Part 2

580 21 1
                                    

SIBUK Green Corporation pagi itu. Lusia berjaya mengiklankan jawatan sebagai P.A. 20 orang wanita sedang berbaris di ruang menunggu. Kesemuanya memohon untuk menjadi P.A Boss Besar, Freddy Rayyan. Lusia melangkah masuk ke dalam bilik Freddy.

"Ada 20 orang semuanya, Boss," beritahu Lusia.

"Bagusss... Saya mau interview sendiri. Saya mahukan yang ada kualiti. Panggil seorang-seorang dan suruh masuk bilik saya," tegas Freddy.

Tidak padan dengan panas baran. Ingat ada lagi kah yang betul-betul ada kualiti zaman sekarang? Kalau jumpa pun, nasib kau laa, desis hati Lusia.

"Baiklah, Boss. Saya atur di luar dulu." Lusia bergegas keluar dan mengatur kemasukan seorang demi seorang untuk bersemuka dengan Freddy. Hampir 1 jam juga lah berurusan dengan wanita-wanita itu.

Freddy mendengus. Betul-betul tiada kualiti. Dia tidak nampak potensi wanita-wanita itu. Dia panggil Lusia masuk biliknya.

"Semua tiada kualiti. Lebih baik balik kampung toreh getah. Tiada potensi. Gagalkan semuanya!" Itu keputusan Freddy.

"Tapi, ada seorang lagi yang belum interview. Ini fail dia." Lusia serahkan fail itu pada Freddy.

Freddy belek fail itu. "Ohhh... ada lagi? Natalia Naufal?"

"Ya, Boss. Natalia Naufal. Memiliki diploma perniagaan dan rasanya dia sesuai dengan kerja ini. Pada saya, dia ada kualiti. Dia berpotensi dan berkaliber." Lusia cuba untuk naikkan semangat Freddy.

"Ok, suruh dia masuk," arah Freddy. Lusia mengusap dadanya. Perasaan lega tergambar. Nanti tidak pasal-pasal gaji aku dipotong gara-gara interview ini gagal. Dia keluar dari bilik Freddy.

Ketukan pintu bertalu-talu disambut dengan suara tegas Freddy. Seorang wanita melangkah masuk dan dia duduk di depan Freddy.

"Natalia Naufal. Memiliki diploma perniagaan. Hmmm... sijil yang berkualiti," ujar Freddy sambil meneliti fail wanita bernama Natalia. Mereka belum sempat berbalas pandang.

"Ramai yang di interview hari ini tapi rata-rata tidak memenuhi P.A yang saya mahukan. Saya rasa baru Cik Natalia seorang yang ada potensi di mata saya," ujar Freddy dan dia pun pandang depan.

Seorang wanita berkulit putih cerah duduk di depannya. Penampilan yang ringkas dan mekap yang tidak terlalu tebal menghiasi diri. Wajah itu mengingatkan dia pada seseorang.

"Macam pernah jumpa?" soal Freddy.

Natalia balas pandangan Freddy. Aduhh... bala apa lagi laa yang datang ni? getus hatinya.

Freddy terus mengamati. Baru dia kenal. Ya, memang wanita itu. Wanita yang telah kotorkan bajunya tempoh hari kini ada di depannya.

Freddy ketawa. "Kerja terbuang, cuba nasib jadi P.A pula ke, Cik Natalia?"

Natalia terdiam. "Saya sekadar mencuba. Tida sangka pula kita jumpa sekali lagi. Tapi, rasanya syarikat ini ada etika, kan? Hal-hal peribadi ni tolak tepi dulu."

Freddy tersenyum. Dia suka semangat wanita itu. Tidak mudah mengalah.

"Bagusss... semangat macam ini yang saya suka. Saya suda ambil keputusan. Saya mau Cik Natalia jadi P.A saya. Segala perkara yang berkaitan dengan saya dan syarikat, Cik Natalia kena ambil kira. Saya tida suka kelalaian dan kegagalan, faham?" Ada keseriusan di mata Freddy.

Natalia tersenyum. Rezekinya ada di sini. Biar berdepan dengan harimau pun aku sanggup, asal dapat kerja, kata hatinya.

"Bila saya mula kerja?"

"Esok. Hari ini sediakan kelengkapan dulu. Okeyy... Boleh keluar," ujar Freddy.

Natalia melangkah keluar dan kaki dihayun meninggalkan Green Corporation. Dia mula mencari supermarket-supermarket yang berdekatan untuk mencari pakaian dan kelengkapan lain.

Dia mahu gapai impiannya. Dia tidak boleh biarkan semangatnya down walaupun dia pernah terima penghinaan daripada Freddy. Dengan semangat yang kuat, dia melangkah ke dalam supermarket untuk mencari kelengkapan.

#Bersambung

P.A ku isteriku (Completed)Where stories live. Discover now