Bab 7~|Kejutan Hari Pertama|

4K 323 9
                                    


Alexa berdiri di depan cermin. Dia tersenyum penuh gembira melihat penampilan dirinya.

"Sudah la tu, dah elok dah tu."

Tegur Arean yang berdiri di muka pintu bilik Alexa.

Alexa mencebik. Menyampah kerana Arean sibuk mematikan angan-angannya.

"Mama dah tunggu dekat bawah. Cepat sikit turun tu. Jangan tahu nak melawa je." Sindir Arean menyembunyikan senyumannya apabila melihat muncung Alexa.

"Sibuklah!" Bekas bedak yang terletak elok di atas meja solek dicapai lalu dicampak ke arah Arean. Pantas saja remaja lelaki itu mengelak daripada terkena wajahnya.

"Wei, janganlah! Rosak muka aku nanti." Marah Arean lalu mengutip bekas bedak yang dicampak Alexa tadi.

Alexa tersenyum sinis.

"Aduh!" Arean tiba-tiba mengaduh kesakitan. Dia  menggosok belakang kepala yang terasa sakit.

Arean menoleh.

"Apa ni, mama?"

Iezzi tidak menjawab. Dia mengusap buku limanya yang baru saja digunakannya untuk mengetuk belakang kepala Arean.

"Mama suruh kamu panggil Alexa turun! Bukannya cari gaduh dengan dia." Telinga Arean ditarik untuk melepaskan geram.

Lama dia menunggu di bawah untuk bersarapan bersama dua anaknya, rupanya mereka berdua bergaduh di atas. Sejuk sudah makanan yang dimasaknya.

Alexa menahan tawanya.

"Bukan salah Arean. Lexa yang lama sangat sebab..."

"Jangan nak cari alasan."

"Mama, sakitlah!"

Iezzi melepaskan telinga Arean.

Remaja itu menggosok telinganya yang kemungkinan besar sudah bertukar warnanya kepada merah.

"Turun sekarang kalau tak nak kena lagi teruk!" Ugut Iezzi dengan penuh rasa geram.

"Kamu juga Lexa. Jangan tahu nak ketawakan abang kamu saja. Nanti kamu pula yang kena."

Tawa kecil Alexa terhenti. Senyumannya juga terpadam dari bibir.

Iezzi melangkah turun meninggalkan dua anaknya.

"Kau lah ni." Arean memarahi Alexa.

"Aku pulak yang salah. Kau tu yang cari pasal dulu."

"Sudah! Jangan nak bergaduh lagi. Lebih baik kita turun cepat. Kalau tak, putus telinga aku lepas ni sebab kena piat dengan mama."

Arean turun dahulu sebelum diikuti Alexa.

Iezzi tersenyum apabila anak-anaknya mula mengambil tempat di meja makan.

"Mama ada hadiah untuk kamu berdua."

Iezzi mengambil dua bungkusan yang terletak elok di kerusi sebelahnya.

Dua bungkusan itu dihulurkan pada Arean dan Alexa. Mereka menyambut dengan perasaan ingin tahu.

"Makan dulu. Lepas ni baru boleh buka." Arah Iezzi apabila melihat dua anaknya yang lebih tertarik untuk mengintai-intai isi bungkusan itu daripada makanan yang terhidang di hadapan mereka.

Mereka akur. Bungkusan itu diletakkan di atas riba masing-masing. Mereka menikmati sarapan pagi dengan pantas. Terlalu tidak sabar hendak membuka hadiah pemberian mama mereka.

Iezzi menggeleng kepala melihat telatah anak-anaknya.

Sesudah makan, Arean dan Alexa masing-masing bergerak ke ruang tamu. Sementara Iezzi pula mengemas meja makan sendirian.

THE NEXT HEIR [Completed]Where stories live. Discover now