aku tekan untuk menerangi bilikku yang sederhana besar itu. Tuala aku capai untuk mandi lalu menunaikan solat Isyak.

Aku baringkan diri lalu lelapkan mata.

🌼🌼🌼
Hi anyeong assalam! Welcome back to my wattpad😘 harap uols enjoy baca cerita saya ni MAMAT KEREK ITU SUAMIKU

MAMAT KEREK ITU SUAMIKU✔ (E-book)Where stories live. Discover now