Dua bulan kemudian.
Aku balik ke kampung untuk bantu apa yang patut. Dress nikahku yang lengkap bersama tudung dan veil juga sudah tergantung dalam almariku. Sepasang kasut turut ada.
"Apa yang ibu dan ayah dah uruskan? Selebihnya biar Ika yang uruskan ya"
"Ibu dah tempah khemah, meja, kerusi dan pelamin"
"Okay nanti Ika ganti ya duit ibu dan ayah tu"
"Takpa, ibu dan ayah tak minta ganti. Itu duit Ika juga", kata ibu.
Aku mengangguk dengan senyuman.
"Terima kasih ibu ayah"
"Sama-sama"
Lusa adalah hari terbesar dalam hidupku, aku akan menjadi isteri orang dalam usia semuda ini.
"Petang sikit kita beli barang-baranglah untuk masak hidangan makanan nanti", kataku.
"Okay juga tu"
Aku mengangguk.
Bunga telur juga sudah siap hasil bantuan sepupu dan kawan-kawan sekampungku. Nurin pula esok baru nak datang, dia dapat cuti selama dua hari je.
Dalam bilikku juga barang hantaran untuk pihak lelaki juga sudah ku siapkan. Semuanya aku beli dan hias sendiri.
Sebelah petang pula aku dan ibu ke pekan membeli barangan yang perlu untuk di masak nanti.
Ibu masih mengamalkan budaya tradisi, masak di halaman dengan kawah besar. Ikutkan hatiku tempah je katering senang. Tapi ibu membantah, aku ikut je lah.
*****
Aku yang membantu makcik-makcik di dapur itu 'dihalau' oleh mereka. Risaulah aku bau bawang esok, risau jari aku terhiris pisau dan macam-macam lagilah.
Sepupu perempuanku pula menarik aku keluar dari dapur lalu dibawa ke ruang tamu.
"Sepatutnya Ika kau kena duduk sini"
"Ya Ika ni. Entah apa dia nak join makcik-makcik kat dapur tu"
"Kau tu nak kahwin esok kenalah rehatkan diri"
"Kang bau bawang esok hahahahah"
Aku hanya tersengih mendengar bebelan sepupuku itu.
"Hah ni inai", Nurin keluar dari bilikku dengan dua peket inai pasung.
"Sekarang ni kami nak inai jari kau"
"Ada tak yang reti lukis corak inai?", soal Nurin.
"Mana kak Nora?"
"Ya kak Nora pandai bab-bab menginai jari orang ni"
"Ada kat dapur, aku panggilkan kejap"
Haih bertuahnya aku ada sepupu macam ni, baik belaka.
Ibu ada dua orang kakak, makcik Leha ada dua orang anak iaitu Eza dan Erman. Makcik Pia pula ada tiga orang anak iaitu Zarul, Ziana dan Zurina.
Sebelah ayah pula ada dua orang adik lelaki dan seorang kakak perempuan. Pakcik Man ada dua anak dua-duanya lelaki, Khairi dan Khairul. Pakcik Ngah pula ada empat anak, Diana, Laila, Salina dan Qadri. Manakala makcik Haina ada seorang je anak iaitu kak Nora.
Kiranya keluarga aku memang meriah, semuanya ada anak.
"Hah Kak Nora dah datang tu"
"Mana inainya?", kata kak Nora.
"Nah kak"
"Sebelum tu gamkan jari Ika ni guna gam tape supaya inai nanti kemas. Gam bahagian bawah kuku je tapi bagi jarak sikitlah dari kuku Ika tu", kata kak Nora berpengalaman.
Aku hanya duduk bersimpuh, jemariku mereka yang uruskan.
"Runcingnya jari kau Ika, walaupun kerap buat kerja tetap halus", kata Kak Nora.
"Takdalah halus sangat kak", jawabku.
Tanganku dilukiskan inai oleh kak Nora dan coraknya cantik, jemariku turut diinai. Selepas aku, sepupuku pula yang diinaikan.
"Tak sangka Ika kau dah nak kahwin", kata Nurin.
"Aku pun Nurin, tak sangka takdir aku untuk kahwin dalam umur aku 20 tahun"
"Aku doakan kau bahagia Ika, aku yakin dia mampu bahagikan kau"
"Thanks Nurin"
"Ika kalau dah kering tu pergilah tidur, rehatkan muka dan badan tu", kata ibu.
"Baik ibu"
"Ya Ika esok pagi kena bangun awal, mandikan Ika lagi", kata kak Nora.
"Mandikan?"
"Mandi bunga supaya badan segar dan wajah berseri"
"Owh, yelah"
Aku hanya menurut, Nurin pula menyertai sepupuku yang berbual di tengah rumah.
🌼🌼🌼
Maaf part ni pendek je and maaf juga skiranya ada ksilapan. Tq for reading😘
YOU ARE READING
MAMAT KEREK ITU SUAMIKU✔ (E-book)
RomansaKerana satu peristiwa mereka terpaksa disatukan, Harris Mohd Adrian dan Erin Zulaikha. Harris jejaka tampan, kaya dan semua yang ada pada dia menepati ciri-ciri idaman wanita. Walau bagaimanapun setiap orang pasti ada kekurangannya. Harris lelaki ya...