Bab 55~|Black Aura|

2.2K 193 20
                                    


"Iezzi, apa semua ni?"

Iezzi tidak menjawab. Wanita itu hanya berdiri kaku ditempatnya.

Raziel yang melihat tingkah Iezzi, mula menggigil tangannya. Pegangan pada pedang juga terasa longgar. Semuanya kerana aura yang dihasilkan oleh wanita itu sangat menyeramkan. Lebih kuat dari biasa.

"Demi keluarga aku."

"Ha?"

BUM!

Raziel yang tidak bersedia, tiba-tiba terpelanting ke udara.

"ARGH!!"

Tubuhnya merempuh satu pelindung yang melindungi rumah itu, lalu satu tubuhnya terkena renjatan elektrik yang sangat kuat.

Raziel jatuh ke tanah begitu saja. Lemah longlai tubuhnya.

Iezzi menghampiri Raziel

Pedang dihalakan tepat pada dada, di mana jantung lelaki itu berdetak laju.

Nafas Raziel tercungap-cungap. Sesak dadanya kerana penat melawan kekuatan renjatan tadi.

"Bangun. Aku tak ada masa nak tengok kau lemah macam ni," kata Iezzi dengan suara yang mendatar dan tidak berperasaan.

"Iezzi... kenapa?"

"Bangun!" Wanita itu menjerkah. Dirinya berasa tercabar dan marah.

Tiba-tiba satu dinding hitam muncul di hadapan Iezzi.

Iezzi segera melompat jauh dari Raziel dan mendarat dengan sebelah lutut mencecah tanah.

Matanya tajam memandang Raziel yang berusaha untuk bangkit semula.

Raziel mengangkat pedangnya, lalu menghalakan ia tepat pada Iezzi.

"Aku tak tahu apa yang merasuk kepala kau sekarang ni. Tapi, aku akan lawan kau jika kau betul-betul nak bunuh aku."

Mata ungu Raziel bercahaya di malam itu.

Iezzi menyeringai. Dia kembali berdiri.

"Cukuplah bercakap saja."

Pedang di belah kanan dicecahkan hujungnya pada permukaan tanah.

Satu pentagran jingga terhasil di bawah kaki Raziel.

Raziel kaget, tetapi dia tidak mampu untuk melarikan diri. Dirinya seolah-olah terkaku tanpa dia dapat mengawalnya.

Api menjulang tinggi keluar dari pentagran tadi.

"ARGH!!" Raziel dibakar hidup-hidup di dalam api itu.

Setelah pentagran itu hilang, Raziel kembali rebah.

Iezzi tersenyum sendiri.

Dirinya langsung tidak terkejut melihat Raziel yang langsung tidak terbakar meskipun sudah dibakar hidup-hidup sebentar tadi. Malah, keadaannya juga seperti tiada apa-apa. Cuma tenaga saja yang semakin menghilang.

"Kenapa Raziel? Bukan ke kau yang cakap nak lawan aku tadi? Bangun, Raziel. Lawan aku." Provok wanita itu.

Iezzi menghampiri semula. Pedangnya sengaja diheretkan pada permukaan tanah.

"Mati ke?" Hujung kaki mencuit tubuh kaku lelaki itu.

Raziel bangun mengejut.

Iezzi terkejut.

Dirinya tiba-tiba hilang imbangan, lalu jatuh ke tanah. Sebelah tangan dikilas ke belakang. Tubuh dan tangannya yang dikilas, ditindih oleh Raziel.

THE NEXT HEIR [Completed]Where stories live. Discover now