Bab 76~|Sacrifice|

1.8K 186 18
                                    


Evira memandang sekeliling. Dia terus terkejut apabila melihat sekelilingnya yang amat dikenali.

"Apa yang kau cuba lakukan ni?" Evira kelihatan marah dengan tindakan Iezzi.

Iezzi hanya tersenyum sinis.

Evira mahu melarikan diri, namun tubuhnya tiba-tiba terkaku. Tidak boleh bergerak walau sedikit pun.

"Aku tak akan lepaskan kau selepas apa yang kau dah lakukan kepada keluarga aku." Arean bersuara dengan riak wajah marah.

Tubuh Evira perlahan-lahan membeku. Separuh badannya sudah membeku dan ternyata ia membeku dengan sangat cepat.

Iezzi tersenyum sendiri melihat perkembangan Arean. Dalam diam, dia berasa bangga dengan Arean.

"Tuanku." Seseorang menyapa dari belakang.

Iezzi menoleh.

"Marcus. Mana Iezrin?" Iezzi tertoleh-toleh cuba mencari kelibat abangnya.

"Katanya dia akan lambat sikit. Kita kena lengahkan dulu dia ni." Marcus memandang Evira dari kepala hinggalah ke ekor. Pandangannya jelas menunjukkan yang dia jijik dengan wanita separuh ular itu.

"Argh! Ni tak boleh jadi. Aku kena larikan diri sebelum Iezrin datang." Evira memikirkan cara untuk melepaskan diri.

KRAK!

Ais yang membekukan tubuh Evira merekah secara tiba-tiba.

"Kau nak tahu tak, Arean. Kuasa kau tak akan datang menghalang aku. Ia tak cukup untuk menghalang tindakan aku yang seterusnya." Evira bersuara penuh riak dan tersembunyi muslihat.

"Kalau macam tu, aku akan bekukan kau sepenuhnya sampai kau tak mampu untuk bersuara lagi!" Arean meningkatkan tahap kuasanya.

Evira tersenyum sinis.

"Dah terlambat, Arean."

Beberapa buah pentagram terhasil Di sisi kiri dan kanan Evira.

"Tak ada siapa pun yang akan dapat menghalang aku."

Setiap satu dari pentagram itu menghasilkan satu bebola tenaga.

"Musnahkan semuanya!"

Tembakan laser terhasil dari bebola tenaga itu. Ia menyerang ke setara arah.

"Berlindung!"

Luanda segera mendapatkan Arean dan melindungi remaja lelaki itu.

Dalam masa yang sama, ais yang membeku terus pecan serta merta. Evira bebas dan dia terus merancang untuk melarikan diri.

PRANG!

Pentagram milik Evira pecah tiba-tiba. Serangan laser terus terhenti.

"Kau nak ke mana, Evira." Lucy terapung di hadapan Evira dengan sayapnya yang besar.

"Kau."

"Aku tak akan lepaskan kau. Kau bunuh Lilith dan aku akan balas dendam atas kematian dia."

Lucy mengibas sayapnya. Pelepah sayapnya berguguran lalu ia mengelilingi Evira. Membentuk seperti kurungan yang diperbuat daripada pelepah putih.

Evira memandang sekeliling.

"Apa je yang benda ni boleh buat pada aku?" Evira memandang rendah kurungan yang dihasilkan oleh Lucy.

Lucy tersenyum sinis.

"Ia boleh menyeksa kau."

Satu pelepah terbang lalu mencucuk tubuh Evira. Hujung pelepah yang tajam itu menembusi sisik Evira yang tebal.

THE NEXT HEIR [Completed]Where stories live. Discover now