Hari ni ibu, ayah dan Ezam datang rumah, tak sabar nak jumpa mereka.
Pekerja Harris sudah menjemput mereka kerana majlis resepsi kami berdua yang akan berlangsung dua hari lagi.
Memandangkan mereka dah nak sampai, aku nak masak lebih sikit. Sampai je boleh terus makan.
Aku ralit memotong sayur terkejut dengan pelukan dari belakang. Wangian itu sudah ku tahu siapa gerangannya.
"Awak terkejut saya tau. Kan saya tengah pegang pisau ni bahayalah"
"Yeke? Okay aku tak buat lagi. Kau masak apa?"
"Masak special sikit sebab ibu, ayah dan Ezam kan nak datang"
"Keluarga kau datang baru nak masak special ya. Untuk aku tak pernah"
"Mana adalah awak, saya masak untuk awak pun special juga"
"Hmm. Nak aku tolong tak?"
"Boleh ke?"
"Hmm. Nak tolong apa ni?", kata Harris lalu meleraikan pelukan.
"Tahu siang ikan tak?"
"Semua benda aku tahu so nak aku siang ikan lah ni?"
Aku mengangguk.
"Saya dah letak dalam sinki tu tinggal awak siang dan potong je. Nanti saya bersihkan. Boleh?"
"Okay no hal"
"Terima kasih awak"
Harris berlalu ke sinki dan memulakan kerjanya. Aku pula di meja memotong bahan masakan.
Aku masak ikan tongkol masak merah, ikan pari masak asam pedas, sayur campur dan ayam kari. Special ke? Hehehe
"Awak cer rasa ni. Okay tak?", kuah asam pedas dalam sudu itu aku tiup perlahan lalu diusahkan pada Harris.
Slurpp!
"Hmm okay cukup rasa"
"Okay. Awak pergilah mandi, terima kasih tolong saya"
"Okay", Harris melangkah keluar dari dapur.
Aku pula hidang makanan yang sudah siap itu di atas meja makan lalu naik bersihkan badan.
*****
"Ibu! Ayah!", aku mendapatkan ibu dan ayah yang baru saja menapak masuk.
Ayah pula duduk dikerusi roda dan disorong oleh pemandu Harris. Tangan mereka berdua aku salam, rindunya.
"Ika sihat?", soal ibu.
"Sihat. Ibu ayah?"
"Kami sihat", jawab ayah.
"Tak nak tanya Ezam ke?", celah Ezam yang berpeluk tubuh.
Aku ketawa lalu mendapatkan Ezam. Bahunya aku peluk.
"Ezam sihat? Sekolah okay tak?"
"Ezam sihat kak. Sekolah pun okay"
"Good boy. Duduklah dulu, Harris tengah mandi"
Harris turun lalu menyalam ibu dan ayah.
"Ibu dan ayah apa khabar?", soal Harris setelah selamat melabuhkan punggung di sebelahku.
"Alhamdulillah sihat"
Harris mengangguk.
"Boraklah dulu, Ika nak hidangkan makan tengah hari", kataku lalu menapak ke dapur.
Kami makan tengah hari bersama sambil berbual. Rasa meriah pula rumah ni dengan kehadiran ibu, ayah dan Ezam.
Lepas makan, Harris menyuruh aku bawa ibu, ayah dan Ezam masuk ke bilik tetamu untuk rehatkan diri.
YOU ARE READING
MAMAT KEREK ITU SUAMIKU✔ (E-book)
RomanceKerana satu peristiwa mereka terpaksa disatukan, Harris Mohd Adrian dan Erin Zulaikha. Harris jejaka tampan, kaya dan semua yang ada pada dia menepati ciri-ciri idaman wanita. Walau bagaimanapun setiap orang pasti ada kekurangannya. Harris lelaki ya...