Malam Sepi

78 1 0
                                    

Aku mahu tahu tentang malam itu
Aku mahu tahu tentang kisah itu
Aku mahu tahu resah jiwa itu
Aku mahu tahu lebih dari itu

Garisan masa kita selari
Tuhan memberi bukti
Melakar memori
Di malam sepi

Rentetan kisah berlagu lagi
Segalanya di ulang tayang tanpa henti
Padu tenang tapi masih sepi
Seperti hari-hari lalu yang terabadi

Mimik wajah yang terlakar dalam helaian mimpi
Buat aku sedar kembali
Segalanya habis tika muncul mentari
Dah malam tadi
Masih jadi saksi
Malam-malam sepi
Tanpa kau disisi
Menyorak mahukan terpatri kisah ini
Membaling mahukan jawapan dari misteri ini
Menikam mahukan kepuasan dari resah ini
Menjual mahukan asakan mimpi

Puisi Buku BiruWhere stories live. Discover now