Part 11

402 15 0
                                    

KERESAHAN Natalia berakhir juga hari ini. Dengan sekali lafaz saja, sah sudah Natalia menjadi isteri Freddy. Resepsi wedding dibuat hari ini dengan tema lavender. Natalia kelihatan ceria di sebelah Freddy.

Ramai jemputan yang hadir. Kemeriahan jelas terasa. Di satu sudut pula, Eriz sedang berperang dengan perasaannya. Dia macam tidak percaya Natalia kini jadi milik Freddy. Sakitnya hatinya melihat senyuman Natalia di atas tahkta. 'Kenapa kau tolak aku, Natalia?'

“Eriz suda makan?” sapa Rifani.

'Aikk... hati tengah panas, datang pula pengacau!' Eriz mendengus.

“Kejap lagi.” Eriz menjawab malas. Sebenarnya dia malas mau layan Rifani. Dia kurang gemar sikap Rifani yang nampak gedik. Jauh beza betul dengan Natalia yang nampak bersahaja.

“Rifa tolong ambil?”

“Tida payah laa, Rifa. Eriz bukan dapat duduk lama dalam majlis ni. Lepas ni ada pasangan yang mau order pakej pelamin dengan Eriz. Okey laa. Eriz gerak dulu.” Eriz berdiri.

“Tida mau jumpa Eddy dan Lia dulu?” Rifani bertanya.

“Tida laa. Eddy nampak Eriz tadi. Suda sampaikan presend juga.” Eriz berlalu pergi. Rifani hanya jungkit bahu. Nampak sangat Eriz cuba mengelak dari dia.

Di atas pelamin, Freddy dan Natalia melayan tetamu yang hadir untuk selfie bersama. Freddy bahagia betul nampak senyuman Natalia.

Kira-kira pukul 11.00 malam, majlis dijangka selesai. Natalia mengangkat kaki ke bilik tidur. Freddy masih melayan teman-temannya. Natalia harus bersihkan diri. Rimas dengan keadaan mekap yang tebal.

Selesai mandi dan bersihkan diri, Natalia duduk di atas katil. Dia sudah berbaju tidur. Otak dia macam fikir sesuatu. Sirna jiwanya bila ingat perkenalannya dengan Freddy. Bermula dengan insiden minuman tumpah terkena baju, di sanalah segalanya bermula. Sampailah mereka dipertemukan sekali lagi dalam satu ofis.

Dengan tugas sebagai P.A, itu buat Natalia tambah dekat dengan Freddy. Natalia sahut untuk terima Freddy sebagai suami. Perjanjian kontrak dibuat tapi, kehadiran Eriz telah merubah segalanya. Natalia tidak mau Eriz rosakkan semuanya.

Hari ini, Natalia sudah sah menjadi isteri kepada Freddy. Natalia mengeluh. 'Adakah hati dan jiwa ini akan aku beri pada kau, Freddy? Beranikah aku berdepan dengan kau?'

“Lia...” panggil Freddy. Dia sudah duduk di sisi Natalia. Wajah Natalia ditatapnya lama. Mereka terbuai dengan perasaan masing-masing.

Freddy menyentuh jari-jemari Natalia lembut. 'Kenapa aku rasa gementar berdepan dengan dia ni? Oh, TUHAN... Tolonglah aku...'

“Terima kasih kerana berikan Eddy hari bahagia seperti ini,” ucap Freddy.

Natalia menarik tangannya dan cuba membelakangi Freddy. “Maafkan Lia, Eddy. Lia belum kuat  berdepan dengan Eddy. Kita kahwin masih ikut perjanjian kontrak.”

Freddy pejamkan kelopak matanya. “Eddy faham. Eddy takkan desak Lia. Eddy hormat keputusan Lia.”

Freddy menarik bantal dan selimut. Dia mengatur langkah menuju ke sofa yang masih berada dalam bilik. “Selamat malam.”

Natalia hanya pandang Freddy. Serba-salah dia pada Freddy. Dia terpaksa lakukan ini. Dia belum kuat untuk bersama dengan seorang lelaki bernama suami. 'Ya TUHAN... Berikan aku kekuatan itu.'

Natalia merebahkan badannya di atas katil. Pelan-pelan dia tutup matanya.

**********

Seminggu lepas kahwin, Freddy buat party di ofis. Ramai juga kenalan dan rakan-rakan terdekat yang hadir. Semuanya menitipkan ucapan tahniah.

P.A ku isteriku (Completed)Where stories live. Discover now