BAB 3

26.5K 692 10
                                    

"Habis tu apa jadi?"

Aku menelan sisa mi segera dalam mulutku lalu menjawab pertanyaan Nurin.

"Mujur ada lelaki sado ni tolong aku, kejar peragut tu. Nasib baiklah beg aku tu selamat. Dah lah macam-macam ada kat dalam tu"

"Haih... Mujur kau tak cedera"

"Tulah..."

Kuah mi segera perisa kari aku hirup, nikmat.

"Kacak tak mamat tolong kau tu?"

"Bolehlah, smart pakai sut. Entah dia nak ke mana pakai macam tu kat tempat macam tu"

"Boleh kenankan dengan aku"

Aku ketawa.

"Usah merepek Nurin oii, kenal dia pun tak ni nak kenakan kat kau. Belum tentu aku dapat jumpa dia lagi"

"Kalau kau tak suka nanti kau kenankan dekat aku. Erh? Erh?"

Aku hanya menjeling.

"Dah lah malas nak layan kau, aku nak tidur"

"Hmm aku pun nak tidur jugalah. Bye good night"

Aku hanya menggelengkan kepala melihat telatah Nurin.

Nurin ni kawan dari kampung, dia terlebih dahulu berhijrah ke sini selepas mak dan ayah dia meninggal dunia. Dia sudah tiada keluarga jadi dia teruskan hidup di sini.

Dia tua sikit dari aku, dia berumur 21 tahun.

Aku membasuh mangkuk lalu masuk ke dalam bilik.

Esok aku balik kampung, tak sabar nak jumpa ibu, ayah dan adik.

*****

Beg pakaianku aku letak atas tangga.

"Assalammualaikum? Ibu?"

"Waalaikumsalam. Kakak!"

"Ezam!"

Aku berpelukan dengan adikku, Ezam Zainuddin berumur 9 tahun.

"Mana ibu dan ayah?"

"Ada kat dapur, marilah masuk"

Aku mencapai beg pakaianku lalu menapak masuk ke dalam rumah.

Rumahku taklah usang sangat, papannya okay masih. Dapur pula batu.

"Assalammualaikum ibu"

"Waalaikunsalam eh dah sampai? Ibu tak perasan pula"

Aku tunduk menyalam tangan ibu.

"Baru je, Ezam yang sambut tadi kat depan"

"Ibu masak tadi. Ika sihat?"

"Sihat. Macam ibu nampaklah ni, sihat kan?"

"Hmm nampak gemuk sikit"

"Hah gemuk? Biar betul ibu? Alah.."

"Bukannya gemuk sangat pun, okaylah tu nampak conel"

"Owh yeke? Kalau macam tu takpa"

Ibu ketawa.

"Mana ayah?"

"Dalam bilik, baru habis mandi"

"Siapa yang datang tu? Ika?"

Aku menapak ke ruang tamu, lalu menyalam tangan ayah.

"Ya ayah. Ayah sihat?"

"Sihat cuma tu lah macam yang Ika nampak"

Aku hanya mengangguk.

Ayah lumpuh hanya mampu duduk atas kerusi roda. Dulu ayah ada penyakit, lepas pembedahan tu ia memberi kesan pada saraf kaki ayah. Sejak itu kaki ayah lumpuh untuk seumur hidup walaupun penyakit ayah itu sudah sembuh.

"Ika pergi rehat, nanti makan tengah hari sama-sama"

"Takpa bu, Ika nak tolong ibu"

"Tak perlu, Ika baru je sampai. Sikit je ni"

"Tapi..."

"Pergilah rehat dulu nak, Ika penat tu", celah ayah.

Aku hanya menurut lalu masuk ke dalam bilikku.

"Rindunya!"

Aku baring atas tilam saiz queenku walaupun sudah tidak tebal tapi masih empuk.

Aku lihat sekeliling, kemas dan bersih. Mesti ibu yang sentiasa bersihkan bilik ni.

"Kak Ika, ibu panggil makan", kata Ezam sambil mengetuk pintu bilikku.

"Ya okay! Nanti akak keluar"

Shawl yang melilit dikepalaku aku buka satu persatu. Rambut paras pinggang yang lebat hitam itu aku ikat satu lalu keluar makan.

"Hmm sedapnya bau"

"Ibu masak lauk kegemaran kakak", kata Ezam.

"Ya? Tak sabar nak makan"

"Duduklah", kata ibu.

Ayah datang lalu mengetuai bacaan doa makan.

"Hmmm sedapnya ibu... Dah lama Ika tak makan masakan ibu ni"

Ibu dan ayah tersenyum melihat aku.

"Gulai ikan patin ni sentiasa awesome kalau ibu yang masak"

"Kalau macam tu makan kenyang-kenyang", kata ibu.

Aku mengangguk dengan senyuman.

Lepas makan, aku membantu ibu mengemas dapur dan mencuci pinggan.

"Ika mari duduk sini", kata ayah.

Aku hanya menurut lalu duduk di atas sofa, depan ibu dan ayah.

Ezam entah ke mana, lepas makan terus lenyap. Main kat sawah kot.

"Ya ibu ayah?"

"Macam yang ibu cakap kat telefon hari tu, kepulangan Ika ni sebab ayah dan ibu nak bincang sesuatu"

Aku mengangguk.

"Apa tu ibu?"

"Kami dah buat keputusan nak kahwinkan Ika"

"Apa? Kahwin?"

Aku terlopong, mataku membulat. Kahwin?

"Ya ibu dan ayah nak kahwinkan Ika"

"Ta... Tapi ibu Ika masih muda lepas tu kalau Ika dah kahwin siapa nak sara keluaga ni lagi"

"Muda ke tua bukan penghalangnya, pasal macam mana nak sara hidup kami tu Ika janganlah risau"

"Ibu... Ayah... Ika tak ready"

"Tolong dengar permintaan kami ya kali ini. Ika kahwin dengan pilihan ibu dan ayah"

"Tapi kenapa ibu? Siapa lelaki tu?"

"Sebab kami nak tengok Ika bahagia"

Alasan apa ni? Tak masuk akal.

"Lelaki tu anak bekas majikan ayah, dia baik", kata ayah pula.

"Macam mana pula ayah boleh jodohkan Ika dengan dia? Dia nak ke dengan Ika ni?"

"Ni permintaan arwah ayah dia, bekas majikan ayah tu. Dia baik, ayah yakin dia mampu bahagiakan Ika"

Aku terdiam. Belum pernah tercapai oleh mindaku untuk memikirkan soal kahwin. Lagi-lagi ibu dan ayah yang carikan aku jodoh. Apa ni?

"Bagi Ika masa untuk fikir dulu ya ibu, ayah"

Ibu dan ayah sekadar mengangguk.

🌼🌼🌼
Alamak Ika kena kahwin dgn pilihan ibu n ayah dia, agak2 dia terima ke tak?

TQ for reading n voting😘 tq jgk yg komen utk sya update bab sterusnya❤ and klu ada salah silap just komen Insyallah sya akn prbaiki

MAMAT KEREK ITU SUAMIKU✔ (E-book)Where stories live. Discover now