Bab 86~|Aydan's Birthday|

1.6K 139 9
                                    


Hujung Minggu

"Ergh! Majlis macam ni tak sepatutnya diadakan dalam keadaan sekarang ni." Alexa membebel seorang diri saat rambutnya didandan.

"Panggilkan Arean ke sini." Alexa mengarah tanpa mempedulikan keadaan rambutnya yang belum siap.

Arean muncul. Dia kelihatan segak dengan tuksedo berwarna putih biru

"Ada apa lagi ni, Lexa?"

"Aku tak nak pergi."

Arean menepuk dahi. Dia penat melayan kerenah Alexa yang memberontam tidak mahu pergi ke majlis itu sejak semalam lagi.

"Jangan nak mengarut, Alexa. Kamu dah siap pun. Kereta dah tunggu dekat bawah tu. Cepat!" Iezrin muncul lalu bersuara dengan tegas.

Alexa tidak mampu membantah apabila Iezrin mula membuka mulut.

Arean menghampiri adiknya.

"Janganlah masam sangat muka tu. Tak cantiklah." Arean cuba memujuk dengan pujian.

"Sudah la kau." Alexa berjalan pantas meninggalkan Arean di belakang.

Arean memutarkan bola matanya ke atas.

"Tunggu aku Lexa!" Arean mengejar langkah Alexa.

Apabila tiba di ruangan lobi, semua mata tertumpu pada dua beradik itu.

"Ajak nampak cantik dengan gaun tu." Eryn memuji kecantikan Alexa.

"Terima kasih," kawan Alexa ikhlas.

Sejujurnya, Alexa memang kelihatan sangat cantik. Gadis itu mengenakan tema hijau lembut pada setiap apa yang dipakainya. Dari tiara di atas kepala, hinggalah gaun yang dipakainya. Kecuali kasut yang berwarna putih mutiara.

"Jom bergerak sekarang. Nanti lambat pulak sampainya."

Semua mengekori Iezrin masuk ke dalam kereta.

Kereta bergerak meninggalkan kawasan istana dan meluncur laju meninggalkan kawasan bandar.

"Macam mana kita nak ke Kerajaan Autumn? Setahu Lexa, kerajaan tu agak jauh dari kerajaan kita." Soalan itu ditujukan kepada Iezrin.

"Iezzi tak pernah ceritakan apa-apa pada kamu berdua ke?" Berkerut dahi Iezrin apabila mengetahui yang dua beradik itu tidak tahu apa-apa.

Arean dan Alex saling berbalas pandangan sebelum mereka menggeleng serentak.

"Untuk pengetahuan kamu, setiap kerajaan mempunyai gerbang teleportnya yang tersendiri. Gerbang tu akan membawa kita ke mana-mana saja kerajaan yang dekat mahupun jauh. Dengan syarat, kerajaan yang kita nak pergi tu kena ada juga gerbang teleport tu." Iezrin memberitahu dengan teruja.

"Kenapa tak guna je kuasa teleport sendiri?" Arean pula bertany penuh minat.

"Kita ni manusia, ada hadnya. Semakin jauh kita teleport, semakin banyak tenaga yang akan digunakan. Sesiapa yang tak mampu bertahan, mereka akan koma untuk beberapa hari dan lebih teruk, mati."

Arean dan Alexa terdiam mendengarnya.

"Jadi, dekat mana gerbang tu?"

"Kalau dekat kerajaan ni, ia terletak dekat Kampung Maple. Perkampungan yang dekat dengan bandar utama. Selalunya gerbang ni terletak agak tersembumyi dari pandangan ramai. Hanya diraja dan penjaga gerbang tu je yang boleh tahu di mana kedudukan gerbang tu."

Sepanjang perjalanan Iezrin menjawab dan melayankan saja kerenah anak saudaranya dan anak amgkatnya.

"Kita dah sampai, tuanku." Marcus yang duduk di bahagian penumpang hadapan menyapa.

THE NEXT HEIR [Completed]Where stories live. Discover now