sedekad mengenalimu
aku terdiam seketika
rupanya sudah selama ini aku tahu tentang kamu
sudah selama ini aku menghayati ruangan hidup bersama kamu
sudah selama ini aku mengejar yang namanya bahagia bersama kamu
lalu hati ku di kutip perlahan
aku terlupa
selama ini juga aku tekad melupakan kamu
selama ini aku cuba membohongi hati ini
selama ini aku kuburkan rasa ini
kesudahannya
ya masih di sini selepas sedekadnya mencintai kau
yang masih di hujung sana.
YOU ARE READING
Puisi Buku Biru
PoetrySeleksi Puisi dalam buku biru Ada dari dia Ada juga untuk dia p/s: Saya tulis ikut suka saya.