ku hayun tangan ku
sekuat kudrat ku
ku paksa diri ku
jauh ke tengah ruang manusia yang tidak mengenaliku
lalu ku patahkan setiap tutas bicara manusia
yang berkalungkan resah juga gema dalam waktu
yang hanya mahu menang tanpa kalah
yang hanya mahu mara tanpa redah
yang hanya mahu nampak jaya tanpa derita
lalu buai ku masih lagi laju
adrenalin ku turut bergoncang tidak mahu mengalah
kemudiannya
entah bagaimana
aku jatuh
tersembam
namun buaianku masih laju terbuai
aku jadi tergamam
ini
yang
aku
takuti
lalu
masih ia
buai laju laju
YOU ARE READING
Puisi Buku Biru
PoetrySeleksi Puisi dalam buku biru Ada dari dia Ada juga untuk dia p/s: Saya tulis ikut suka saya.