Aku terpegun dengan rumah agam Harris. Wow! Kawasan rumah yang agak jauh dari jalan utama. Kawasan rumahnya juga siap ada pengawal yang lebih daripada lima orang.
Garaj kereta pula berderet kereta mahal semua warna hitam. Masuk saja aku turut terpegun hiasan rumahnya. Ruang tamu cantik dan besar dah macam padang bola sepak dah. Siap ada lift untuk naik ke tingkat atas, villa ke apa ni?
"Ni ruang tamu, suka hati kau nak buat apa kecuali jangan pecahkan or rosakkan apa-apa"
"Okay awak"
"Mari", kami berdua masuk ke pintu lift dan naik ke tingkat dua. Tingkat dua juga ada ruang tamu tapi agak kecil selebihnya deretan bilik.
"Kau duduk sebilik dengan aku kat master bedroom"
Aku dibawa masuk ke dalam bilik Harris dan sekali lagi wow! Tilam dia jelas tebal, katil dia pula cantik. Ada lampu meja di sisi kepala katil, ada meja solek bersaiz besar dan tea table dengan sofa. Siap ada tv pula tu.
"Ni bilik air"
Bilik air juga besar, ada tandas dan bilik mandi. Paling best ada bath tub. Ya Allah jakunnya kau Ika.
"Dalam bilik ni pula ada wardrobe dan untuk simpan beg ke kasut ke apa jenis pakaian"
"Okay awak"
Kaya betul, almari pakaian juga siap ada bilik.
Almari besar kot lepas tu ada almari cermin jelas itu barangan Harris jam tangan, kasut, tali leher dan sut mahal.
"Selebihnya kau boleh tour sendiri kecuali tingkat tiga macam aku cakap tadi"
"Okay awak"
"Dah kemas barang kau lepas tu mandi ke apa ke lantak kau. Aku nak ke tingkat tiga kejap"
Harris terus keluar dari bilik.
Aku duduk dibirai tilamnya yang empuk, tenggelam punggung aku. Selepas itu aku mengemas pakaianku dalam bilik almari.
Memandangkan Harris sibuk kat tingkat tiga dia tu, aku masuk ke dalam bilik air dengan tuala saja.
Rambutku aku sanggul tinggi lalu mula mandi dengan shower heater, segar. Badanku aku lilit dengan tuala lalu menapak keluar.
Sedang aku mencapai bajuku dalam almari ada tangan merangkul pinggangku.
"Kau nak goda aku ke ni?"
"Ma... mana ada, saya sangka awak tak masuk dalam bilik lagi"
Tanpa balasan, Harris membenamkan bibirnya ke leher jinjangku beralih ke bahu.
Aku pula membiarkan sambil mengigit bibir bawahku agar tidak keluar sebarang bunyi lain. Terasa hangat ciumannya.
"A..awak?"
"Hmmm? Just stay"
"Uhhh..", tanpaku sedar bibirku mendesah.
Harris melepaskan ciumannya lalu mendekatkan sisi mukanya ke telingaku.
"Lain kali jangan seksi macam ni nanti aku terngap kau tapi kalau kau dah ready, its okay"
Rangkulan dileraikan lalu Harris keluar dari bilik itu.
Aku menghembuskan nafas tercungap-cungap. Sungguh bila Harris buat macam tu aku susah nak bernafas normal.
"Nasib baik tak terbabas lebih", aku cepat-cepat menyarungkan pakaian.
*****
"Awak nak makan apa malam ni?"
"Nak makan kau"
Gulp!
"Jangan cuak sangatlah. Aku tak kisah kau nak masak apa pun, aku telan juga"
"Okay. Kalau macam tu saya ke dapur dululah"
Aku melangkah keluar dari bilik tidur lalu masuk ke dalam pintu lift ke tingkat bawah.
"Nak aku tolong apa-apa?", soal Harris sambil memeluk pinggangku.
"Awak ni... Terkejut saya. Tak perlu nak tolong, duduk je"
"Okay"
Harris duduk dikaunter dapur. Peliklah, Harris ni layan aku baik, sweet dengan aku walaupun bahasanya kasar. Dia dah boleh terima aku ke? Bukankah dia kena paksa kahwin dengan aku?
Makanan aku hidang atas meja makan. Tersenyum sendiri, pertama kali masak untuk suami.
"Awak duduklah sini, makanan dah siap"
Harris mengambil tempat duduk di sudut meja, macam ketua keluarga. Nasi aku senduk dalam pinggan dan beberapa lauk yang aku masak. Begitu juga untuk aku.
Harris membaca doa makan lalu mula menyuap makanan menggunakan tangan.
"Sedap tak?"
"Bolehlah, sedaplah juga. Lain kali aku nak kau masak lagi sedap dari ni"
"Insyallah awak, saya bukannya terror masak pun"
"Kalau macam tu aku hantar kau kat kelas masakan. Nak?"
"Eh tak perlu awak, setakat masak untuk kita berdua makan tu boleh lagi saya sendiri tingkatkan"
"Okay"
Aku masuk ke dalam bilik tidur lalu mencari kelibat Harris. Harris sedang bercakap dalam telefon di balkoni, muka agak serius.
Aku tunggu dia di sofa.
"Kenapa kau tak tidur lagi ni?"
"Err saya nak tidur mana awak?"
"Apa punya soalanlah kau ni. Tidurlah kat atas tilam tu"
"Err ..."
"Kenapa kau sangka aku bawa sini dera kau? Suruh kau tidur atas sofa?"
Aku hanya mengangguk.
"Kau tidur atas tilam tu. Now"
Aku pantas melangkah lalu naik ke atas tilam.
Harris hanya tersenyum sinis lalu mengambil tempat baring di sisiku.
"Kau tak perlu risau Erin, aku tak dera kau. Walaupun kita kahwin bukan atas suka sama suka", kata Harris lalu memejamkan mata.
Aku hanya diam lalu terlena.
🌼🌼🌼
Stay tuned ya utk tahu life Ika dalam rumah agam tu brsama Harris.I'm sorry for the mistakes and thank you for your supports❤
YOU ARE READING
MAMAT KEREK ITU SUAMIKU✔ (E-book)
RomansaKerana satu peristiwa mereka terpaksa disatukan, Harris Mohd Adrian dan Erin Zulaikha. Harris jejaka tampan, kaya dan semua yang ada pada dia menepati ciri-ciri idaman wanita. Walau bagaimanapun setiap orang pasti ada kekurangannya. Harris lelaki ya...