Bab 97~[It's About Time]

1.4K 131 7
                                    


"Macam mana dengan persiapan kita?"

"Semuanya dah sedia, ibu. Kami hanya menunggu arahan dari ibu je sekarang ni."

"Arahkan orang-orang kita yang ada dekat kerajaan tu untuk memulakannya."

"Sekarang jugak?"

"Ya, sekarang jugak. Waktu macam ni lagi sesuai untuk melakukan serangan."

"Baiklah, mengikut arahan ibu."

Isaac berlalu meninggalkan Scarlet untuk menyampaikan arahan itu.

Scarlet memandang langit.

Kini, jam menunjukkan jam 5 pagi, langit masih gelap dan suasana berkabus itu akan dimanfaatkan untuk melakukan serangan.

Dalam masa yang sama, semua penduduk di Kerajaan Shadow masih lagi lena di tempat tidur masing-masing. Mereka langsung tidak sedar yang nyawa mereka sedang dalam bahaya dan ancaman semakin mendekat.

Namun, seseorang tersedar dari lenanya, iaitu Darren. Disebabkan kuasanya dipertanggungjawabkan untuk menjaga kerajaan, dia dapat merasakan bahaya yang mendekat.

Darren melangkah keluar dari biliknya. 

Dia berjalan keluar dari dalam istana dan berdiri di tengah laman istana itu. Kepala mendongak memandang langit yang masih gelap.

Darren terus merenung langit dengan mata meliar-liar memandang langit. Tingkahnya seperti sedang mencari sesuatu dari langit itu, sehinggalah seseorang datang menegur.

"Darren, kamu buat apa dekat tengah laman ni?" Marcus datang menghampiri.

"Abang Marcus. Abang buat apa dekat sini?" Darren membalikkan soalan itu kepada Marcus.

"Abang buat rondaan sikit sebelum nak berjoging di bandar."

"Oh."

"Jadi, apa yang kamu buat dekat sini? Ada apa dekat langit tu?" Marcus mendongak memandang langit.

"Abang ada nampak sesuatu tak dekat atas sana?" Darren turut memandang ke langit semula.

Marcus menggeleng.

"Tak ada..." Kata-kata Marcus terhenti. Dia memincingkan mata untuk melihat sesuatu yang mencurigakan mula muncul di langit. Atau lebih terperinci lagi, di atas pelindung yang dihasilkan oleh Darren.

"Apa tu, Darren?" Marcus terus menunduk memandang Darren.

"Nampaknya mereka cuba untuk melenyapkan kerajaan ni dengan satu serangan."

Marcus kembali mendongak.

Garis-garis putih yang terhasil itu mula bercantum dan bertemu antara satu sama lain.

"Jangan risau, pelindung saya mampu untuk menampungnya. Apa yang kita perlu buat sekarang ni adalah, bawa semua orang ke tempat yang selamat dan laporkan benda ni kepada Raja Iezrin."

Marcus mengangguk setuju. Sejujurnya, Marcus tidak menyangka yang Darren akan bertindak sepantas itu. Cara pemikirannya sama sekali tidak seperti remaja 12 tahun yang lain.

"Saya akan sampaikan benda ni pada Raja Iezrin. Abang boleh ke uruskan penduduk ni semua?"

Marcus tersenyum.

"Jangan risau, abang ada banyak orang yang boleh tolong."

Darren mengangguk faham.

Mereka berdua memulakan tugas masing-masing.

*****

Beberapa minit sebelum itu, orang-orang Scarlet sudah bersedia dengan kuasa masing-masing.

THE NEXT HEIR [Completed]Where stories live. Discover now