Bab 29~|Rahsia yang Terungkai|

3K 280 1
                                    


BAM!

Iezrin tersentak.

Si raja yang tadinya leka dengan laporan yang terbentang di atas meja, mendongak memandang pintu yang sudah terbuka luas.

Iezzi melangkah masuk tanpa meminta kebenaran. Hatinya sedang terbakar. Dia ingin memberitahu pada si abang perihal apa yang berlaku.

"Kenapa ni Iezzi? Ada sesuatu berlaku ke?" tanya Iezrin kehairanan setelah melihat wajah Iezzi yang memerah seperti sedang menahan marah.

"Bagus kau tanya. Ya, memang ada sesuatu yang berlaku semalam. Dan ini melibatkan pelajar cemerlang kesukaan kau tu!" Meja dihentak.

"Pelajar cemerlang kesukaan aku?" Iezrin berfikir sejenak. Satu nama tiba-tiba terlintas di dalam kepalanya.

"Kael?"

Iezzi mengangguk.

"Kenapa? Dia ada buat apa-apa ke?"

"Ya! Untuk pengetahuan kau, semalam dia cuba nak rogol anak perempuan aku, si Alexa tu."

Iezrin menggeleng. Dia tidak percaya akan apa yang dituduh Iezzi.

"Dia tu budak baik. Mana mungkin dia akan lakukan perkara terkutuk macam tu. Atau, kau salah orang ni." Lembut saja Iezrin berkata, membela remaja lelaki itu.

"Oh, salah orang. Kau nak bukti?"

Iezrin mengangguk.

TAP!

Iezzi memetik jari dan tiba-tiba saja Kael muncul dan duduk bertentangan dengan Iezrin.

Remaja itu kelihatan keliru. Dia memandang sekeliling sehinggalah matanya bertemu dengan mata penuh marah milik Iezzi.

Pandangan terus dialihkan. Tak sanggup dia memandang mata orang yang ingin membunuhnya.

"Ceritakanlah apa yang kamu dah lakukan pada Alexa semalam," kata Iezzi dengan tenang sambil menepuk-nepuk bahu Kael.

Kael berasa seram sejuk. Dia dapat merasakan betapa kuatnya aura membunuh si wanita yang berdiri di sebelahnya itu.

"Iezzi... jangan gertak dia dengan aura kau," tegur Iezrin setelah melihat wajah pucat Kael.

"Baik." Akur Iezzi dengan senyuman yang menyeramkan.

Iezrin memandang wajah Kael yang sejak tadi menunduk saja memandang tangan.

"Betul ke apa yang beta dengar? Awak berniat merogol anak saudara beta semalam?"

Kael tersentak. Perkataan 'anak saudara' membuatkan Kael gentar.

Wajah mendongak dengan perlahan. Dia mengintai sedikit wajah si raja yang tenang.

"Alexa... anak saudara... tuanku?" Kael menyoal bagi memastikan yang dia tidak salah dengar.

Iezrin mengangguk bersahaja.

Kael menelan liur dengan payah.

"Kael, awak tak jawab soalan beta lagi. Betul ke apa yang beta dengarkan tu? Atau, adakah ia fitnah semata-mata?"

Kael mengangguk perlahan.

Iezrin keliru.

"Mana satu jawapan kamu?"

"Sa-saya... Berniat mer-rogol Alexa." Tergagap-gagap remaja lelaki itu menjawab. Jujur, hatinya gentar tika ini. Dia takut dirinya dijatuhkan hukuman berat. Tetapi dia juga tidak mampu untuk menipu, kerana si wanita di sebelahnya itu mengetahui segalanya.

THE NEXT HEIR [Completed]Where stories live. Discover now