Bab 53~|Happy Birthday|

2.2K 201 8
                                    


"Mama..." Alexa merengek tidak selesa apabila mukanya disapu dengan bedak dan pelbagai jenis peralatan mekap.

"Shh... Duduk diam. Mama mekapkan muka kamu ni sikit je. Tak tebal mana pun."

"Rimaslah."

"Merengek je kerja kau. Diam sikit boleh tak." Arean yang tertiarap rileks di atas katil memarahi si adik.

Geram dirinya. Tak tenang mahu membaca apabila mendengar rengekan Alexa.

"Diamlah!" Alexa memarahi Arean semula.

"Okay... Mekap dah selesai." Iezzi berkata dengan teruja.

Bangga dengan hasil tangannya meskipun sekadar mekap nipis dan natural.

"Baik, cepat tukar baju pulak. Mama nak tengok."

Tak menyabar menunggu tingkah dua anaknya yang malas, Iezzi mengambil keputusan untuk menggunakan khidmat Drake dan Lucy.

Tak memasal dua beradik itu diheret ke dalam dua buah bilik untuk penyalinan baju.

Beberapa minit kemudian, mereka keluar daripada bilik itu hampir serentak.

Berkilau mata Iezzi melihat anak-anaknya yang cantik dan tampan dengan pakaian yang dipadankan sedondon.

Alexa dengan gaun merah hitam. Di bahagian atas, rekaannya seperti kimono, tetapi di bahagian bawahnya kembang seperti gaun-gaun biasa.

Gaunnya berwarna hitam dan dihiasi dengan corak bunga-bunga yang berwarna merah. Kilauan menghiasi di bahagian bawah gaun.

Manakala Arean pula, tuksedo berwarna hitam dan dipadankan dengan kemeja merah di bahagian dalamnya. Nampak sempoi, tetapi mewah dan elegen.

"Bahagian pinggang ni merimaskanlah." Alexa mengembungkan pipi.

"Panas la pulak." Arean melonggarkan tali lehernya lalu membuka butang atas kemejanya.

Iezzi sudah memandang dua beradik itu dengan pandangan tak puas hati.

Alexa berhenti merungut. Arean pula segera membutangkan semula kemejanya.

"Kita akan rias rambut pulak," kata Iezzi dengan nada tegas.

Mereka terpaksa akur. Takut jika Iezzi mengamuk pula.

Arean dan Alexa duduk di hadapan cermin.

Dua orang pendandan rambut menghampiri dua beradik itu lalu melakukan tugas mereka.

Laju saja mereka berdua melakukan tugas. Lagi senang kerja mereka apabila dua beradik itu memberi kerjasama.

"Sarung kasut ni."

Dalam pada itu, sempat pula Iezzi menyuakan sepasang kasut kepada anak-anaknya.

"Nantilah mama," jawab mereka serentak.

"Pakai." Nada suara ditekankan. Memaksa mereka untuk menyarungkan kasut masing-masing.

Dalam keterpaksaan, mereka sarungkan jua kasut yang disua itu.

Beberapa minit kemudian, selesai sudah sesi merias rambut.

Arean dan Alexa berdiri, lalu berpusing menghadap Iezzi.

Iezzi tersenyum puas hati.

Arean dengan rambutnya yang sedikit panjang, diikat satu dan kemas. Manakala Alexa pula, sedikit rambutnya didandan berbentuk ros dan dihujungnya, berbaki lagi rambutnya yang bertocang kemas. Bentuk bunga itu terletak elok di bahagian tengah rambutnya yang dibiar lepas.

THE NEXT HEIR [Completed]Where stories live. Discover now