Aku menguap lalu menekup mulutku dengan tapak tangan, menunggu bas sampai.
Aku jenis yang kuat tidur, sikit-sikit nak tidur. Lagi-lagi lepas makan mesti nak baring terus.
Telefon Nokia lama yang masih aku gunakan itu berdering nyaring. Tak perlu beli telefon baru yang canggih sebab telefon ini masih boleh pakai.
"Ibu?", aku menguntumkan senyuman.
Pantas aku menekang butang hijau untuk menjawab panggilan itu.
"Assalammualaikum Ika"
"Waalaikumsalam ibu. Ya ibu ada apa call Ika pagi-pagi ni, selalunya call jam 9"
Sekarang baru jam 8 pagi.
"Takkan nak tunggu jam 9 kot, ibu call sebab rindu"
"Owh yeke? Ika pun rindukan ibu, ayah dan adik. Semua sihat ke ibu?"
"Alhamdullillah sihat. Bila Ika nak balik kampung?"
"Tak tahu lagilah bu, cuti mana boleh ambil suka-suka"
"Kalau boleh minggu depan balik ya, ada benda ibu dan ayah nak bincang ni"
"Benda nak bincang? Apa tu ibu? Penting ke?"
"Penting, nanti Ika dah balik sini Ika tahu apa dia"
"Insyallah bu, Ika minta cuti kat bos Ika hari ni"
"Yelah balik atau tak call ibu nanti ya"
"Ya bu, ibu dan yang lain jaga kesihatan ya kat situ. Gaji nanti Ika kirim duit"
"Ya Ika pun, jaga diri baik-baik"
"Ya bu, bas dah sampai ni bu. Ika letak telefon dulu ya"
"Ya ya assalammualaikum"
"Waalaikumsalam"
Telefon aku masukkan ke dalam kocek seluar lalu segara masuk dalam bas kang kena tinggal.
"Aku nak kau siasat budak tu, semua pasal dia"
"Baik bos"
"Segera bagitahu kat aku, aku tak nak lama sangat"
"Baik bos, tu bos jangan risau semuanya akan saya dapatkan dengan cepat"
"Good. Lepas ni hantar budak-budak untuk tengokkan dia. Aku tak nak sesuatu buruk jadi kat dia"
"Baik bos"
"Keluar"
Anak buahnya tunduk hormat lalu keluar dari bilik tersebut.
Lelaki itu tersenyum sinis, tak sabar untuk sesuatu.
"Tak sangkakan dapat jumpa kau lagi lepas ni. Tunggulah apa aku akan buat kat kau"
*****
Aku menoleh ke belakang, macam rasa diekori pula. Tapi takda siapapun yang mencurigakan.
"Perasaan aku je kot"
Siapalah nak ikut aku, aku bukannya kaya, cantik rugilah siapa yang stalk aku tu.
Aku dah dapat cuti, start jumaat sampai hari ahad. Kedai buku tempat aku kerja hari sabtu waktu operasi setengah hari je manakala ahad cuti.
Agak-agak apalah yang ibu dan ayah nak bincang tu ya? Perasaan ingin tahu membuak-buak.
Tiba-tiba tali handbag yang tersangkut dibahuku ditarik dan dibawa pergi.
"Peragut! Tolong!"
Ya Allah selamatkanlah beg ku.
"Kenapa ni cik?"
Aku melihat seorang lelaki bersut hitam.
"Beg saya encik kena ragut, tolong"
"Tunggu sini ya cik", lelaki itu pantas berlari.
Hampir lima minit aku menunggu, lelaki tadi kembali.
"Nah beg cik"
Aku pantas mencapainya.
"Terima kasih encik"
"Sama-sama"
"Saya tak tahu nak balas pertolongan encik ni macam mana"
"Takpa cik saya ikhlas. Cik pergilah balik, kat sini bahaya"
"Ya ya saya pergi dulu. Terima kasih encik"
Lelaki itu mengangguk. Aku pantas melangkah.
"Bos dia kena ragut tadi"
"Apa?! Dia okay tak?"
Sakit telinga mendengar dia menjerit dicorong telefon.
"Okay bos, saya sempat selamatkan beg dia"
"Mana dia sekarang?"
"Dah balik bos, budak-budak dah follow dia"
"Mana peragut tu?"
"Macam biasa bos dah kena hantar kat markas"
"Good, kejap lagi aku 'lawat' dia"
"Okay bos"
"Apa-apa infom kat aku terus"
"Baik bos, sudah semestinya"
Panggilan dimatikan.
Dia menghembus nafas lega.
"Takda siapapun boleh sakiti kau, jentik sikit pun tak boleh. Sejak hari tu kau milikku"
Bibir merah itu tersenyum sinis.
"Aku akan pastikan orang yang sikiti kau tu dapat balasannya sebab kacau hak aku"
🌼🌼🌼
Alamak siapa tu? Orang jahat ke admire kat Erin? Huhuhu stay tuned ya. TQ for reading and please vote❤p/s sorry for the typo hehe
YOU ARE READING
MAMAT KEREK ITU SUAMIKU✔ (E-book)
RomanceKerana satu peristiwa mereka terpaksa disatukan, Harris Mohd Adrian dan Erin Zulaikha. Harris jejaka tampan, kaya dan semua yang ada pada dia menepati ciri-ciri idaman wanita. Walau bagaimanapun setiap orang pasti ada kekurangannya. Harris lelaki ya...