Kelmarin senyum mu kelihatan indah belaka
Tapi hari ni cuma gusar yang aku lihat
Aku kira mungkin kau masih tak tahu
Aku di sini menunggu senyum mu
Sayang
Usir saja resah di dada mu
Isi kembali jiwa nan sepi
Dengan keindahan yang kau mahu
Kau mahu bahagia?
Maka bahagia lah
Kau mahu indah?
Maka lukis lah yang indah
Kau mahu melupakan?
Maka teruskan langkah
Melupakan itu melepaskan sayang
Selagi kau masih tidak mahu melepaskan
Selagi itu ia masih kekal
Sayang
Mana mungkin kau buang memori kelmarin dengan mudah
Tapi aku pasti
Suatu hari kau akan melupakan nya
Kalau saja kau tahu
Betapa indahnya saat itu
Pasti kau sesal
Tidak kau mulakan langkah pergi mu hari ini
Sayang
Senyum saja
Dunia kalau indah
Maka tiada yang ingin ke syurga!
YOU ARE READING
Puisi Buku Biru
PoesíaSeleksi Puisi dalam buku biru Ada dari dia Ada juga untuk dia p/s: Saya tulis ikut suka saya.
