Bab 51~|Laporan|

2.2K 199 16
                                    


Athilia melakukan pemeriksaan terhadap Iezzi. Sambil itu, dia sempat bersembang dengan Iezzi.

"Dua hari lepas, Ryan ada datang jumpa Xiery."

"Kenapa dengan dia? Dah lama tak dengar khabar lepas kejadian Ruby hari tu."

Iezzi duduk di atas katil pesakit. Tubuhnya yang hanya berbaju singlet dipenuhi dengan wayar.

"Dia cari kau, tapi kau tak ada. Jadi, dia mengadulah dekat Xiery pasal perubahan Ruby."

"Ruby berubah macam mana tu?"

Athilia menghampiri Iezzi.

Iezzi dibaringkan. Satu butang pada mesin denyutan ditekannya. Laporan dicatat penuh teliti.

"Aku pun tak tahu macam mana nak cakap. Tapi dari apa yang diberitahu oleh Ryan, Ruby seolah-olah mengelak untuk duduk dan bersembang dengan dia."

Fail laporan diletakkan di atas katil.

Iezzi kembali duduk. Dia menghadap Athilia dan bersila di atas katil.

"Lepas tu?"

"Ryan ada cakap, dia ada tanya Ruby, kenapa dia mengelak. Tetapi dia tak menjawab. Kalau boleh lari, dia akan lari daripada jawab soalan tu semua. Bukan setakat duduk sama, bertentang mata pun dia tak nak."

Iezzi terdiam mendengar cerita itu. Hairan dia mendengarnya.

"Sebab tu Ryan cari kau. Nak tanya ada apa-apa jadi dekat Ruby ke masa dekat akademi?"

Iezzi menggeleng.

"Selama dia berada di bawah pemantauan aku, tak ada pulak aku nampak sesuatu yang pelik berlaku dekat dia. Biasa-biasa je."

Athilia terdiam seperti memikirkan sesuatu.

TIT!!!

Bunyi mesin mematikan lamunan Athilia.

Butang tutup ditekan. Wayar yang berselirat pada tubuh Iezzi dicabut satu persatu.

"Dah ke?"

Iezzi menguap besar.

"Belum. Banyak benda aku nak tanya kau ni."

Iezzi mengeluh. Dia mahu berehat!

"Esok aku akan jumpa dia. Mintak penjelasan."

"Tak! Bukan pasal tu."

"Habis tu, apa pulak?"

"Ni!"

Athilia menepuk fail laporannya.

"Macam tak boleh percaya. Macam mana kau boleh sembuh dalam sekelip mata?"

Iezzi menjongket kening.

"Kenapa? Kau berharap aku mati ke?"

"Bukan macam tulah! Maksud aku, kau baru pergi tiga hari, balik-balik je, semua racun dalam badan kau hilang macam tu je. Sebab tu aku letak macam-macam wayar dekat kau."

Iezzi tertawa kecil.

"Aku jumpa 'seorang' kawan dekat sana. Dia yang sembuhkan aku."

"Hmm. Kawan? Mesti dia lebih berkebolehan daripada aku kan? Teringin pulak nak jumpa."

Iezzi tersenyum.

"Jangan risau, aku akan kenalkan dia dekat kau nanti. Dia dah janji nak datang majlis anak-anak aku hujung minggu ni."

"Betul ni?"

Iezzi mengangguk.

"Tak sabarnya."

THE NEXT HEIR [Completed]Where stories live. Discover now