Bab 108~[New Start]

1.9K 150 18
                                    


Tiga hari berlalu. Bandar Shadow perlahan-lahan membangun semula.

Rakyat yang dilindungi di kawasan bawah istana semuanya selamat dan tiada kehilangan nyawa pun yang berlaku sepanjang perlawanan.

Rakyat dan kerajaan bekerjasama membangunkan semula setiap kawasan. Kerja mereka bertambah mudah setelah apa yang dilakukan oleh Arean semasa perlawanan yang lepas.

Namun, di bahagian lainnya pula, dua beradik itu langsung tidak sedarkan diri sejak tamatnya perlawanan tersebut.

"Macam mana dengan perkembangan mereka hari ni?" Iezrin bertanya kepada Athilia yang bertanggungjawab untuk memantau keadaan dua beradik itu.

"Seperti biasa, mereka berdua stabil. Tapi masih tak ada tanda-tanda yang mereka akan sedar lagi."

Iezrin mengeluh lalu menggeleng.

"Anak-anak aku tak apa-apa kan, Iezrin?" Raziel bertanya penuh risau.

Meskipun dia tidak tahu apa yang berlaku sepanjang ketiadaannya, tetapi rasa sedih tetap menyapa hati apabila melihat kedua-dua anaknya langsung tidak sedarkan diri.

"Jangan risau, mereka tak apa-apa. Kau kena ingat, mereka adalah anak-anak kau dan Iezzi. Mereka berdua sangat kuat dan aku yakin mereka akan bangun jugak nanti. Cumanya, mereka perlukan masa sikit lepas apa yang terjadi." Iezrin memujuk sahabatnya itu.

Raziel mengangguk kecil.

Iezrin menepuk-nepuk bahu Raziel.

"Jom ikut aku ke bawah. Rakyat perlukan aku dan aku perlukan kau sebagai sokongan."

"Baiklah."

Mereka berdua berlalu keluar dari bilik tersebut.

Athilia memandang wajah dua beradik itu. Dia menghela nafas berat dan berlalu keluar dari bilik tersebut.

Beberapa minit setelah pemergian Athilia, tubuh Arean tiba-tiba bergerak sedikit.

Matanya terbuka secara perlahan-lahan. Cahaya yang memasuki retina mata membuatkan dia sukar untuk mencelikkan mata buat beberapa saat.

Arean terkebil-kebil memandang siling bilik. Dia cuba mengingati kejadian yang berlaku, tetapi tiada satu memori pun yang singgah diingatannya.

Dia menoleh. Memandang ke arah Alexa yang masih tidak sedarkan diri.

Arean cuba untuk bangun, tetapi tubuhnya langsung tidak dapat digerakkan. Mungkin itu adalah kesan kecil yang dialaminya setelah apa yang terajadi.

Apa yang mampu dilakukan oleh Arean adalah, hanya menutup semula matanya dan kembali lena. Dia mahu mendapatkan Alexa tetapi disebabkan keadaan tidak mengizinkan, apa yang boleh dilakukannya hanyalah menunggu sehingga badannya kembali pulih.

*****

Keesokan harinya

"Aydan! Apa kamu buat dekat sini?" Iezrin menyambut tetamu yang tidak diduga itu di muka pintu istana.

Aydan mengusap kepalanya.

"Kami datang nak melawat Arean dan Alexa." Alex memberitahu bagi pihak Aydan.

"Oh! Tapi mereka tak sedar lagi."

"Tak apa. Kami cuma nak melawat je." Alex tersenyum.

Iezrin mengangguk faham.

"Jom, ikut beta."

Dua beradik itu berjalan di belakang Iezrin.

"Kerajaan kamu tak apa-apa ke, Aydan?" Iezrin bertanya ingin tahu.

THE NEXT HEIR [Completed]Where stories live. Discover now