Bab 68~|Violet's Feeling|

1.8K 168 18
                                    


"Aku dah balik." Violet menanggalkan kasutnya lalu disusun elok pada rak kasut.

"Hai, Violet." Seorang lelaki keluar dari ruangan dapur lalu menyapa Violet.

Violet tidak membalas, sebaliknya terus duduk pada sofa. Riak wajahnya yang muram membuatkan lelaki itu tertanya-tanya.

"Raziel."

"Ya!"

"Sini kejap. Ada sesuatu yang aku nak beritahu ni."

"Sekejap." Lelaki itu masuk semula ke dalam dapur sebelum kembali mendapatkan Violet.

Raziel duduk bertentangan dengan Violet.

"Ada apa ni? Ada apa-apa yang berlaku ke? Kenapa kau nampak sedih ni?" Raziel bertanya bertubi-tubi. Entah mengapa, nampak saja wajah muram Violet membuatkan dadanya berdebar-debar.

"Aku ada berita sedih nak beritahu ni." Violet kelihatan teragak-agak mahu memberitahu.

"Beritahu jelah. Jangan buat aku risau macam ni."

Violet menghela nafas berat.

"Permaisuri Lilith dah tak ada. Dia ditemui mati dekat dalam bilik. Mungkin dibunuh oleh seseorang." 

Raziel terdiam. Dia terkejut mendengar berita itu. 

Hatinya disapa kesedihan. Manakan tidaknya, permaisuri itu telah menganggapnya seperti anak sendiri walaupun dia dan ayahnya telah membunuh suami kepada permaisuri itu. Walaupun dirinya tidak pernah melayan permaisuri Lilith dengan baik, namun berita kematian wanita itu sangat menyentap hatinya.

"Macam mana keadaan dekat istana?"

"Semua kesedihan atas kejadian yang berlaku. Raja Iezrin telah mengetatkan kawalan di dalam dan di luar istana."

"Macam mana dengan..."

"Iezzi?"

Raziel mengangguk perlahan.

"Sejujurnya, Iezzi lah orang pertama yang dapat tahu kematian permaisuri Lilith. Dia bangun mengejut dari tidurnya dan terus menangis sambi memanggil bondanya. Tapi..." Violet terhenti. Dia teringat riak Iezzi ketika berada di kawasan perkuburan. 

Riak wajah wanita itu kosong. Pandang saja pada mata wanita itu, semua pasti dapat merasakan bertapa kosongnya pandangan Iezzi. Dia seperti tidak bernyawa kerana matanya langsung tidak memaparkan perasaan wanita itu.

"Tapi apa, Violet?"

"Tak da apalah." Violet terus berdiri. 

"Kau buat apa dekat dapur tadi?" Violet berjalan masuk ke dalam dapur, meninggalkan Raziel yang tertanya-tanya sendiri.

Violet keluar semula dari dapur.

"Aku nak bersihkan badan dulu. Lepas ni aku akan siapkan makan malam." Vioet berlalu masuk ke dalam biliknya.

Raziel tidak membalas apa. Tubuhnya disandarkan pada sofa.

Raziel mengeluh berat. Matanya dipejam rapat.

"Keadaan semakin teruk. Kalau aku terus berdiam macam ni, aku mungkin akan kehilangan orang-orang yang aku sayang." Wajah Iezzi, Arean dan Alexa bermain di minda.

"Tapi aku tak boleh keluar dari sini." Kelopak mata dibuka. Telapak tangan direnung.

"Tempat ni... Mengikat kuasa aku." Raziel mengeluh lagi. Dia merasakan dirinya langsung tidak berguna.

"Kenapa kau tak bunuh je aku, Iezzi? Kenapa kau masih berikan peluang hidup pada aku?"

Raziel beralih pandang pada bilik Violet.

"Dan kenapa kau selamatkan aku? Apa niat kau yang sebenarnya, Violet?"

Semuanya menjadi tanda tanya di dalam kepala Raziel.

*****

Bunyi bising di dapur membuatkan Raziel terjaga dari lenanya.

"Ah! Aku tertidur." Tergesa-gesa Raziel berdiri dan berlalu ke dapur.

"Oh! Kau dah bangun rupanya." Violet tersenyum.

"Maaf sebab buat kau terjaga," ujar Violet sambil mengacau sup cendawan yang sudah menggelegak.

"Tak apa."

"Duduklah dulu sementara nak tungguu sup ni masak."

Raziel akur. Dia duduk di meja makan sambil merenung Violet yang berdiri membelakangkannya.

Otaknya berfikir sama ada mahu menanyakan soalan yang sudah lama berada di dalam benaknya ataupun tidak.

"Violet..."

"Raziel..."

Mereka berdua berbalas pandangan.

Violet tersenyum sendiri.

"Kau nak tanya apa-apa pada aku ke?" Violet bertanya.

Raziel terdiam sejenak.

"Kenapa kau selamatkan aku?" Akhirnya soalan pertama terluah jua.

Violet tersenyum sendiri.

"Ia adalah pilihan aku, Raziel. Aku sendiri pun tak tahu kenapa aku selamatkan kau pada malam tu." Violet tertawa sendiri, saja mahu mengusir rasa gugupnya.

"Bukan disebabkan Iezzi?"

Violet menggeleng.

"Apa kau ingat semua yang kami buat disebabkan arahan dari Iezzi ke? Kami pun ada kehidupan kami sendiri, Raziel. Bukan semua yang kami lakukan adalah arahan Iezzi. Ada satu ketika, kami perlu buat keputusan untuk kehidupan kami sendiri." Violet menoleh. Dia melakarkan senyuman penuh ikhlas buat Raziel.

"Dan menyelamatkan kau adalah pilihan dalam hidup aku."

Raziel tersenyum kecil.

"Terima kasih. Aku janji aku akan balas jasa baik kau suatu hari nanti."

Violet mengangguk. Dia kembali berpusing dan memadamkan api dapur.

Sup yang sudah masak dan masih panas dituang ke dalam sebiji mangkuk lalu dihidangkan di atas meja.

Apron yang tersarung, dicabut dan digantung elok.

"Aku masuk bilik dulu."

"Tak makan sekali ke?"

Violet menggeleng.

"Aku ada hal sikit. Kau makanlah dulu."

Raziel memandang pemergian Violet.

Setelah Violet menghilang dari pandangan, Raziel terus menyandarkan tubuhnya dan mengeluh.

"Aku ada buat salah apa-apa ke?"

Sementara itu, Violet di dalam biliknya, bercakap dengan seseorang melalui telefon.

"Macam mana dengan keadaan dia?" Si pemanggil bertanyakan tentang Raziel.

"Keadaan dia semakin baik. Luka pada kepala dan retakan pada tangan semakin sembuh." Violet melaporkan keadaan Raziel.

"Bagus. Tapi selagi dia tak sembuh sepenuhnya, jangan biarkan dia keluar dari tempat tu."

"Aku tahulah. Kau jangan risau. Selagi dia ada dekat tempat ni, dia tak akan dapat keluar melainkan aku yang bukakan pintu keluarnya."

Si pemanggil mengangguk.

"Baiklah. Terima kasih atas laporan kau."

Talian terus diputuskan.

Violet menghela nafas. Tubuh terus dihempas di atas katil. Sebelah tangan diletakkan di atas dahi.

"Sampai bilalah aku kena jaga dia ni? Aku risau kalau dia dapat tahu kebenarannya."

Sebelah tangan lagi diletakkan di atas dada.

"Apalah reaksi dia agaknya kalau dia tahu tentang siapa aku ni yang sebenarnya?"

Mata dipejam rapat. Sekali lagi dia menghela nafas berat.



THE NEXT HEIR [Completed]Where stories live. Discover now