BAB 24

30.7K 590 3
                                    

"Assalammualaikum Ika"

"Nurin! Waalaikumsalam, rindunya aku kat kau"

"Aku pun wei! Kau sihat?"

"Sihat sangat. Kau? Okay tak?"

"Okay je. Lama dah aku tak jumpa kau cik Ika oii"

"Tu lah dah lama tak lepak weekend sama"

"So jomlah lepak, aku bosan kat rumah ni"

"Samalah. Harris pula sibuk je"

Kalau ada mak Harris tadi okay juga ada teman lepak tapi mak balik kampung seminggu.

"Kalau macam tu jom keluar makan ke apa ke"

"Boleh juga tu. Sekarang ke?"

"Yelah sekarang cik Ika oii"

Aku ketawa.

"Okay aku nak bersiap sekaranglah"

"Aku ambil kau ya"

"Okay juga tu, aku malas nak susahkan driver Harris tu"

"Kalau macam tu lagi setengah jam aku ambil kau"

"Okay. Bye"

Aku mematikan panggilan lalu mendail nombor telefon Harris menggunakan telefon smart phone Iphone yang Harris belikan untuk aku.

"Aik? Tak sambut pula"

Hampir empat kali aku menelefon tapi satu pun tak berjawab.

"Busy kot. Tak pelah nanti aku call dia balik"

Aku masuk ke bilik wardrobe mencari baju.

Kini T shirt dan seluar jeans yang selalu aku pakai keluar itu hanya dipakai di rumah. Harris suka bawa aku shopping, pakaian ku kini upgrade sikit yelah macam dia cakap hari tu. Aku dah jadi isteri CEO so kenalah pakai pakaian agak vogue sikit. Kini aku keluar dengan dress, skirt kembang, blouse dan pakaian muslimah berjenama itu.

"Hello Nurin kau masuk je, jenguh kaki aku jalan kaki"

"Hah okay-okay. Security okay ke aku masuk?"

"Okay aku dah call pondok security tu"

"Amboi! Bestnya jadi mem besar ni"

"Hish kau ni! Dah lah cepat masuk sini"

"Okay-okay"

Kenapalah Harris buat fesyen rumah macam ni?

Rumah terletak jauh di dalam, bermula dari jalan utama ada pagar besar. Masuk saja ke pagar besar itu ada laluan jalan raya sehala menuju ke kawasan rumah. Sepanjang perjalanan ke rumah agam ini hanya permandangan pokok menghijau sekitar jalan itu.

Aku menunggu Nurin di luar rumah.

Pin!

Aku pantas mendapatkan kereta Nurin yang parkir di hadapan rumah. Rumah ni juga ada pagar so dua kali pagar.

"Wow besarnya kawasan rumah kau ni Nurin"

Aku menarik seat belt.

"Bukan rumah aku, rumah Harris okay. Besar kan? Macam rumah raja pun ada"

"Kaya betul Harris ni"

"Dah jom gerak"

"Okay"

Pelik pula, pengawal yang selalu tercongok di luar kawasan rumah ni sudah tiada. Ke mana mereka yang segak bersut hitam itu?

"Cantik betul kawasan rumah korang ni Ika", kata Nurin yang masih terpegun.

Aku hanya diamkan diri.

"Macam rumah hero kaya yang selalu aku tengok kat drama Korea tu"

Aku ketawa kecil.

"Kau pun semakin bergaya aku tengok ni, makin cantik"

"Hehe semua ni sebab Harris. Dia nak aku ubah penampilan yelah dia kan CEO kat syarikat dia tu so aku sebagai isteri dia kenalah ada penampilan selayaknya"

"Wow! Tapi okay juga tu kau pakai pakaian macam ni lagi cantik dan nampak matang sebagai isteri orang"

"Yeke matang?"

"Yelah sikit"

"Hmm"

Kami lepak di dalam mall, makan-makan isi perut. Lepas tu kami tengok wayang.

Sudah lama aku tidak buat aktiviti macam ni dengan Nurin. Aku pun lupa sekeliling hahaha.

"Lucunya cerita tu tadi"

"Kan tak sia-sia kita tengok cerita tu", kata.

Kami baru saja keluar dari panggung wayang sambil bergelak ketawa.

"Puan"

Aku tersentak. Eh ni driver Harris. Apa dia buat kat sini?

"Err awak ni driver Harris kan? Daus?"

"Ya saya puan"

"Kenapa awak boleh ada kat sini?"

"Tuan Harris nak saya bawa puan balik. Tuan Harris menunggu puan di rumah"

"Yeke? Harris dah balik?"

"Ya puan"

"Nurin aku kena pergi, laki aku dah balik. Adui"

"Ha okay-okay"

"Bye"

Aku melangkah keluar dari mall diikuti dengan Daus.

Daus membukakan pintu belakang kereta lalu aku melangkah masuk.

"Dah lama ke Tuan Harris balik?"

"Lebih kurang sejam lalu puan"

"Dia bagitahu saya esok dia balik dari outstation tu"

Matilah aku! Dah lah aku tak bagitahu dia, lupa nak call dia semula tadi.

"Urusan Tuan Harris dah selesai pagi tadi puan jadi tuan nak balik tengah hari hari ni juga"

Aku mengerling jam tanganku, dah pukul 4 petang.

"Kenapa awak tahu saya ada kat mall tu?"

"Tuan Harris suruh saya cari puan kat pusat beli belah tersebut"

Macam mana Harris tahu pula aku dan Nurin lepak kat mall itu?

"Owh..."

Sampai saja depan rumah. Aku terus keluar dari kereta dan masuk ke dalam rumah dengan langkah dipercepatkan.

Kelibat Harris aku cari ditingkat satu, tiada.

"Kau pergi mana tadi?"

Gulp! Aku menoleh ke belakang, Harris!

"Err saya..."

"Jumpa aku kat dalam bilik", kata Harris lalu masuk ke dalam lift.

Aku masih kaku di situ dengan perasaan gerun.

🌼🌼🌼
Harris marah teruk tak kat Ika?
Nak tahu kenala baca bab seterusnya. Hehe
Klu ada typo sorry, terlepas pandangan kot😂

MAMAT KEREK ITU SUAMIKU✔ (E-book)Where stories live. Discover now