Part 7

437 16 0
                                    

BUKAN mudah untuk terima hakikat. Keteguhan hati harus kental pada Natalia saat ini. Cinta yang tidak wujud di hatinya untuk lelaki bernama Freddy terpaksa dilupakan demi kerana perjanjian kontrak itu.

Natalia bukan tamakkan harta Freddy. Jauh sekali untuk merasai walau setitik pun kemewahan Freddy. Dia terima perjanjian kontrak itu kerana sayangkan kerjayanya. Dia takut kehilangan kerja untuk kali kedua. Cukuplah dia hilang kerja sekali.

Dalam masa yang sama dia jadi penyelamat keadaan. Penyelamat harta Freddy daripada jatuh ke tangan kaki kikis di luar sana. Cinta tidak pernah wujud di hatinya untuk lelaki bernama Freddy. Hatinya telah dicuri oleh Eriz sejak dulu lagi. Sayangnya Eriz tidak pernah tau. Semuanya dipendam. Biarlah Natalia memendam rasa.

"Tahniah, Lia." Lusia datang mengucapkan kata tahniah.

"For what?" Berkerut dahi Natalia.

"Sebab berjaya curi hati boss," ucap Lusia.

Natalia pura-pura senyum. "Oo... Mungkin jodoh kami suda tertulis."

Lepas terima perjanjian kontrak dari Natalia, Freddy terus hebahkan pertunangan yang bakal diikat antaranya dengan Natalia. Huh! Laju betul wartawan hantar berita. Natalia tidak banyak bercakap. Biar Freddy seorang saja yang jadi jurucakap.

Keluarga Freddy yang teruja sangat untuk terima menantu, Natalia layan saja. Esok-esok akan jadi keluarganya juga. Tapi, hanyalah keluarga kontrak. Hanya kontrak.

Habis saja masa kerja, Natalia terus balik. Macam selalu, dia akan menunggu di terminal. Belum sampai 5 minit pun menunggu teksi, kereta mewah Freddy berhenti betul-betul di depannya.

'Haiihhh, apa lagi laa yang dia mau ni,' getus hati Natalia.

Freddy turunkan tingkap keretanya. “Masuk...”

Natalia tidak cakap banyak. Dia terus melangkah masuk ke dalam kereta dan mereka mula bergerak.

“Kita mau ke mana, sayang?” soal Freddy penuh romantik.

Natalia mendengus. “Encik Freddy ni buang tabiat kah? Tiba-tiba pula bersayang-sayang. Haiihhh... gelinya...”

Freddy menyentuh jari-jemari Natalia lembut, membuat Natalia terkejut dan dia menarik tangannya kasar. “Apa yang Encik Freddy mau sebenarnya? Jangan suka ambil kesempatan. Saya tida suka.”

Freddy jungkit bahu. “Okeyy... Kita pergi pilih cincin.”

“Awalnya mau pilih cincin.”

“Papa dan mama mau kita pilih bersama. Sebab mereka mau pertunangan dipercepat.”

“Okey laa.” Natalia menjawab malas.

Kereta Freddy berhenti di depan kedai emas. Mereka sama-sama turun untuk pilih cincin tunang. Pilih punya pilih, akhirnya cincin berlian juga jadi pilihan. Sebelum beredar, Freddy terserempak seseorang.

“Riz... Buat apa sini?” Freddy senyum gembira jumpa kawan karibnya. Lama betul tidak jumpa.

“Ya, Freddy. Sibuk dengan kerja. Jarang dapat rehat. Datang beli cincin?”

Natalia tengok lelaki itu. 'Eriz?' soal hatinya.

“Ya, beli cincin tunang. Ini bakal tunang aku, Natalia.” Freddy kenalkan Natalia pada Eriz.

Riak wajah Eriz agak terkejut. “Dengan Lia, kah?”

“Ya, dengan dia laa. Ehh... Macam mana kenal?”

Eriz tersenyum. “Kawan 1 sekolah dulu...”

Barulah Freddy faham. Tapi, bila tengok Eriz asyik jeling Natalia dengan pandangan yang penuh persoalan, itu buat hatinya dihimpit keresahan. Pelik betul.

Perbualan mereka terhenti di situ. Eriz mengejar masa. Freddy dan Natalia juga begitu. Masing-masing kejar masa.

*update part 7..sorry ya part agak pendek*

#Bersambung

P.A ku isteriku (Completed)Where stories live. Discover now