"HUJUNG bulan tunang!" Penjelasan lengkap.
"Ini keputusan siapa?" Natalia pandang muka Freddy.
"Keluarga saya suda kasi putus. Hujung bulan mesti tunang." Freddy balas pandangan Natalia.
"Tanpa jumpa keluarga saya dulu?"
Freddy tersenyum. "Perlu kah mau jumpa? Bukan kita suda janji kah dulu? Perjanjian kontrak kan?"
Natalia mencebik. "Memang laa. Tapi, keluarga saya perlu tau."
"Pentingkan keluarga juga rupanya. Ingatkan badan sendiri saja yang mau dijaga?" perli Freddy.
Natalia pandang Freddy dengan jelingan tajam. "Saya tida mau bergaduh. Jangan buat saya hilang hormat pada Encik Freddy!"
Freddy angkat tangan. "Okey... Fine... Jom keluar cari baju."
"Baju apa pula ni? Tida cukup lagi kah cincin yang hari tu?" tukas Natalia.
"Baju pengantin."
Natalia tertawa. "Aikk... tunang pun belum, sibuk pula cari baju pengantin!"
"Apa salahnya? Kita cuma pilih-pilih saja. Mana tau ada yang berkenan. Boleh kita order terus. Ke Cik Natalia nak baju pengantin colour black? Boleh juga. Tida payah pilih-pilih." Freddy balas pandangan Natalia.
"Aduhh... susah betul bercakap dengan Encik Freddy ni. Suka mendesak. Okey laa, jom." Mereka melangkah bersama.
Kereta Freddy mula bergerak. Freddy bersuara. Dia tidak mau keadaan yang sunyi jadi peneman mereka.
"Natalia dengan Eriz tu ada apa-apa, kan?"
Terkejut Natalia dengar soalan Freddy. "Encik Freddy ni tukang tilik, ya? Boleh rasa hati orang lain?"
"Orang tanya, dia tanya balik pula."
"Encik Freddy yang bijaksana... Kalau saya dan Eriz tu ada apa-apa, takkan laa Eriz kasi biar saya ni dirampas orang lain? Silap-silap dia tumbuk mata Encik Freddy, buta sebelah tau." Natalia ketawa.
Senang hati dia dengar gurauan Natalia. Dia sambar tangan Natalia dan dia biarkan tapak tangan Natalia menyentuh degupan jantungnya. "Cuba Natalia rasa hati saya pula. Mana tau Natalia boleh rasa hati saya."
Terpana Natalia. Seketika dia hanyut dengan buaian perasaan sendiri tatkala merasai degupan jantung Freddy yang berdegup laju itu. Cepat-cepat dia tarik tangannya.
"Pelik betul laa Encik Freddy ni."
Freddy ketawa.
Sampai di kawasan butik pengantin, enjin kereta dimatikan. Mereka berdua melangkah masuk ke dalam butik. Lama mereka memilih baju pengantin. Akhirnya, baju pengantin berwarna hijau susu jadi pilihan. Citarasa yang sama.
**********
HARI ini merupakan tarikh keramat bagi Freddy dan Natalia. Mereka berdua akan ditunangkan dalam majlis penuh yang akan dibuat di rumah Natalia.
Natalia pasrah. Cincin akan disarungkan di jari manisnya hari ini. Dia akan cuba lupakan Eriz yang pernah bersemadi di hatinya. Sayangnya, Eriz tidak pernah tahu suara hatinya. Biarlah ia jadi rahsia di hatinya. Selepas ini, hanya nama Freddy menghiasi taman hatinya. Taman hati yang tiada serinya tanpa cinta sejati.
Natalia pandang wajahnya di depan cermin. Mekap yang melengkapkan diri ditemani air mata. Rifani, sepupunya, datang menghampiri.
"Semoga bahagia, Lia," ucap Rifani.
"Terima kasih, Rifa," balas Natalia. Rifani ini berkerja sebagai modeling dalam satu agensi hiburan. Lesung pipit di pipi jadi aset. Dia memang cantik.
"Jom keluar. Masa untuk sarungkan cincin suda tiba," ujar Rifani.
Natalia mengikut Rifani keluar. Ramai betul tetamu yang hadir. Natalia berjalan sambil tunduk ke bawah dan duduk di atas hamparan permaidani berwarna merah hati. Dia angkat wajahnya memandang ke depan. Freddy tersenyum memandangnya. 'Kau senyum sebab kau suda dapat aku, kan?' desis hatinya.
Freddy sarungkan cincin ke jari manis Natalia. Natalia juga menyarungkan cincin ke jari manis Freddy. 'Adakah ini bererti sah suda dia menjadi tunang Freddy?'
Bila lihat senyuman Freddy, terasa runtuh hatinya. Dia nampak senyuman mengejek dalam hati Freddy. Rasa mau gugur kesenduannya. Air mata macam mau jatuh saja.
Natalia bawa diri ke bilik tidur. Dihempaskan diri di tempat tidur. Dia menangis.
********
DIRINYA yang sudah bertanda sebagai tunang Freddy tidak jadi halangan untuk dia keluar. Dia tetap masuk ofis. Jalankan tugas sebagai P.A.
Banyak tugas yang dibuatnya hari ini. Lenguh-lenguh satu badan menghadap komputer. Dia rehat kejap.
"Lia," panggil Freddy.
Natalia angkat muka.
"Temankan Eddy keluar makan," ujar Freddy. Sejak bertunang, panggilan mereka suda berubah.
"Mau makan di mana?"
"Lia pilih sendiri. Eddy ikut saja."
"Kalau ikut selera Lia, makan di warung pun jadi." Natalia sengaja buat begitu. Orang kaya macam Freddy tidak mungkin boleh duduk makan di warung. Restoran-restoran mewah juga jadi pilihan.
"Okey." Terkejut Natalia dengar jawapan Freddy. Mereka turun ke warung dekat ofis. Mereka pesan mee goreng dan kopi panas.
Natalia hanya tengok Freddy menikmati mee goreng dan kopi panas yang dipesan tadi. Tiada lagi gelaran orang kaya bila lihat Freddy makan. Dia nampak keikhlasan Freddy.
"Apa yang Lia tengok tu? Makan..." soal Freddy.
Tersentak dari lamunan. Natalia tersenyum. Dia tarik piring berisi mee goreng dan disuap ke mulut. Perutnya juga minta diisi. Kopi panas juga dihirup.
#Bersambung