Bab 99 ~ [Power of Berry The Keeper]

1.2K 132 6
                                    


Sejam sebelum itu

Semasa serangan dari pentagram dikenakan ke atas Kerajaan Shadow, semua raja-raja berkumpul melalui panggilan video.

"Kerajaan kami telah diserang," beritahu Wyvern.

"Ya, kerajaan saya juga." Caeser turut memberitahu perkara yang sama.

"Nampaknya serangan ni dilakukan dalam masa yang sama terhadap kerajaan-kerajaan yang lain jugak," kata Khai dari Kerajaan Sihyna.

Semua mengangguk setuju.

"Kita bernasib baik sebab dilindungi oleh pelindung Darren. Kalau tidak, mungkin kerajaan kita semua dah musnah dalam satu serangan saja," kata Iezrin pula.

"Jadi, apa langkah yang seterusnya?" Leo bertanya kepada semua.

"Kita terpaksa bertahan dan mempertahankan kerajaan kita sehinggalah Iezzi sendiri yang keluar. Tujuan dia melakukan serangan masih lagi tidak diketahui. Tapi, dari apa yang beta dengar dari seseorang, Iezzi mahukan anak perempuan dia dan sebabnya masih tak diketahui." Iezrin teringat kata-kata Hazel.

"Jadi, tuanku mahu kami hantarkan bantuan ke sana?" Aydan bertanya. Sejujurnya, dia berasa risau dengan keselamatan Alexa selepas mendengar apa yang diperkatakan oleh Iezrin.

Iezrin menggeleng.

"Tak perlu. Raja-raja semua perlu mempertahankan kerajaan masing-masing dan pastikan semua kerajaan memerlukan tentera yang cukup dan ramai untuk mempertahankan kerajaan."

"Raja Iezrin, kalau saya minta pertolongan dari tuanku boleh?" Wyvern bertanya penuh hemah.

"Ya, Raja Wyvern? Pertolongan dari segi apa tu?"

"Saya perlukan pertolongan Mel di bahagian keraajaan saya."

Iezrin terdiam dan berfikir sejenak.

"Aku akan ke sana." Tiba-tiba Mel muncul dan bersuara.

"Maaf andai saya menyampuk, tuanku. Tapi saya mencadangkan untuk membahagikan kami semua ke kerajaan-kerajaan yang lain jugak. Raja-raja semua ni adalah sahabat kami jugak. Jadi, saya mahu menolong mereka semua." Mel meminta dengan penuh rasa rendah diri.

"Baiklah. Panggilkan yang lain. Beta akan bahagi-bahagikan kalian semua kepada beberapa kumpulan untuk membantu kerajan-kerajaan yang lain."

Mel mengangguk faham. Dia berlalu pergi.

"Terima kasih, Raja Iezrin," ucap Leo dengan senyuman nipis.

"Baiklah, kita tamat di sini saja. Semoga berjaya semua."

Talian video ditamatkan.

"Luanda." Iezrin memanggil dengan nada tegas.

"Aku ada tugas untuk kau." Iezrin mengeluarkan sesuatu dari dalam poket bajunya. Ia sekeping gambar dan ia diserahkan kepada Luanda.

"Memandangkan kau boleh masuk ke pelbagai dimensi, dunia dan alam, jadi aku amanahkan kau benda ni."

Luanda mengambil gambar itu. Riak terkejut terlakar di wajah saat dia melihat gambar itu.

"Ini kan..."

"Ya. Hanya dia saja yang dapat menghentikan amukan Scarlet. Aku nak kau tolong carikan dia. Boleh?"

Luanda merenung gambar itu sebelum mengangguk setuju.

"Kami akan cuba untuk melengahkan masa dengan lebih lama lagi."

"Baiklah, aku akan cari dia ni."

"Terima kasih, Luanda."

Luanda mengangguk.

THE NEXT HEIR [Completed]Where stories live. Discover now