BAB 12

25.7K 680 10
                                    

Keadaan rumah sudah meriah, dapur pula hiruk-pikuk dengan bunyi senduk kuali apa semua. Aku baru saja bangun tidur, tak bangun solat subuh tadi sebab datang bulan.

Akad nikah dilangsungkan selepas solat Dzohor nanti.

"Baru bangun Ika?"

Nurin masuk ke bilikku. Aku mengangguk lalu menguap.

"Dah kau pergi gosok gigi lepas tu breakfast"

"Yelah"

"Tu dia pengantin kita dah bangun"

Aku hanya tersengih mendengar usikan makcik-makcik.

"Ika makanlah", kata ibu.

Selepas sarapan aku menuju ke hadapan rumah, khemah putih dua biji sudah terpasang. Kerusi dan meja sudah dibungkus cantik. Di hadapan khemah, pelamin sudah berdiri gah, tema bunga.

Aku melihat tanganku yang merah dengan inai dihiasi cincin tunang. Aku mengeluh. Patutkah aku batalkan perkahwinan ini?

Ting!

Telefon dalam genggaman ku berbunyi.

Harris
Jgn fikir nak batalkan majlis ni or lari dri majlis kahwin nanti, tinggal beberapa jam sja lagi.

Aku terkedu. Haih? Macam tahu-tahu je lah dia ni. Sebelum nak lari tu aku fikir dulu maruah ibu dan ayah, sudah pasti mereka malu.

Aku pantas menaip, membalas mesej daripada Harris.

Mana ada sya nak lari, sya redha. Melainkan awk tu, kena paksa kahwin kot2 rombongan dtg tanpa pengantin lelaki, mungkinla. Siapa tahu kan?

Hah ambik kau! Memandai je.

Aku terus masuk ke dalam rumah.

Badanku dimandikan dengan air bunga lalu diurut lembut lengan dan bahuku. Arghh sedapnya, kalau macam ni nak kahwin selalulah. Eh choi! Hahahah. Nak naikkan kesegaran katanya.

Usai mandi, aku mula dihias dengan menyolek wajahku terlebih dahulu oleh seorang jurusolek wanita.

"Bersih dan halus kulit adik ni", kata wanita itu.

Aku membalasnya dengan senyuman.

"Mesti jarang pakai make up kan? Akak tengok kulit adik ni bersih"

"Ya kak, sebab saya tak suka sangat touch up muka saya ni lebih sangat"

"Patutlah kulit muka adik ni halus. Sesuai dan cantik bila dah kena tempek dengan foundation"

Hampir satu jam mukaku dihias dengan barangan solek.

"Ya Allah Ika ke ni? Cantiknya", kata Nurin.

Sepupuku juga turut terpegun melihat aku. Yelah mana pernah dorang nampak muka aku macam ni.

Lepas bersolek, aku memakai dress nikahku. Cantiknya!

"Wow cantiknya baju kau Ika, mesti mahalkan tunang kau bayar"

"Mungkin kot"

Nurin membantu aku memakai shawl lalu dia meletaklan veil elok atas shawlku.

"Cantik sangat kau Ika", kata Nurin dari pantulan cermin. Kami berdua dalam bilik. Sepupuku yang lain keluar sebentar nak membantu.

"Thank you"

Aku berpusing menghadap Nurin, tangannya aku genggam.

"Aku takut sangat Nurin, aku takut lepas kahwin banyak benda yang buat aku sakit"

"Hish kau ni... Janganlah cakap macam tu, doa je yang baik-baik. Insyallah dia akan terima kau, layan kau dengan baik"

"Macam mana kalau tak? Macam mana kalau mak dia paksa kahwin dengan aku dan pada masa yang sama dia dah ada makwe. Mesti dia hina aku Nurin, sakiti aku"

MAMAT KEREK ITU SUAMIKU✔ (E-book)Where stories live. Discover now