Part 13

692 22 1
                                    

*LAST PART*

CUACA nampak cerah pagi itu. Natalia sudah siap untuk pergi ke Green Corporation. Freddy belum bergerak untuk masuk kawasan hutan.

'Biar sama-sama gerak,' katanya.

Selepas bersarapan pagi, mereka menunggu kedatangan Eriz. Mereka akan naik satu kereta. Freddy minta Eriz menghantarnya ke kawasan bukit itu.

“Aku lambat kah?” soal Eriz setelah sampai di kawasan rumah Freddy.

“Tida juga. Okey... Kita hantar Lia dulu. Lepas tu baru kau hantar aku,” kata Freddy.

“Okey...” balas Eriz.

Kereta Eriz mula bergerak. Freddy dan Eriz bersembang ringkas.

“Aku terpaksa minta pertolongan kau untuk hantar dan ambil Lia dari ofis.” Freddy bersuara.

“Tiada hal. Lia pun kawan aku juga kan?” balas Eriz.

Natalia hanya membisu. Tapi, dalam hati banyak perkara yang dia takut.

Sampai ofis, Eriz mematikan enjin.

“Lia... Pantau ofis. Kemaskini semua data.” Freddy mengingatkan.

“Okey.” Natalia bergerak menuju ke ofis. Lusia sambut kedatangannya dengan senyuman.

“Wahh... pengantin baru suda balik...” Lusia mengusik.

Natalia balas senyuman Lusia. “Ada-ada saja. Ofis macam mana?”

“Buat masa ini baik-baik saja. Tapi, Puan boleh boleh cek data.”

“Tida selesa pula digelar Puan. Panggil Lia saja, Lus,” kata Natalia.

“Itu kan tanda hormat? Sebagai isteri boss besar, kami mesti biasakan diri dengan gelaran itu,” balas Lusia.

“Suka kamu laa.” Natalia jungkit bahu. Lusia duduk di kerusinya kembali. Natalia melangkah ke bilik Freddy dan duduk menghadap komputer. Punat-punat komputer ditekan dan dia mula mengemaskini setiap data syarikat.

Memang banyak urusan syarikat yang tergantung. Mungkin selama ini dia sendiri yang urus semua data melalui komputer. Tidak boleh juga terlampau harap pada Lusia. Lusia pun ada tugas dia sendiri.

Lenguh satu badan lepas kemaskini semuanya. Dia capai telefon dan menghubungi Rifani. Dia mau Rifani temankan dia ke kedai buku.

Natalia keluar dari ofis dan pergi ke kedai buku. Di sana, dia bertemu dengan Rifani. Hairan dia nampak penampilan Rifani. Imej seksi hilang tiba-tiba. Lepas bayar harga buku, dia bawa Natalia masuk cafe. Pesan mee goreng dan chocolate ice saja.

“Kau mimpi apa, Rifa? Cantik pula aku tengok kau pakai dress penuh macam ni,” usik Natalia. Selalu tengok dia pakai skirt dan baju sendat saja.

Rifani tersenyum. “Aku suda berhenti jadi model. Bosan. Ada orang offer baru dapat gaji.”

“Ohh...” Natalia betul-betul tidak sangka.

Mee goreng dan chocolate ice sampai. Mereka menikmatinya bersama-sama.

“Rifa... aku mau minta tolong sikit,” kata  Natalia.

“Minta tolong apa tu?”

“Eddy urus satu projek di kawasan hutan. Entah berapa lama dia sana? Eriz yang hantar dan ambil aku di ofis. Boleh kah kau ikut sama?” Natalia buka cerita.

“Ohh... Perlukah ada aku?” soal Rifani.

“Aku tida selesa laa berdua dengan Eriz dalam satu kereta.” Natalia melahirkan ketidakselesaannya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 27, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

P.A ku isteriku (Completed)Where stories live. Discover now