Ibu baru saja telefon aku, pihak bakal suami ku memberitahu ibu yang perkahwinan kami lagi 3 bulan. Cepatnya...
Lagi mengejutkan perbelanjaan dan persiapan di kampung itu ditanggung sepenuhnya oleh pihak lelaki. Aku berkeras supaya ibu menolaknya, bukan apa aku segan dan nanti apa orang lain cakap pula. Aku tidak mahu dicakapkan yang bukan-bukan.
"Ibu tolong ya bagitahu mereka tu janganlah tanggung persiapan majlis belah kita"
"Ibu dah tolak tapi..."
"Please ibu. Kita ada duit sendiri nanti apa pula orang kampung cakap kalau mereka tahu nanti"
"Ibu dah cakap dah, ibu pun rasa segan juga"
"Kalau mereka masih berdegil, cakap yang Ika akan batalkan perkahwinan ni kalau macam tu"
"Apa ni Ika?"
"Itu saja satu-satunya cara bu. Ika tak sukalah mereka tanggung majlis belah kita, kita masih mampu lagi"
"Yelah nanti ibu usaha untuk tolak"
"Janji tau bu?"
"Ya ya. Asalkan Ika tak batalkan majlis tu"
"Okaylah ibu, Ika dah nak masuk kerja ni. Nanti apa-apa call tau"
"Ya, hati-hati kerja ya"
"Okay bu. Assalammualaikum"
Aku cepat-cepat matikan panggilan sebab aku sudah lewat lima minit. Nasib baik supervisor, kak Ton tak marah. Bos pula takda hari ni.
"Lambat Ika masuk kerja hati ni. Selalunya Ika lah yang paling awal terpacak depan kedai"
Aku ketawa kecil.
"Ya bang Yat, semalam saya lambat tidur tu yang terlajak pagi tadi"
Abang Yat ketawa. Haih?
"Luculah Ika ni! Buat hati abang ni tercuit pula"
"Eh abang Yat ni. Okaylah Ika nak ke depan dulu"
"Okay"
Abang Yat tersenyum dengan telatah Ika lalu memulakan tugasnya di stor.
Telefonku bergetar seketika tanda mesej masuk.
Ibu Syg
Assalam Ika, ibu dah bincang dan mereka terima permintaan Ika tu.Aku tersenyum lega lalu menekan punat telefon, membalas mesej ibu.
Wassalam ibu. Alhamdulillah, terima kasih ibu.
Telefon bimbit aku masukkan dalam kocek seluar lalu menyambung semula tugasku di rak buku.
Selepas solat, aku duduk makan bekal yang aku bawa bersama rakan sekerjaku yang turut membawa bekal makanan.
Ting!
Ibu Syg
Sama-sama nak. Ibu dah berikan nombor telefon Ika kat tunang Ika tu katanya ada benda dia nak cakap kat Ika.Aku sedikit berdebar.
Baiklah ibu
Ya nanti Ika dan dia bincanglah selebihnya majlis perkahwinan korang dua ya.
Ya ibu, Insyallah.
Yelah ibu nak masak, adik dan ayah dah meragam ni.
Aku ketawa kecil.
"Apasal Ika? Chat dengan boyfreind erh?", soal Yaya.
"Takdalah, ibu aku ni ha", jawabku lalu menampakkan mesej ibu.
"Owh"
Aku membalas mesej ibu.
Okay bu, Ika pun tengah makan ni. Jaga diri elok2 ya bu, kirim salam kat ayah dan Ezam. Assalam.
Telefon aku masukkan semula dalam kocek seluar lalu menyambung makan.
"Ika kau tak nak kerja lebih baik ke dari ni? Yelah STPM kau hebat kot, tak macam kita orang ni SPM je, tu pun cukup-cukup makan", kata Yaya.
Minah dan Didi mengangguk.
"Bukan senang Ya, walaupun STPM aku okay tapi saingan tak pernah takda. Aku redha lagipun kerja kat sini best apa, gaji pun boleh tahan"
Yaya mengangguk faham.
"Dah lah makan cepat tak lama lagi nak masuk kerja ni", kata Didi.
Yang lain hanya menurut.
*****
Ting!
019*******
Its me Harris. Meet me tomorrow at Naura's Boutique, 2 pmAku yang membaca mesej itu terbangun duduk dari pembaringan.
"Harris? Tu... tunang aku?"
Dia tulis mesej ni macam seorang yang dingin je.
Aku mendapatkan Nurin di luar bilikku.
"Nurin? Nurin?!"
"Ya Ika. Ya Allah apasal kau terjerit-jerit ni? Aku kat dapur ni hah"
"Tunang aku mesej aku"
"Yeke? Wow first time dah hampir sebulan korang tunang. Dia cakap apa?"
"Jumpa dia esok kat butik Naura"
"Butik Naura? Seriuslah?"
Aku mengangguk.
"Mesti korang buat baju kahwin kat situ kan? Kalau ya pun hebatlah kau Ika. Butik Naura tu bukan calang-calang butik tau, terkenal"
"Yeke?"
"Ya... Takkan tu kau tak tahu"
"Tak tahu pun. Aku takutlah nak jumpa dia esok"
"Relaxlah. Lagi apa lagi dia cakap?"
"Tu je. Macam dingin je mamat ni, entah-entah dia tak suka kot kahwin dengan aku. Mak dia paksa mungkin"
"Hish kau ni! Janganlah tuduh melulu, maybe memang macam tu cara dia taip mesej. Positive thinking lah Ika oii"
"Okay... Tapi aku segan nak jumpa dia lah. Macam mana ni?"
"Tarik nafas dalam-dalam then hembus perlahan"
Aku menurut arahan Nurin.
"Takda apa pun kau nak segankan esok"
"Nanti dia terkejut tengok aku. Hah macam mana? Dah lah aku ni tak cantik, tak tahu fesyen"
"Ika... Kau kena tunjukkan siapa kau sebenarnya mudahlah dia untuk terima kau seadaanya. Siapa kata kau tak cantik? Kau cantik cuma kau tak hias diri kau, tu je"
Betul juga apa cakap Nurin tu tapi aku tak sedia jumpa mamat tu esok.
🌼🌼🌼
Huhu Ika nak jumpa tunang dia.
Stay tuned utk tahu apa yg jadi kat Ika😄
Don't forget to tap the vote and TQ for u support❤p/s Klu ada typo maaf ya
YOU ARE READING
MAMAT KEREK ITU SUAMIKU✔ (E-book)
RomanceKerana satu peristiwa mereka terpaksa disatukan, Harris Mohd Adrian dan Erin Zulaikha. Harris jejaka tampan, kaya dan semua yang ada pada dia menepati ciri-ciri idaman wanita. Walau bagaimanapun setiap orang pasti ada kekurangannya. Harris lelaki ya...