Bab 66~|I Got You, Boy|

1.9K 159 23
                                    


Selepas hujan berhenti, Arean mengambil keputusan untuk menjenguk Alexa di hospital. Gelisah hatinya meninggalkan Alexa sendirian meskipun dia tahu Athilia mahupun Milia akan sentiasa ada dan menjaga Alexa.

Tiba saja di bilik yang menempatkan Alexa, dia disapa kejutan kerana terdengar suara orang dari dalam bilik Alexa. Hatinya semakin risau.Dia takut jika yang berada di dalam bilik itu berniat jahat terhadap adiknya.

BUM!

Semua yang berada di dalam bilik itu menoleh. Mereka terkejut kerana pintu itu dibuka dan terhempas kuat pada dinding.

"Arean. Kau kenapa? Pucat gila muka kau." Darwish menegur dengan kerutan terlukis pada dahi.

Arean memandang setiap wajah yang berada di dalam bilik itu. Kelegaan menyapa diri apabila menyedari yang berada di dalam bilik itu adalah sahabat-sahabatnya.

"Tak ada apa. Aku cuma penat berlari dari istana ke sini," katanya dan dalam masa yang sama, menyembunyikan perasaan risaunya tadi.

Arean menutup rapat pintu bilik. Dia menghampiri katil lalu mengambil tempat di sisi Alexa.

Matanya bertemu sejenak dengan mata milik Flora yang sedang menuam dahi Alexa. Flora tersenyum kecil dan Arean terus mengalihkan pandangannya.

"Kenapa kau tuam dahi Alexa?" Arean bertanya kehairanan.

"Kata ibu, suhu badan Alexa tinggi. Sebab tu saya tuam dahi dia macam ni. Tapi sejak dari tadi, suhu badan dia langsung tak menurun malah makin tinggi pulak. Risau pulak hati ni." Kerisauan terlakar jelas pada wajah Flora.

Arean merenung wajah Alexa. Wajah si adik memerah bagai dibakar kulit wajahnya itu. Peluh merinik membasahi dahi.

"Hati-hati. Alexa masih di bawah kawalan semangat api tu. Kalau kau sentuh dia, ada kemungkinan kau akan melecur." Firez yang sejak tadi leka dengan permainan di dalam telefonnya tiba-tiba bersuara. Remaja itu seolah-olah dapat membaca niat Arean.

Flora dan Darwish pantas menoleh pada Firez. Terkejut kerana tiba-tiba saja dia bersuara.

Arean tidak mengendahkan amaran Firez. Tuala basah di atas dahi Alexa dialihkan. Telapak tangan kanan terus dilekapkan di atas dahi Alexa.

Apabila kulitnya bersentuh saja pada dahi Alexa, ia menghasilkan bunyi desiran. Bunyinya sama seperti apabila air membasahi permukaan panas.

Arean segera menarik semula tangannya. Telapak tangannya melecur teruk. Kuasa air dan ais yang digunakannya langsung tidak memberikan apa-apa kesan terhadap Alexa. Kuasanya seolah-olah tersejat disebabkan kepanasan bahang pada Alexa.

'"Arean." 

Firez menggeleng. Dia tidak faham dengan kedegilan Arean.

Flora pantas bertindak. Dia mencapai tangan Arean lalu menyembuhkannya.

"Biarkan dia dulu, Arean. Aku faham kerisauan kau, tapi jangan sampai kau mencederakan diri kau sendiri." Firez berpesan.

Arean berdiri. Dia menerpa ke arah Firez lalu leher baju remaja itu direngkuh kasar.

"Kau lebih baik diam. Kau bukannya faham apa yang aku rasakan sekarang ni." Arean merenung wajah tenang Firez dengan riak penuh amarah.

Darwish dan Flora terkedu melihat apa yang Arean lakukan terhadap Firez.

"Arean, sabar." Darwish cuba menenangkan keadaan.

"Sampai bila kau nak macam ni? Hidup di bawah kuasa ego kau. Ibu kau hari-hari dia bersedih tapi dia memaparkan kekuatan dia depan kau dua beradik. Kenapa kau tak mampu jadi kuat macam dia? Apa kau fikir, dengan menunjukkan kelemahan kau, Alexa akan baik?" Firez menyoal meskipun dia dilakukan kasar oleh Arean.

THE NEXT HEIR [Completed]Where stories live. Discover now